Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan

Isnin, 1 Disember 2014

Budi siapa yang engkau lupa?

Ibu
Bukan sebarang kerja
Bukan sebarang orang yang bisa..

Hey anak..
dulu engkau kecil
Siapa yang lahirkan?
Siapa yang berjaga penat lelah bila engkau merengek tak kenal masa..

Engkau merengek lapar..siapa yang susukan dari dadanya?
Siapa hey anak?

Siapa yang bila engkau berak kencing merata dia yang basuhkan?
Bila engkau buat hal di majlis kenduri, siapa yang menahan pandangan orang?

Bila engkau dah sekolah
Saban pagi bangun..
Bangun awal bukan sebarang awal
Sarapan, seterika baju sekolahmu, siapa yang buatkan?

Engkau menginjak sekolah menengah
Terikut pakaian dan gajet-gajet mahal kawan
Siapa yang engkau minta?
"Tak apa katanya.." walau baju di badan sendiri dah bertahun tak bertukar.
Lusuh.

Kini dia tua..
langsung engkau tak sanggup menatapnya?
Hey...

Betullah kata orang kasih anak kepada ibu
Tidak sama dengan kasih ibu kepada anak.

Rugi
Rugi
Rugi
wahai anak yang sempat melihat ibu bapanya menjadi tua, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana itu.


Selasa, 1 Julai 2014

Syair Keinsafan

Jika tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu,
Dan datang padaKu dengan penuh dosa.


Bagaimana nak aku jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkanku?


Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa,
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan,
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan menemuiku.


Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah!
Siapa yang mampu melindungiku?


Aku melihat wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?


Akan aku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini..


Maka bagaimana harus aku jawab..
Setelah aku mengabaikan urusan agamaku?


Celakanya aku!


Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?


Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin?


Adakah aku tidak mendengar hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-din (kiamat)?


Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?


Maka Ya Rabb!
Seorang hamba yang datang bertaubat, siapa yang yang dapat melindunginya?
Melainkan tuhan yang Maha Luas PengampunanNya
Dan yang membimbingku kepada kebenaran.


Aku telah datang padaMu
Maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku 
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.


credit video ]

Khamis, 22 Mei 2014

Plan B

Assalamualaikum dan salam satu akidah..

  Sebenarnya kalau ikutkan idea asal, hari ni cadangnya nak taip kisah Olaf si kucing hitam berstoking putih. Tapi disebabkan hari ni ada event lain yang terjadi, maka kisah si Olaf tu aku tangguh dulu la. Harapnya tertulis, sebab aku takut tetiba aku hilang semangat nak menulis blog. Al maklum la, aku bukannya penulis yang berjiwa kental yang rajin nak menaip.

  Baiklah berbalik kepada cerita hari ini; Disneyland!! Yeay...! Tapi itu cerita semalam, sebabnya memang dah plan awal lagi yang hari ni nak pergi Disneyland dengan beberapa lagi kawan aku sambil-sambil jadi guide untuk family kakak kawan aku ni. Tourist guide gitu..ngee. 

  Sungguh kuasa alam tak mampu kita manusia untuk melawannya. Disebabkan hujan maka terbatallah plan asal nak ke Disneyland. Takkan nak redah juga walaupun hujan, renjatan otak tu maknanya. So, plan B nya adalah..jeng jeng jeng..jalan-jalan sekitar Shinjuku, Nippori dan Shibuya.

  Jujurnya aku tak suka sangat dengan Shinjuku eki ni, sibuk je manjang. Dah la peta eki tu sampai sekarang pun aku masih pening..haila..sia-sia je dah 3 tahun stay kat Jepun. Inilah eki yang dikatakan paling sibuk di dunia dengan anggaran 6 juta orang keluar masuk satiap hari. Aku ulang setiap hari! 6 juta ni kawan aku  yang cakap, aku tak sure dia baca dari mana, tapi aku pun ada pernah dengar elsewhere. So, bayangkanlah betapa sesaknya manusia kat dalam eki ni. Huh, peluh besar.


  Dekat Shinjuku ni ada satu love structure yang quite famous. Tapi masalah dunianya adalah aku sebenarnya tak tahu pun love structure ni ada kat Shinjuku. Hampeh. Kalau kawan aku tak tanya, takde la aku nak search pasal love structure ni semalam. Akhirnya setelah 3 tahun (again!) baru aku tahu, walhal kawan aku yang belajar kat Tohoku tu pun dah pernah sampai. Haila..buat malu orang Kantou betul la aku ni. Btw, kalau siapa-siapa yang satu geng dengan aku yang tak tau pasal love structure ni haruslah meng'google' sekarang. 

  Love structure inilah yang kami akan pergi hari ni sebab family kakak kawan aku ni nak pergi. Maka inilah peluangnya untuk aku tumpang sekaki, sebabnya takkan la aku nak pergi sengsorang kat sini. Forever alone la jawabnya. Tapi sebelum tu, sebab semua orang pun tengah lapar maka kami pergi makan dulu tendon dekat dalam Shinjuku eki. Kita makan dulu! Yeay !! Terlebih happy pulak aku ni.

