Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mei 2013

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

 
 
 
Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,...Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.


Ya Allah..Kau lanjutkanlah usia pemimpin kami ini agar beliau dapat melihat kemenangan ISLAM dibumi Malaysia ini...Amin....
 
diambil dari Gempak.Org

Isnin, 6 Mei 2013

mencari ibrah pru13


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).
...
Ketika kita mengeluh : “ ape aku buat ni semua sia-sia … ”.اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

“La tahzan innallaha ma’ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita)

#MasihTidakMampuTersenyum?
 
catatan asal: wan jijul

Ahad, 5 Mei 2013

oh PRU 13!

assalamualaikum

di hari ahad 505 (5 mei) orang ramai beratur berderet-deret keluar mengundi, "pakak tubik ngundi" kalau ditranslate dalam bahasa ibundaku; bahasa kelantan..hehe

siapa yang keluar pagi-pagi lagi sedikit beruntung la sebab xperlu berpanas dek mentari.
yang keluar lewat tu nantikan saja bahangnya hingga berpeluh-peluh ketiak.

xmengapa bukannya selalu 5 tahun sekali sahaja kan..lagipun ini bukan calang-calang tugas..tugas sama ada mahu mengekalkan kerajaan yang sedia ada ataupun mengubah yang baru..huhu

di dalam kehangatan memilih calon-calon yang dirasakan yakin, muncul pula 2 isu yang cukup laju dihebahkan di medium-medium sosial seperti FB dan juga twitter iaitu 'dakwat kekal yang tidak kekal' dan juga 'pengundi asing' (banggladesh yang diberi kerakyatan terutamanya).

ini bukan setakat tuduhan tapi ada pembuktiaan melalui gambar-gambar yang di post. ish2..

saya bukannya berminat menyatakan saya di pihak mana kerana undi saya adalah rahsia, cumanya bila timbul isu ini saya tidak senang duduk. bertanding biar cara adil. bukan anak jantan la kalau asyik 'mengelat' (main tipu) kan...

isu-isu itu biarlah mereka yang lebih pakar dalam hal ini membicangkannya. saya sekadar meluah apa yang dirasa sahaja.

sungguh jahat siapa yang 'mengelat' itu!

Ahad, 2 Disember 2012

tiada jihad di palestin...?

bia btoi...
xdak jihad di palestin?
memboikot barangan zionis adalah sesuatu yang salah?
rakyat Palestin wajar keluar dari Palestin...?

eh eh....
jap btoi ke ni?

ishkkk....musykil2...

xcaye dengaq ni...dengaq...



sabaq2....jangan nk naik hangin dulu...
banyak sangat yang nak disangkal...
tapi saya malaslah nak menaip panjang..
jadi saya saya copy paste je la hujah untuk lawan balik penyataan di atas..
baca ye...baca...

Malaysia digemparkan dengan kenyataan seorang ustaz bahawa tiada jihad di Palestin. Ramai yang share dan menyatakan kebencian terhadap kenyataan itu. Maki hamun pun ada. Ya, saya memahami betapa kita terkilan dengan penyataan sedemikian rupa, dalam keadaan Gaza diserang dan bermandikan darah saban hari. Saat mereka menunjukkan kekentalan mempertahankan bumi pertiwi, tiba-tiba ada yang berkata bahawa tiada jihad di sana, orang Palestin patut keluar dari Palestin, seterusnya dikatakan pula usaha boikot itu sia-sia, dan sebagainya yang jelas tidak mengambil berat akan keadaan semasa.

Justeru ini sekadar coretan saya akan isu ini, sekadar apa yang saya belajar.




1 – Jika Jihad perlukan 2 kali ganda musuh, maka Badar tidak menjadi jihad buat Rasulullah SAW dan para sahabat. Kerana tentera Islam pada ketika itu 313 dan musuh 1000. Ini jelas menunjukkan Idris Sulaiman sudah tersilap mentafsirkan sepotong ayat Al-Quran:

“Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al-Anfal ayat 66.

Ayat ini bukan ayat arahan. Tetapi cuma Allah nak kata semasa berperang itu, seorang daripada kita at least kena tumbangkan dua orang musuh, dengan itu kalau kita berperang dengan angka yang sedikit pun, kita boleh menang. Ini lebih kepada strategi sahaja. Terbukti apabila Allah SWT sendiri ‘mengubah’ strategi itu. Sebelumnya, angka yang Allah SWT letakkan lebih tinggi.

“Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.” Surah Al-Anfal ayat 65.

Seorang kena lawan 10 sebelumnya.
Tetapi Allah mahu meringankan kewajipan ini, lantas dikurangkan seorang lawan dua. Namun yang penting perlu dilihat bahawa keypointnya bukanlah ‘angka’. Kerana ‘angka’ jelas berubah. Tetapi dalam kedua-dua ayat itu, yang kekal sinonim adalah ayat ‘sabar’.

Pendek kata, tentera perlu bersabar dalam menumbangkan musuh walau berapa ramai pun mereka. Jika mereka bersabar, tidak gopoh, mereka kental dan cekal, pastinya tentera yang lebih ramai pun akan mampu mereka tewaskan. Ayat ini fasal ‘strategi’. Bukan fasal berapa lawan berapa baru boleh dikira sebagai jihad.

Justeru kita telah melihat banyak di dalam sejarah Islam selain Perang Badar, yang musuh lebih besar 2 kali ganda dari tentera Islam.

Perang Uhud – 700 tentera Islam VS 3000 tentera Musyrikin Makkah.

Perang Khandaq – 3000 tentera Islam VS 10,000 tentera gabungan Ahzab.

Perang Mu’tah – 3000 tentera Islam VS 200,000 tentera Rom Byzantine.

Banyak contoh bukan?

Apakah itu semua bukan Jihad?



Angka hanyalah strategi. Jihad adalah tindakan kita dalam berjuang di atas jalan Allah SWT. Tiada kena mengena dengan angka yang ramai atau sedikit.



2 – Ustaz tersebut juga berkata seakan-akan di Palestin itu semberono sahaja peperangannya. Lantas dia melihat tiada apa di sana melainkan kegagalan.

Sebenarnya jika kita menyelami keadaan di Palestin, kita tahu HAMAS amat berstrategi. Mereka bukan sahaja mempunyai orang di dalam Palestin. Mereka ada orang di luar Palestin, seperti Khaled Mesy’al untuk membina hubungan baik dan mengangkat suara HAMAS dari luas Palestin.

Mereka mempunyai ketua-ketua yang menyusun strategi perang, agar kekal bertahan di sana. Kita semua tahu apalah yang boleh dibandingkan Gaza yang kecil itu berbanding Israel yang mempunyai pelbagai teknologi dan telah memperhambakan Amerika Syarikat itu.

Jika tanpa strategi, pastinya kita tidak akan melihat Gaza masih ada sekarang.

HAMAS bukan sahaja berperang menggunakan senjata. Mereka juga bersungguh dalam medan politik. Kerana itu mereka memenangi pilihanraya yang lepas hingga Ismail Haniyyeh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Bahkan tiada siapa boleh cakap yang HAMAS tiada pengintip di merata tempat sebagai salah satu strategi mereka. Mereka juga giat melatih pelapis-pelapis baru dari masa ke semasa.

Yang mereka ada hanyalah ‘kegagalan’?

Tidak. Setiap kali mereka mampu bertahan dari dihancurkan oleh Israel, itu bukankah satu kemenangan? Justeru negara-negara Islam yang lain mempunyai lebih banyak masa untuk keluar dari kebodohan masing-masing, dan mula bertindak membela saudara mereka di Gaza sana!





3- Orang Palestin patut meninggalkan Palestin?

Alasannya adalah untuk menyusun strategi?

Inilah pentingnya memahami fiqh semasa. Kita bukan lagi di zaman orang Islam minoriti. Kita ada angka yang besar di atas muka bumi ini. Tinggalnya ramai antara kita berdiam diri dan tidak membantu. Kita banyak negara Islam, tetapi kebanyakannya berdiam diri. Kemudian kita nak orang Palestin tinggalkan tanah suci itu untuk dicemari Zionis?

Seperti apabila ada gengster pecah masuk rumah kawan kita, kemudian kita kata pada kawan kita: “Hei, biarlah dia. Kau kena keluar dari rumah itu.” Begitu? Mustahil bukan?

