Khamis, 26 Julai 2012

Charging...

assalamualaikum...
salam Ramadhan jua...

tup tup...dah berapa hari kita puasa ek...hehe
dah 5 hari da ooi..sedar ke x ni?...n da nk masuk 6 da pon...

check balik..
5 juzuk Quran dah settle ke...senyum.
terawih...? ..alhamdulillah..penuh lagi setakat ni..
solat malam..hmm

kalau semua settle..mantop n tahniah kerana masih lagi di landasan yang betul...

yang belum bermula...(garu kepala)
xpe..xpe...xterlewat lagi...
jangan bagi ketinggalan lebih jauh...
cepat-cepat..cari al-Quran yang entah kat mana letak tu...
sapu habuk sikit...
n boleh start, kejar yang dah ada kat depan tuu..senyum.
amalan lain pon jangan lupa tau...hihi

yang semangat pada awal dulu-dulu...
ala 5 hari yang lepas...
dah lupa ke?
time tu semangat post kat FB pasal ramadhan..
niat pon da kaw2..
tapi tiba-tiba...-senyap
dah hilang ke semangat Ramadhan tuu..hihi

jangan risau...recharge yours spirit of ibadah now!
...en.musafir pon nak kena recharge jugak ni...



selamat berRamadhan...semoga segala amalan kita diterimaNya..insyaAllah...

Jumaat, 20 Julai 2012

Si Dia datang lagi

Lama ku tunggu..akhirnya tiba jua si dia..
si dia yang membuatkan ramai yang gembira dengan warna dan warninya
si dia yang cukup manis..hinggakan semanis madu itu pun menjadi tawar bila dibandingkan dengannya
si dia yang membuatkan si buta menjadi celik,
yang pekak menjadi tajam pendengarannya hinggakan getaran bunyi si paus yang cukup tinggi mampu ditangkap telinganya,
yang bisu petah berkata-kata..
itulah si dia yang ku tunggu-tunggu...

tapi...seelok mana pun si dia..mana mungkin semua suka padanya..ibarat ada putih. pasti ada hitam..
di kala ramai yang bersuka ria menyambut si dia,
ramai jua yang mula gelisah,
mana tidaknya..hidroklorik asid dalam perutnya bakal bergelora, bergolak..

dikala ramai yang sudah hidup enjin ibadahnya sehingga hampir pecah piston jantung kerana merasa manisnya dan berkahnya,
ramai jua yang terus lesu, terus hanyut dibuai ombak rindu..
terus lalai entah dihasut siapa..


tapi aku jua takut..
takut manisnya hanya dirasa awalnya..
semakin lama semakin tawar...
dan akhirnya si dia meninggalkanku tanpa sedar..
rugi..tiada tahu masih ada jodohkah selepas pertemuan ini..

Ya Allah..janganlah hilang manis itu dari aku...amiin

pic-kredit to football highlight

Selasa, 17 Julai 2012

syiah n sunnah


Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka. Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya. Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!" Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, ...""dari mana datangnya agama kamu ??""

#Sheikh Ahmed Deedat