  Dah habis tangkap-tangkap gambar dekat structure 'LOVE' kami terus gerak ke Nippori. Nippori ni tempat famous untuk beli kain. Di kala kaum hawa menggaru kepala tak tahu nak pilih kain mana yang berkenan, kaum adam menggaru kepala sibuk memikirkan isi dompet. Itulah kata alam; nasib badan. 

  Time kami sampai dekat Nippori tu kebanyakkan kedai dah tutup. Nasib baik untuk kaum suami. Sebab tak banyak dah kedai yang still buka, so kami borong dekat satu kedai yang kami singgah. Borong punya borong sampailah kedai tu tutup. Tudia, semangat waja kaum hawa jelas kelihatan di situ bila melihat kain pelbagai corak. Pengajaran hari ini; kalau nak pergi shopping dompet haruslah dalam keadaan tebal.

  Seterusnya ke destinasi terakhir. Shibuya. Antara benda yang famous di sini adalah Shibuya crossing, dan tujuan kami ke sini pun sememangnya untuk ambil gambar ketika semua orang melintas di saat lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Selesai bergambar, eloklah membeli sedikit makanan untuk dijadikan bekal pengalas perut. Semua muka dah lapar dah time ni. 

  Shibuya. Titik noktah untuk hari ini. Penat tapi aku seronok menghabiskan masa dengan mereka semua. Kita sedang mencipta memori dan mengapa kita tidak mencipta sebanyak-banyaknya..jom!


Glosari

eki - stesen

tendon - makanan laut dan sayur yang dicelup tepung, digoreng dan dimakan bersama nasi di dalam satu mangkuk

Jumaat, 16 Mei 2014

Bagaimana Kamu Melihat

  Matahari panas terik membahang, al maklum sudah berminggu tak hujan di bumi bertuah Kelantan ni. Panasnya tak yah cakap, mencabar iman yang memang sudah sedia nipis. Aku rasa dah macam tok Arab kat padang sahara ibaratnya.


  Panas-panas ni tak larat aku nak ulang alik naik motor. Dah la motor buruk. Tapi motor honda merah buruk ini jugak la yang banyak berjasa bawa aku ke sana ke sini. 

Bersyukur faiz bersyukur..jangan sampai kufur nikmat pulak..parah!


  Lepas surfing internet ni nak pergi solat kat masjid Ibrahimi, pastu pergi makan. Lepas solat nanti kalau tetiba perut terasa nak makan masakan panas aku pergi je kedai makan 'Dapur Ibu', kalau tak aku pergi je kedai jual nasi berlauk ayam berempah depan cyber cafe ni. 

Last-last ulang alik jugak keje aku.

Hampeh..baru je berfalsafah hidup mesti terancang tak nak ulang alik tengah-tengah panas ni.. *monolog

........

"Result dah keluar, ko dah tengok belum?"

"Belum."


  Elok je aku ralik dok layan surfing internet, tetiba Farhan mesej tanya pasal result. Adoi, bab-bab result meng-result ni yang aku lemah sikit ni. Flying colour? Of course not! Dalam mimpi boleh la..faham-faham je la aku bukannya pelajar cemerlang yang nak dapat anugerah dari JPA.

  Tapi aku macam dah boleh agak je apa warna result aku. Sah hitam..silap.. hitam PEKAT!! Maksudnya hampa. Mana tidaknya ada paper yang memang aku takleh nak score tambah lagi ada assignment yang memang sah-sah aku tau kena reject dengan sensei. 

  Bukannya aku tak usaha, tapi susahnya petala kelapan..bukannya senang nak lepas subjek 応用機械製図 Ⅱ. Dah la kena keisan bab enjin. Haila..botak kepala aku dok garu kepala yang tak gatal. Mamat Jepun pun ramai yang fail, sedangkan dah pakai bahasa ibunda dah tu..aku merangkap pemuda mechanical Melayu terakhir ni lagi la terkapai-kapai macam ikan tak cukup air. Alasan? 

  Entahlah aku nak anggap benda tu sebagai alasan atau tak. Yang penting aku rasa aku dah usaha so, aku tak la rasa stress sampai nak sepak terajang semua orang. Lagipun sebab aku dah usaha tapi tak dapat so maybe ada hikmah yang Allah je tahu mengapa dan kenapa.

  "Malas la aku nak check lagi result tu, yang penting sekarang aku nak pergi solat dan makan dulu."

............

  "Ma, result exam akhir semester hari tu dah keluar. Kena repeat."

Disebabkan penyataan aku tu, maka malam tu bermulah perbahasan berhemah antara ibu dan anaknya. Perlulah aku menjadi A.Samad Said mengulas bahasa seindah mungkin.

