Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2014

Syair Keinsafan

Jika tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu,
Dan datang padaKu dengan penuh dosa.


Bagaimana nak aku jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkanku?


Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa,
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan,
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan menemuiku.


Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah!
Siapa yang mampu melindungiku?


Aku melihat wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?


Akan aku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini..


Maka bagaimana harus aku jawab..
Setelah aku mengabaikan urusan agamaku?


Celakanya aku!


Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?


Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin?


Adakah aku tidak mendengar hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-din (kiamat)?


Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?


Maka Ya Rabb!
Seorang hamba yang datang bertaubat, siapa yang yang dapat melindunginya?
Melainkan tuhan yang Maha Luas PengampunanNya
Dan yang membimbingku kepada kebenaran.


Aku telah datang padaMu
Maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku 
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.


credit video ]

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan!

alhamdulillah

dia datang lagi.
setelah setahun terpisah.

bayangkan kapal-kapal yang belayar di lautan luas..
dan hanya setahun sekali singgah berlabuh.

dan untuk sekian kalinya..
tahun ini sekali lagi ditakdirkan pada bulan Julai kapal-kapal ini akan singah berlabuh untuk tempoh sebulan sebelum meneruskan perjalanan di lautan luas untuk 11 bulan.

nakhoda dan juga anak-anak kapal sangat gembira setiap kali kapal ini berlabuh
kerana ketika inilah mereka akan melepaskan segala penat lelah belayar 11 bulan tanpa henti.
ketika ini jugalah mereka akan mengumpulkan segala bekal untuk perjalanan yang panjang.

namun nasib setiap kapal tidaklah sama.

ketika hampir tiba ke pulau
tiba-tiba muncul kesedihan dan ketakutan.
kerana walaupun pulau itu hanyalah beberapa ketika perjalanan sahaja,
tapi di benak penghuni kapal..sampaikah mereka ke pulau yang dituju?
kerana laut bukanlah tempat bermain. bahaya mungkin datang tanpa diduga.
dalam sekelip mata ombak mungkin datang bergelora, cuaca mungkin bersama kilat dan taufan yang datangnya mampu meneggelamkan mereka bila-bila masa.

sudah dikata nasib setiap kapal tidaklah sama.
ada kapal yang penghuninya sangat bergembira.
sudah bersedia dan tahu apa yang ingin dicari di pulau itu.
tapi sayang, takdir lebih dahulu menentukan.
kapalnya karam sebelum sempat menurunkan sauh.

beruntunglah kapal-kapal yang sempat sampai ke pulau yang dituju.
tapi, ada juga yang sempat berlabuh, tapi belayar semula dengan penuh kerugian.
tibanya di pulau mengharapkan keuntungan, tapi kerugian yang menimpa.
maka belayarlah ia kembali sebelas bulan siang dan malam mengharapkan bertemu kembali peluang yang ke sekian kali.
namun berlabuhkah ia, ataupun nasibnya dilanda ombak dan karam?

dan penghuni kapal yang bergembira ialah penghuni kapal yang tahu apa ingin dicari selama sebulan di pulau itu.
bekal-bekal dikumpul siang dan malam.
xjemu xletih.


salam Ramadhan semoga menjadi penghuni kapal yang beruntung kerana nasib kapal yang karam itu sudah terlepas maka sekaranglah masanya untuk tidak menjadi penghuni kapal yang rugi. sekian.

Khamis, 26 Julai 2012

Charging...

assalamualaikum...
salam Ramadhan jua...

tup tup...dah berapa hari kita puasa ek...hehe
dah 5 hari da ooi..sedar ke x ni?...n da nk masuk 6 da pon...

check balik..
5 juzuk Quran dah settle ke...senyum.
terawih...? ..alhamdulillah..penuh lagi setakat ni..
solat malam..hmm

kalau semua settle..mantop n tahniah kerana masih lagi di landasan yang betul...