Kita ramai. Yang patut kita suruh ‘bergerak’ adalah orang-orang Islam agar mempunyai kesedaran, lantas bergerak membantu sahabat kita di Palestin. Bukannya kita suruh orang Palestin ‘bergerak’ keluar dari tanah mereka.

Mengapakah mereka, orang-orang Palestin itu bersungguh mempertahankan tanah itu, menggadaikan nyawa mereka?

Apakah kita lupa bahawa di sana terdapat Baitul Maqdis, tanah suci kita?

Apakah hanya kerana Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi telah terjaga rapi, penuh teknologi, kita boleh mengabaikan Masjidil Al-Aqsa dan membiarkan ianya ternoda?

Orang di Gaza sana, di Palestin sana, memahami tanggungjawab mereka untuk mempertahankan tanah itu.

Mereka sedang melaksanakan apa yang patut kita laksanakan, apabila ada tanah ummat kita dicabuli.

Dan kita mengkritik mereka, seterusnya mencadangkan agar mereka meninggalkan tanah suci itu?



4 – Boikot adalah tindakan yang tidak bermakna katanya. Benarkah?

Sekurang-kurangnya, kita berusaha bukan? Ada strategi untuk memberikan efek kepada ekonomi mereka. Tinggal ramai nak buat atau tidak sahaja. Maka sepatutnya bukan kita perlekehkan usaha, sepatutnya kita kritik orang yang tidak mahu bersama-sama berusaha.

Ini seakan-akan bila Rasulullah SAW nak keluar berjihad dan ada yang tidak mahu pergi kerana panas, maka kita kata – “Sebaiknya tak payah pergi, sebab panas. Tak logik betul arahan Rasulullah itu!” Seakan-akan begitu pula. Sedangkan kita sepatutnya mengkritik orang-orang yang memberikan alasan yang lemah dan tidak mahu berusaha. Lihatlah Allah SWT sendiri mengkritik pihak yang mana:

“Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini. Katakanlah: Api neraka itu lebih sangat panas(nya) jika mereka mengetahui.” Surah At-Taubah ayat 81.

Jadi mengapa mengkritik yang berusaha?

Dan boikot adalah antara usaha yang boleh dilakukan dalam keadaan sekarang. Selain banyak perkara lain yang boleh dibuat seperti memperkasakan media, membina peribadi-peribadi yang cakna, memperkasakan ekonomi dan sebagainya.



Penutup: Jangan Tidak Mempunyai Perasaan.

Jangan lah kita mudah berbicara, mengkritik rakan kita di Gaza sana, seakan-akan rakyat Palestin itu pula keluar dari negara mereka, serang negara orang lain, bunuh orang tak berdosa, pada 1948 itu. Mereka itu sedangkan, dijajah, diambil hak mereka tanpa kebenaran, dirobohkan rumah-rumah, dirosakkan kebun-kebun.

Kita boleh pula berbangga berjabat tangan dengan penjajah, melukut meminta kemerdekaan dengan mereka, dan menyambutnya setiap tahun pada 31hb Ogos. Balasannya? Balasannya kita perlu ikut sistem mereka, sistem pendidikan mereka, dan banyak perkara. Hasilnya? Hasilnya minda kita masih terjajah, walau nampak negara kita macam sudah merdeka.

Tiba-tiba kita mahu mengkritik manusia yang berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan bukan sahaja tanah air mereka, bahkan tanah suci ummat Islam.

Maka kenapa mesti dikritik jihad mereka?

Kita yang duduk di sini boleh berpakaian kemas, putih bersih tanpa debu dan darah, boleh berkopiah rapi yang cantik tanpa pasir dan koyak akibat peperangan, mungkin kita boleh cakap banyak pada mereka yang sedang berjuang, dan sibuk mempersoalkan fasal aqidah, sedangkan isu Palestin bukan semata-mata isu agama. Ianya isu kezaliman yang berlaku ke atas mereka.

Kalau orang kafir dizalimi oleh orang Islam pun kita patut bela orang kafir itu, apatah lagi orang Islam yang dizalimi oleh Zionis yang dilaknat Allah itu. Patut kita rasa malu hendak mengkritik mereka yang berjuang itu.

Janganlah tidak berperasaan.

Mari usahakan apa yang boleh diusahakan.

#direct copy paste from http://langitilahi.com/11116

harap ada pencerahan...hee