  Biasanya ramai yang lebih suka nak kondem kalau dapat result yang tak menghairahkan ni. Ghairah maksud aku result yang cantik mata memandang, bukannya ghairah yang satu lagi tu. Nak nak yang kena repeat macam aku ni..lagi la teruk kena bahan. negatif sangat la orang kita ni.

"Malu la kat orang lain kena repeat"

"Kalau kena repeat setahun ibaratnya membuang dan membazir umur hidup ko selama setahun" - huh keras benar bunyinya.

"Orang lain dah start keje kita masih dok U lagi."

Ini la ayat-ayat yang selalu aku dengar. Aku tak nafikan, ada betulnya tapi kalau asyik nak tengok negatif je..penat la. Asyik moody la jadinya. Benda dah berlaku..so go on. Tak guna nak kenang benda yang lepas. Yang tu baru betul disebut pembaziran masa. Kan? Silalah setuju dengan aku..kita buat pakatan jom!

Hujah aku. 
Sebab kena repeat so aku takde kelas sangat. Maknanya aku ada masa nak buat benda yang aku suka. Baca buku contohnya. Bolehlah aku meluaskan pembacaan aku sambil-sambil membina gaya berfikir yang lebih baik. 

Lagi, bolehlah aku cuba-cuba nak baito. Sambil-sambil dapat pengalaman bekerja dengan nihonjin, aku boleh try simpan duit dengan gaji baito ni. Tapi masalah dunia sekarang ni..aku tak dapat lagi baito..Haila. Plan punya la baik pelaksanaan tu je yang belum cukup baik.

Kalau cuti akhir sem aku boleh je balik Malaysia disebabkan aku tak sibuk pun. Tambah lagi peluang menghabiskan masa dengan family. Bukankah ini keuntungan yang nyata!

Maka dengan segala hujah ini, perbahasan antara si ibu dan anak selesai. Hujah aku diterima. Yeay!!

Lupa. Alhamdulillah. Yeay!!

Point aku kat sini adalah bagaimana kita memandang sesuatu perkara. Kita boleh melihat sesuatu yang positif menjadi negatif dan yang negatif menjadi positif. Aku lebih suka melihat dari sudut baiknya. Its makes my life easier and happier. I choose to choose the good side, how about you?


9gag.com


GLOSARI
応用機械製図 Ⅱ - Lukisan Mekanikal 
Baito - part time job
Nihonjin - orang Jepun

Khamis, 24 Oktober 2013

Mak Lang...memberi bukan untuk menerima


Mata saya memandang pusara Mak Lang. Di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. Saya tersenyum.

              Terbayang satu-persatu episod kenangan bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, manakala Mak Lang pula menyusul 3 bulan kemudian. Mereka meninggal atas sebab-sebab biasa –kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahun ketika meninggal, Pak Lang mungkin lebih lagi.

              Mak Lang terutamanya, tidak mengajar saya ilmu rumah tangga, tetapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.

              “Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?” tanya saya.

              “Eh, kau ni..Pak Lang kau tu panas orangnya. Ada le gaduh, tapi tak selalu..”

              “Kalau gaduh, Mak Lang buat apa?”

              “Pak Lang kau tu cepat reda, datang le dia memujuk.”

              “Wah romantik juga ya. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?”

usik saya.

              “Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah..dia pujuk. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang..kemudian dia kata, jom masak sama-sama.”

              “Apa kau tanya-tanya ni..Mak Lang bukan pandai sangat. Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi.

              “Taklah Mak Lang, saya Cuma nak dengar kisah-kisah Mak Lang. Dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya, ” akui saya terus terang.

              “Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang kamu..

              “Maksud Mak Lang?”

              “Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini, begitu..Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak lang perlu buat bila dah kahwin nanti..kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak..Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan.”

              Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumah tangga. Tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli-ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.

              “Mak Lang belajar urut-urut tak?”

              “Manalah ada. ”

              “Habis..kata Pak Lang dulu Mak lang pandai mengurut? ”

              “Gurau dia sahaja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhinciut-hincut dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan je. Baik pula. Sejak tu, apa-apa sakit, dia cari Mak Lang.”

              “Mak lang tahu cakar harimau?”

              “Apa tu?”

              “Eh, apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?”

              “Urut dengan hati kita..kerana sayang, kesian, kasihkan dia. Bukan sekadar nak ambil hati.”

              “Kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapat kasih sayang?” tanya saya.

              “Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap-cakap macam tu.”

              “Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak lang? ”

              Dia diam tiba-tiba. Tapi Mak Lang memang ‘relaks’. Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak Lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa, baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempuranaa jenazah.

              “Sembang-sembang Pak Lang kamu..” katanya pendek.

              “Sembang-sembang saja? ” ujar saya hairan.

              “Ya, sembang-sembang Pak Lang kamu adalah penawar hati Mak lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih..”