yang belum bermula...(garu kepala)
xpe..xpe...xterlewat lagi...
jangan bagi ketinggalan lebih jauh...
cepat-cepat..cari al-Quran yang entah kat mana letak tu...
sapu habuk sikit...
n boleh start, kejar yang dah ada kat depan tuu..senyum.
amalan lain pon jangan lupa tau...hihi

yang semangat pada awal dulu-dulu...
ala 5 hari yang lepas...
dah lupa ke?
time tu semangat post kat FB pasal ramadhan..
niat pon da kaw2..
tapi tiba-tiba...-senyap
dah hilang ke semangat Ramadhan tuu..hihi

jangan risau...recharge yours spirit of ibadah now!
...en.musafir pon nak kena recharge jugak ni...



selamat berRamadhan...semoga segala amalan kita diterimaNya..insyaAllah...

Isnin, 15 Ogos 2011

persoalan ramadhan



Adakah terlupa atau tidak sengaja akan membatalkan puasa?

Jika semua perkara di atas dilakukan secara tidak sengaja tidaklah akan membatalkan puasa. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terlupa tatkala ia berpuasa lalu ia makan atau minum maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allahlah yang memberinya makan dan memberinya minum” (HR Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)

Baginda juga bersabda; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)

Bagaimana jika seseorang itu dipaksa makan; adakah puasanya akan batal?

Menurut Imam Abu Hanifah dan Malik; batal puasa. Bagi mazhab Syafi’ie, ada dua qaul. Menurut Imam an-Nawawi; yang rajih ialah tidak batal puasa. Adapun mengikut Imam ar-Rafi’ie; yang rajih ialah batal puasa. Khilaf yang sama juga bagi seorang yang dipaksa bersetubuh seperti wanita yang dipaksa oleh suaminya. Menurut Imam Ahmad; jika yang dipaksa ialah makan, maka tidak batal puasa. Tetapi jika yang dipaksa itu ialah jimak, maka batallah puasa.

Bagaimana jika seseorang itu tersilap menyangka fajar belum terbit lalu ia masih bersahur atau menyangka matahari telah terbenam lalu ia pun berbuka?

Seorang yang menyangka fajar belum lagi terbit (yakni belum masuk waktu subuh), lalu ia meneruskan makan, minum, bersetubuh dengan isteri dan sebagainya (dari perkara-perkara yang membatalkan puasa di atas), tiba-tiba setelah beberapa minit kemudian ternyata padanya bahawa sangkaannya itu silap dan fajar sebenarnya telah pun terbit (yakni subuh telah masuk), batallah puasanya pada hari itu mengikut jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat. Wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut pada hari lain selepas Ramadhan. Walaupun begitu, untuk hari tersebut ia tetap wajib menahan dirinya dari makan, minum dan sebagainya sebagai menghormati bulan Ramadhan.

Begitu juga, jika orang yang menyangka matahari telahpun terbenam, lalu ia berbuka puasa dan kemudian ternyata bahawa sangkannya itu silap –yakni matahari belum lagi terbenam-, batallah puasanya. Wajib ke atasnya mengganti atau mengqadhakannya.

Imam Ishaq bin Rahawaih, ulamak-ulamak mazhab az-Zahiri, al-Hasan dan Mujahid menyanggahi pandangan jumhur di atas di mana menurut mereka; tidak batal puasa dan tidak perlu diqadha. Mereka meletakkan hukum bagi masalah ini sama seperti hukum orang yang makan kerana terlupa.

untuk pembacaan lanjut..klik

Sabtu, 13 Ogos 2011

beli banyak..sedekah-sedekahkan

samad: mak aih banyak betul lauk berbuka

daud :biasa la..bulan puasa ni nafsu makan melonjak-lonjak

samad: ish2 kau ni daud..bulan puasa ni elok kalau kita mengawal nafsu kita, bukannya menurut nafsu..

daud : ala..sekali sekala jer pon..hehe

samad: daud..daud..xabis ni..ayam semalam pon xabis lagi.xelok membazir..

daud : abis tue?

samad: apa kata kita passing kat bilik sebelah..dapat juga pahala lebih hehe..nak x..?

daud :hmm..ok..tapi ko bayar balik..hehe..aku melawak jer..

samad: haha..kan elok tue.