              “Bila Pak Lang sembang? ”

              “Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersemabang sewaktu Mak Lang membuai anak..dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tak tinggalkan ialah sembang malam. Sembang-sembang menjelang tidur. ”

              Saya senyum. Dengan pemikiran yang ‘simple’, bahasa dan istilah yang mudah, Mak Lang berkisah –praktik ilmu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya ‘orang kampung’, mereka hanya ‘menulis’ dalam kehidupan. ‘Berceramah’ dengan amalan harian.

              “Siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?” tanya saya.

              “Kami berdua. Tak nak anak-anak susah..Pak Lang kamu tak belajar tinggi. Setakat tahu baca dan mengaji sahaja. Tapi dia yakin, nak berjaya masa akan datang mesti dengan ilmu.”

              Anak sulung mereka menjadi seorang jurutera. Manakala yang kedua pula menjadi seorang guru. Ketiga, polis dan yang bongsu seorang doktor.

              “Mak Lang mengajar mengaji kan?”

              “Mak Lang tekad. Anak-anak mesti khatam Quran di tangan Mak Lang sendiri. Wuduk, solat, taharahnya dah diajar di sekolah. Pak Lang kamu Cuma tengok perbuatannya di rumah. Dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat..dirotannya. ”

              “Apa falsafah hidup Mak Lang?”

              “Mak Lang tak pandai..Mak Lang buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. Rasa kami sama, sebab selalu bersama…”

              “Tapi ada orang selalu bersama, tapi mereka tetap tak sama..kenapa Mak Lang?”

              “Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang dulu selalu buat macam ni...Mak Lang selalu fikir apa yang Pak lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya Mak Lang rasa dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada...yang ada Cuma Pak lang.”

              Wah, ini lebih tinggi dari prinsip 7 habits, Steven Covey –seek to understand than to be understood.

              “Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?”

              “Sekali-sekala datang juga pertanyaan macam tu. Tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan..”

              Ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumah tangga –Unconditional love.
 
 
-petikan Satu Rasa Dua Hati-Pahrol Mohd Juoi
 
"Apabila seorang wanita itu telah melakukan solat 5 waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara maruah dan mentaati suaminya maka diserukan kepadanya: masuklah dari mana-mana pintu syurga yang sukai."
 
(Riwayat Thabrani dari Abdul rahman bin Auf r.a.)

Rabu, 1 Mei 2013

sifir kehidupan

Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan.

Saya bermusafir di Eropah, tinggal di kota besar seperti London, namun saya masih mencari kampung. Mencari padang hijau dan burung undan berenang di kali. Saya bertemu tenang di situ kerana saya berasal dari kampung. Kembali ke suasana kampung bererti membawa diri ke asal. Ada tenang di situ.

Malah tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal daripada dia. Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal.

Itulah sifir kehidupan.

Tatkala resah membelenggu diri , kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada bonda, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat denganNya.

petikan -DI HAMPARAN SHAMROCK-

Isnin, 15 April 2013

try harder try smarter

people get locked into a rut of trying harder without trying smarter.

bayangkan seekor lalat yang berusaha sekeras-keras tenaga untuk keluar dari sebuah bilik. membayangkan dirinya mampu untuk keluar dari bilik itu dengan menembusi tingkap kaca.
walaupun dilanggar beribu-ribu kali, tingkap itu kekal utuh di tempatnya. masakan mampu seekor lalat memecahkan tingkap kaca itu *secara logiknya*. namun si lalat yakin dia mampu jika dia berusaha lebih kuat dengan membuat pelanggaran yang lebih kuat.

... force adalah hasil pendaraban mass dan acceleration; oleh kerana mass adalah sesuatu yang agak mustahil untuk ditambah sesuka hati maka si lalat berfikir dengan menambahkan acceleration dia mungkin mampu untuk memecahkan tingkap yang menghalang dirinya dan dunia luar itu. maka dia mengambil jarak yang lebih jauh dan bersedia untuk membuat pelanggaran yang bakal mencipta sejarah itu.

namun dalam tidak sedar dia sebenarnya cuba untuk membunuh dirinya. dia mungkin terbunuh dengan pelanggaran kuat itu.

walhal jika dia lebih memfokuskan tentang cara lain untuk mencapai tujuannya untuk keluar dari bilik itu pasti dia akan tersedar bahawa 10 meter dari tingkap kaca itu terbuka satu pintu. dan pasti dia akan dapat keluar dari bilik itu tanpa mencederakan dirinya.

jadi, berusaha keras semata tidak menjamin segalanya..dalam berusaha keras juga perlu bijak mencari jalan yang lebih mudah.
 
try harder, but don`t forget to be smart ^^

Khamis, 28 Mac 2013

mudahkan

bismillah

dalam sedar atau tidak
kadang-kadang kita banyak memilih untuk mengambil jalan sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah sedangkan jalan yang lebih mudah masih ada.