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)




Ahad, 7 Ogos 2011

siapa yang xngat lagi....

siapa yang xngat lagi doa buka puasa@ terlupa...jom...tgk...senang sikit rasanya bila tengok video..hehe


p/s; aku pon selalu xngat...hehe

inilah masanya yang ditunggu-tunggu

dalam bulan puasa ni...masa yang paling ditunggu-tuggu adalah masa berbuka...bagi aku la...orang lain wallahualam....

so, sedikit menegenai berbuka:

1. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]

Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan
berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w :

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

                                               [ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]

Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak
menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi r  bersabda :

                                   [ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan
berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353][3]

2. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]

3. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]



4. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah r,
kerana Baginda r tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,
imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi  r  ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]

Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :

[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi  r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :
  1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
  2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i
  3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)
Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi r adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi r, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah r.

5. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa


- Nabi r bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :

[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]

Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].

[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199. [2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi : mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani :  2065.  Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa
mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

klik di sini untuk sumber (telah di ambil daripada blog koleksi soal jawab agama)

Sabtu, 6 Ogos 2011

apa yang telah aku silap faham!

sebenarnya selama ni aku fikir bila dah semayang witir ...dah xboleh nak semayang sunat yang lain...ialahkan sebab solat witir tu dianggap sebagai penutup..tapi setelah aku search internet lain pulak penjelasannya....

solat Witir ini hukumnya adalah sunat dalam mazhab Syafie.. manakala dalam mazhab Hanafi, hukumnya adalah wajib (wajib di sini bukan bermaksud fardhu, sbb dlm mazhab Hanafi, ada istilah fardhu dan wajib).




Bila dah dikatakan sunat, maka ianya bukanlah wajib.. jadi, tak mesti la kena buat solat Witir selepas solat tarawih.. cuma, ianya adalah sunat yg dituntut (muakkad) untuk melakukannya. Nabi s.a.w. tak pernah meninggalkan solat Witir ini kerana ianya sangat disukai oleh Allah s.w.t.

Cuma, kadang2 kefahaman kita kena dibetulkan.. adakah kita meninggalkan solat witir selepas tarawih itu dengan tujuan untuk melakukannya sebagai penutup qiamullail? Ini kerana, solat Witir itu adalah solat sunat terakhir pada hari tersebut..

Sesetengah orang memahami bahawa solat witir itu sebagai solat penutup.. maknanya lepas tu dah tak bleh solat sunat dah.. ye la.. dah tutup kan? Ini merupakan kefahaman yg silap.. takde istilah tutup buka dalam solat ni..

Sekalipun kita dah solat witir selepas solat tarawih, kita masih lagi boleh solat sunat lain selepas tu (solat hajat ke, tahajjud ke, taubat ke dsb).. Cumanya, solat sunat witir ini dilakukan dengan rakaat yg ganjil (1, 3, 5, 7, 9, 11 dan seterusnya).. maka, jika kita telah melakukan solat witir 3 rakaat (tak kira la satu salam ke, 2 salam ke.. jangan tak salam sudahh), tak perlu la kita melakukannya lagi di akhir solat malam (akhir qiamullail) kerana ia bakal menjadikannya genap.. 3 rakaat selepas tarawih + 3 rakaat selepas tahajjud (contohnya) kan dah genap jadi 6 rakaat tu.. sedangkan witir itu maksudnya ganjil.



Kata la nak sambung tarawih lagi 12 rakaat (sbb nak buat tarawih 20 rakaat), maka boleh berniat tarawih di belakang imam yg solat witir (2 salam).. bila imam dah bagi salam dan nak sambung lagi satu rakaat, maka kita tak sambung pun takpe.. lepas habis tarawih kat rumah nanti, buat witir..

Ataupun solat je witir sekali.. balik rumah, sambung je tarawih lagi 12 rakaat.. lepas tarawih tu, takyah dah nak buat witir.