kisah yang sama pernah berlaku lama dahulu..
masih ingatkah kisahnya..?
kisah yang sangat famous hingga tercatat dalam kalam suci al-Quran

kisahnya begini dan boleh dibaca dalam Tafsir Ibn Katsir

Pada zaman nabi Musa, hiduplah seorang lelaki kaya yang tidak mempunyai anak. dia mempunyai seorang anak saudara yang kelak akan menjadi pewaris kekayaannya. Anak saudaranya ini rupa-rupanya tidak sabar menunggu kematian si bapa saudara, sehingga suatu malam dia membunuh bapa saudaranya itu dan secara diam-diam membawa dan meletakkan jenazah bapa saudaranya itu di depan pintu rumah seseorang.

pada waktu pagi, pemuda yang membunuh bapa saudaranya itu meratap dan menuntut pembalasan. Maka peristiwa itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat bani israel. mereka saling tuduh -menuduh dan terpecah menjadi dua golongan. Sebahagian membela si penuduh dan sebahagian lagi membela si tertuduh. Mereka mengangkat senjata dan sudah bersedia nak bergaduh.

Orang yang ditua-tuakan dalam kalangan bani israel kemudian berkata, "mengapa kamu saling membunuh (kerana perkara ini), sedangkan Rasul Allah (nabi Musa) masih ada dalam kalangan kamu." Maka orang ramai pun datang kepada nabi Musa dan menyampaikan masalah mereka padanya.

Nabi Musa kemudian memerintahkan mereka untuk menyembelih seekor lembu betina. Tetapi mereka berasa aneh dengan perintah nabi Musa ini. Mereka pun saling berdebat sesama mereka sendiri. Kemudian mereka bertanya lagi kepada nabi Musa, meminta diberikan ciri-ciri yang lebih detil tentang lembu betina itu. setelah diberitahu, mereka masih bertanya lagi. hal ini mereka lakukan beberapa kali, sehingga pada akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri.

Dan ingatlah, ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina." Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripa menjadi slah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)."

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: " Bahawasanya Allah berfirman: 'Sesungguhnya (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya."

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan Nya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab, "bahawasanya Allah berfirman: ' Bahawa (lembu betina)  itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya , lagi menyukakan orang-orang melihatnya."

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (kami susah untuk memilihnya), dan kami insya-Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)."

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: 'Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak tidak ada belang pada warnanya. 'Mereka berkata: "sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar." Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut , dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

( Al-Baqarah 67~71)

sebenarnya mereka tidak diminta untuk mencari lembu betina dengan ciri-ciri yang begitu terperinci. mereka hanya diminta untuk menyembelih seekor lembu betina tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak perlu dan menyusahkan, maka akhirnya mereka menyusahkan diri mereka sendiri.

Hasilnya lembu betina yang sepatutnya boleh diperoleh dengan mudah, kini menjadi lembu betina yang khusus dan susah untuk diperoleh.

berhubung dengan kisah dan ayat di atas Ibn Katsir menjelaskan, "Mereka membuat perkara itu menjadi susah dan ini sebabnya mengapa Allah menjadikannya lebih susah lagi bagi mereka"


itu kisah lama dahulu yang diceritakan kembali kepada kita melalui al-Quran.

kita mungkin tidak sedar ada kalanya kita suka mengambil jalan yang payah utuk menyelesaikan sesutu urusan atapun masalah.

dan realitinya kita sememangnya tidak sedar.

Khamis, 21 Februari 2013

see!

a scientist (James Pares from UK) has proved that electric charge is produced in human body due to electromagnetic radiations from electrical appliances around e.g. mobiles, TV, computers, lights and electric wires etc. and if somebody wants to protect himself/herself from these harmful radiations then you should place your forehead on the ground more than one time a day because earth has very good tendency to absorb these charges.

tengok!
setiap apa yang Allah suruh itu sebenarnya adalh untuk kebaikan kita.

kita je yang terlalu angkuh xnak ikut..
kononnya kitalah yang paling kenal pasal diri kita..

huh..

Sabtu, 22 Disember 2012

buat yang tercinta

disaat aku gembira menyambut kegembiraan, kejayaan dan kenikmatan, DIA bersama aku walaupun terkadang aku terlupa bahawa segala rasa gembira itu juga datang dariNya.
walau aku terlupa DIA tidak pernah meninggalkan aku.

disaat aku bersedih diatas segala musibah yang melanda kepada DIAlah aku merintih.
saat dimana tiada siapa yang sudi mendengar,
saat tiada siapa yang mampu membantu,
saat aku sangat memerlukan sokongan,
DIA masih disitu dan sentiasa mendengar rintihanku.
tidak pula DIA meninggalkan aku walaupun pernah aku melupakannya dikala senangku.
adakah Maha Pendengar sehebat DIA?
adakah?


terima kasih Allah diatas segala kasih sayangMu kepada hambaMu ini.


DEAR GOD,
I KNOW I'M NOT PERFECT.
BUT I WANT TO THANK YOU 
FOR LOVING ME ANYWAY

Isnin, 10 Disember 2012

malu

malu.
ada kalanya sangat perlu.
ada kalanya perlu dibuang.
begitulah ia mampu berubah mengikut situasi dan tempat.

kali ini sukalah saya untuk bercerita tentang yang pertama.
malu yang perlu.

dibandingkan dengan zaman 80'an
Malaysia kini lebih ramai yang bertudung.
tidak hanya terhad kepada satu jenis, berjenis-jenis tudung boleh dipilh pada zaman sekarang.
macam-macam ada, bak kata iklan astro.

saya memuji atas meningkatnya kesedaran bertudung dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Alhamdulillah.
sesungguhnya wanita bertudung itu lebih cantik dan terjaga.


tengok dahi pon dah cantik.


bila melihat wajah sidia bertudung, hati terus berdebar.

kan dah cakap yang bertudung itu cantik. tapi..tapi..tapi..
ada satu trend yang saya kurang senang.



mereka bertudung, tapi bertelanjang.
mana tidaknya, yang diatas sudah cantik.
namun pakainnya ketat, setiap inci ditayang tanpa rasa malu.
gulp.
telan air liur xsudah kaum adam melihat tubuh yang bertelanjang.

kemana rasa malu? dimana? 
hilangkah ia..?
maka disaat inilah wanita perlu ingat bahawa mereka dilahirkan dengan sifat malu.
jika hilang cari!
jangan ia larut ditelan zaman.

tidak adillah jika hanya kaum hawa sahaja patut merasa malu
kaum adam jangan lupa, kita juga dilahirkan dengan perasaan malu.

itu halnya dengan tudung.
couple.
satu lagi permain muda mudi.
melihat orang bercouple kita pun mahu.
mereka berpegangan tangan kita juga mahu merasa.
sweet katanya.

adakah ini yang dikatakan 'manis'?
berjalan beriringan perpegangan tangan

hilangnya rasa malu membuatkan kita makin berani melawan hukum tuhan.
pandangan masyarakat? 
persetankan saja!
fuhh..sampai begitu sekali..peluh besar..

bayangkan tangan yang dipegang itu adalah tangan b***
berjalan beriringan di khalayak ramai.

masih tidak berasa malu? huh..persilakan.
setiap manusia menaggung dosanya sendiri.


Sabtu, 8 Disember 2012

si anak itu

uwaaa..uwaa..

jeritan nyaring dari sebuah bilik sakit (baca rumah bidan) di sebuah kampung di negara yang nun jauh diceruk dunia..

ibu yang keletihan tersenyum melihat si kecil bermata coklat cair itu menangis. kulitya putih kemerahan persis si ibu, rambutnya hitam pekat seperti ayahnya.

badan siibu masih lemah xterdaya, namun kuntum senyum xlepas dari bibirnya, permata yang dikandung 9 bulan selamat dilahirkan. biarlah segala sakit bersalin itu menjadi bukti kasihnya siibu, biarlah segala siksa 9 bulan itu menjadi penambah sayang siibu untuk anak yang bakal ditatang ibarat minyak yang penuh, perawat hati yang luka, penghibur dikala sendu.


uwaa..uwaa...

galak sikecil itu menangis dikala alam sudah sunyi sepi dibalut pekatnya malam.
galak juga sikecil itu merengek tiada jadualnya..
sikecil itu acap bertanya itu dan ini..kadang-kadang diulangnya berkali-kali
pelbagai ragam sikecil itu.
namun siibu terus tahan melayan karenah sianak kecil..permata yang diharap menjadi sumber cahaya ketika gelapnya kubur..

sikecil meningkat dewasa, siibu menjengah usia senja..

sianak mula mencari hidup sendiri,
namun tidaklah dilupa jasa ibu yang sekian besar itu..
dimintanya izin mengembara mencari ilmu, menceri rezeki..
mencari gaya dan angin baru katanya,
kerna bumi yang dihuni jauh di ceruk dunia..
sayangnya siibu namun dilepaskan jua, demi anak sampai bila ibu sanggup, biar kuntum senyum terus terukir namun dihati siapa tahu..hanya Dia

pergilah sianak meredah belukar meredah badai..
terjumpalah ia dunia yang dicari..
dunia dimana manusia sibuk dengan kepentingan sendiri
bangunannya tinggi, kenderaanya laju berlari
jauh benar majunya dari kampung sendiri membuat anak kagum xterperi.
tapi sianak tiada sedar ada bahaya menanti.

bertahunlah anak merantau sendiri,
punya kerja, pangkatnya pun tinggi.
terlupalah ia siibu merindui,
kerna dunia pandangan akhiratnya dikaburi..

ooohh anak..

tiadalah banyak mintanya siibu.
pulanglah menjenguk walau jarang sekali
jangan dilupa ibu yang berbudi,
syurgamu tetap dibawah kaki siibu..

nukilan penulis...
yokohama 8.12.12 1650

...........................................

penulis mendapat idea untuk menulis post ini apabila terdengar keluhan 2 orang makcik di dalam densha (baca kereta api) yang rindu akan anaknya.

luangkan masa untuk menjenguk ibu, ma, mama...
ma tunggu ye...hee.. : )

wajah baru blog si musafir

hari ini penulis berhajat besar untuk membawa sedikit perubahan dalam penulisan penulis di blog si musafir ini, tapi insyaAllah temanya tetap akan sama cuma pembawaannya mungkin sedikit berbeza.
penulis ingin cuba membawa pendekatan baru yang lebih mesra pembaca dan lebih sesuai untuk sajian umum. penulis juga bercadang untuk menulis dengan lebih santai dengan isu dan skop yag lebih luas.

kemungkinan penulis akan lebih banyak menulis mengenai pengalaman penulis di bumi sakura berbanding bercakap tentang perihal agama yang isinya agak berat kerana penulis merasakan diri penulis belum cukup layak untuk menyentuh bab yang seperti itu, tambahan sudah banyak blog yang membahaskan isu yang sebegini dengan pengisiannya yang lebih mapan. bimbang dengan kata-kata 'yang jahil mengajar yang celik' menguatkan lagi semangat penulis untuk mebawa perubahan dasar d blog ini. penulis yakin, walaupun tidak menyentuh secara direct dan tidak membincangkan perihal agama dengan terperinci, kata-kata dan penulisan yang baik juga mampu menjadi satu jenis dakwah yng berkesan.

perkongsian pengalaman dan juga pembawaan yang lebih santai juga ada ketikanya lebih memberi kesan kepada masyarakat umum malah ia mungkin mampu menarik sesetengah orang untuk lebih mudah berubah berbanding pengisian yang berat dan hanya fokus kepada isi semata-mata. dengan ini, penulis dengan suka hatinya dan dengan lafaz bismillah, melancarkan blog si musafir dengan skema penulisan yang baru.



jzzk kepada yang sudi membaca selama ini...

Khamis, 22 November 2012

girls..let me tell you something

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. 
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil sajaProf kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanyaKerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..



p/s : copy & paste... (^^)~...


kan comel tuu...hehe..saya tengok pon suka..^^

gambar adalah diambil dari sini

Khamis, 26 Julai 2012

Charging...

assalamualaikum...
salam Ramadhan jua...

tup tup...dah berapa hari kita puasa ek...hehe
dah 5 hari da ooi..sedar ke x ni?...n da nk masuk 6 da pon...

check balik..
5 juzuk Quran dah settle ke...senyum.
terawih...? ..alhamdulillah..penuh lagi setakat ni..
solat malam..hmm

kalau semua settle..mantop n tahniah kerana masih lagi di landasan yang betul...

yang belum bermula...(garu kepala)
xpe..xpe...xterlewat lagi...
jangan bagi ketinggalan lebih jauh...
cepat-cepat..cari al-Quran yang entah kat mana letak tu...
sapu habuk sikit...
n boleh start, kejar yang dah ada kat depan tuu..senyum.
amalan lain pon jangan lupa tau...hihi

yang semangat pada awal dulu-dulu...
ala 5 hari yang lepas...
dah lupa ke?
time tu semangat post kat FB pasal ramadhan..
niat pon da kaw2..
tapi tiba-tiba...-senyap
dah hilang ke semangat Ramadhan tuu..hihi

jangan risau...recharge yours spirit of ibadah now!
...en.musafir pon nak kena recharge jugak ni...



selamat berRamadhan...semoga segala amalan kita diterimaNya..insyaAllah...

Jumaat, 20 Julai 2012

Si Dia datang lagi

Lama ku tunggu..akhirnya tiba jua si dia..
si dia yang membuatkan ramai yang gembira dengan warna dan warninya
si dia yang cukup manis..hinggakan semanis madu itu pun menjadi tawar bila dibandingkan dengannya
si dia yang membuatkan si buta menjadi celik,
yang pekak menjadi tajam pendengarannya hinggakan getaran bunyi si paus yang cukup tinggi mampu ditangkap telinganya,
yang bisu petah berkata-kata..
itulah si dia yang ku tunggu-tunggu...

tapi...seelok mana pun si dia..mana mungkin semua suka padanya..ibarat ada putih. pasti ada hitam..
di kala ramai yang bersuka ria menyambut si dia,
ramai jua yang mula gelisah,
mana tidaknya..hidroklorik asid dalam perutnya bakal bergelora, bergolak..

dikala ramai yang sudah hidup enjin ibadahnya sehingga hampir pecah piston jantung kerana merasa manisnya dan berkahnya,
ramai jua yang terus lesu, terus hanyut dibuai ombak rindu..
terus lalai entah dihasut siapa..


tapi aku jua takut..
takut manisnya hanya dirasa awalnya..
semakin lama semakin tawar...
dan akhirnya si dia meninggalkanku tanpa sedar..
rugi..tiada tahu masih ada jodohkah selepas pertemuan ini..

Ya Allah..janganlah hilang manis itu dari aku...amiin

pic-kredit to football highlight

Ahad, 17 Jun 2012

power up!

assalamualaikum semua...tengah semangat nak menulis ni...
jangan disekat..nantikan meletup...hehe

perkonsian kali ni hanyalah lebih kepada sebuah fikiran sahaja..
kalau baik boleh dijadikan teladan kalau buruk tinggal-tinggalkan n kalau tersilap tegur-tegurkan la ye...
al-maklum la..ilmu secetek air di dada itik...hehe...

apa yang nak dikongsikan?
perlunya menjadi mereka yang berpengaruh....!
mereka yang ada 'power' gitu...
mereka yang bila bercakap orang mendengar..
mereka yang apabila bersama terasa dekat n selesa...

tapi tidak cukuplah dengan itu...
lebih penting yang mampu menarik ke arah kebaikan..
mampu menegur dan ditegur bila tersilap..
mereka yang bersedia untuk ditarbiyyah dan seterusnya mentarbiyyah..

recharge power now for the battle...!!


dan seterusnya menjadi mereka-mereka yang bersedia menyambung sunnah yang ditinggalkan kekasih Allah, Rasulullah SAW..iaitu berdakwah di jalan Allah...


senang bercakap kan...actionnya?
hehe..perlulah bermula dari awak-awak..kamu-kamu semua...
ehh...silap...
perlulah bermula dari kita..kalau bukan kita siapa lagi kan?
slow-slow...nnt boleh la laju-laju...hehe

Sabtu, 16 Jun 2012

tandas kering

alhamdulillah mampu menaip kembali....

baru sahaja membaca secebis coreten dari seorang pelajar perubatan tahun ke-5 di Czech Republic pasal mengapa toilet di sana perlu kering 24/7....all time...

sangat menarik rasanya hurain yang dibuat...
saya di Jepun sepatutnya sama je..need to dry n clean...tapi kat Jepun mungkin lagi ok skit kot sebab kami ada washlet...agak benri( memudahkan) sbb kita memang boleh pkai air lepas selesai menunaikan hajat tidak kira besar atau kecil hajat itu...hehe..mungkin xsemua tempat menyediakan perkhidmatan washlet ni..tapi xperlu risau sebab di kebnyakan stesen2 kereta api dan juga supa ( supermarket) bnyak menyediakan tandas yang beserta dengan washlet...

kalau pelajar Melayu memang sah la cri yang ber'washlet'...al-maklum la...dah biasa basuh...xselesa la klau nak lap je kan..hehe..

dalam bab wudhuk...disini mungkin tidaklah begitu susah..n biasanya kami berwudhuk di sinki2 sahaja bila berada di tempat awam...n xde la orang nak jeling2 sangat..mungkin ada yang tengok..tapi xde la bersungguh-sungguh nak tengok...kalau ada memang dah lama kena siram ngan air la..hehe ( grau je)...

siapa-siapa yang nak baca kisah rakan kita di Czech Republic boleh klik..
semestinya gaya penulisan yang lebih baik dari blog ini..maklum la saya ni tangan bangku...xpandai nak menulis..tapi mahu..hehe


Ahad, 10 Jun 2012

warming up Ramadhan

tup tap tup tap....sekarang dah bulan Rejab oooiii rakan-rakan....
dah xlama dah ni kita nak sampai bulan yang ditunggu-tunggu..
ada yang dah xsabar, n mungkin ada yang sedikit gelisah...maklumlah bukan semua yang suka berlapar dan menahan nafsu ni...



si syaitan mesti tengah gelisah...sudah tidak lama lagi bakal dipenjara sebulan..
xdapat la nak bekerja menggoda manusia selama sebulan..
tapi mungkin ada sedikit nada lega bagi si syaitan..
maklum la, ada jua dari golongan manusia yang bakal meneruskan pekerjaan yang bakal ditinggalkan..
yang bakal meneruskan perjuangan walaupun penggerak utama digari sempena bulan yang mulia..
semoga kita terhindar dari termasuk dari golongan ini..

kepada yang xsabar-sabar menunggu..
sudah anda semua warming up untuk Ramadhan yang bakal tiba ini?
takut-takut nanti dibulan yang ditunggu-tunggu itu diri kita masih belum bersedia,
maka sedikit terjejaslah dari sudut amal kita...

mungkin ini adalah serba sedikit rutin warming up untuk Ramadhan yang bakal tiba;



1-mulalah membanyakkan bacaan al-Quran, bagi yang mampu banyak..maka banyakkanlah, yang tidak mampu, buatlah semampu terdaya...

2-mulalah untuk bangun malam sebagai persediaan mengejar lailatulqadar yang entah bila akan tiba...

3-puasa isnin,khamis juga adalh suatu ruti yang sesuai rasanya

4-amal-amal lain bolehlah masing-masing fikirkan ye...hehe

semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita..insyaAllah