Dan takde juga masalah kalau kita tak nak buat solat witir selepas tarawih.. sbb kita nak buat masa qiamullail nanti contohnya.. jadi, bleh la makan moreh awal2.. hehe..

Kedua2 kaedah ini ada sandarannya.. Abu Bakr r.anhu melakukan solat witir selepas Isyak kerana takut tak terjaga masa qiamullail.. Sedangkan Umar r.anhu melakukan witir di akhir qiamullail kerana beliau merupakan seorang yg tegas.. nak bangun, mesti akan bangun.

Jadi, nak solat witir selepas tarawih pun boleh, tak nak pun takpe.. yg jadi masalahnya, lepas tarawih pun tak buat, qiamullail pun tak bangun.. maka terlepas la ganjaran solat sunat witir di bulan Ramadhan yg berlipat kali ganda itu..

 wallahualam..

for this post regard to ustaz love

Jumaat, 5 Ogos 2011

xmalu ke?


tengok..budak kecil pon semayang terawih..yang dah baligh apa pulak ceritanya....? xmalu kew...? ada jew yang sengaja tinggalkan solat terawih...alasannya...ala sunat jew pon...bukan berdosa pon kalau xbuat...hmm..betul...tapi marilah kita mengambil kelebihan pada bulan ramadhan ni untuk memperbanyakkan ibadat sunat..lagipun sebulan jew pon dalam setahun...insyaAllah semoga kita semua menjadi orang yang memperolah keuntungan di dunia n juga di akhirat......

hadith palsu mengenai solat terawih

assalamualaikum...hari ni aku nak kongsikan satu tulisan daripada blog mufti negeri terengganu berkenaan hadith palsu mengenai solat terawih...mungkin agak panjang sikit ..tapi alangkah baiknya kalau baca n dapat sedikit input...

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH 



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh





Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Khamis, 4 Ogos 2011

jom isi borang!

di sini aku ada satu tawaran yang sangat menarik..
tengah mencari borang untuk ke universiti?
tidak tahu universiti mana yang sesuai n boleh menjamin masa depan yang cerah...?

ini mungkin sekali universiti yang anda cari-cari selama ini..



nama universiti         : university of tarbiyyah

kemasukan              : 1 Ogos 2011 (masih belum terlambat)

nama course            : ramadhan

subjek teras n wajib : berpuasa

subjek tambahan      :terawih

kredit tambahan       :zikir.baca al-Quran, sedekah, etc..

tempoh course         :sebulan

konvo akan diadakan pada 1 syawal...

kepada yang ingin menyambung ke peringkat master..peluang tersedia...

course untuk master : puasa enam...


note: umat Islam wajib untuk mengambil course ini sebagai rukun Islam yang ke-5...



*semoga dapat lulus dengan cemerlang....!

idea asal hanun fatiha

Selasa, 2 Ogos 2011

ahlan wa sahlan



               for this nice picture regard to cikgudahlia.com

siapa tahu apakah makanan yang berkah ini?

Alhamdulillah...exam pon dah habis n ramadhan pon dah bermula....
disebabkan lama xmenulis blog...aku pon da hilang idea nak tulis apa....tapi memandangkan sekarang da masuk bulan ramadhan jadi di mana2 blog sekalipun banyak post2 mengenai ramadhan....

disebabkan aku pon xde idea lain...jom bercakap sikit pasal ramadhan...

tapi aku nak fokus sikit...sahur...(walaupun aku sendiri dah terlepas dua kali)...

seperti yang kita tahu dalam sahur itu ada keberkatan ...n apa hujahnya...?

- Sahur adalah berkah
Dari Salman Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Berkah itu terdapat pada 3 hal, jama'ah, sayur, dan makan sahur." [2]

Dari Abu Hurairah Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memberikan berkah melalui sahur dan takaran." [3]

Dari 'Abdullah bin Harits, dari seorang shahabat Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam, dia bercerita: "Aku pernah masuk menemui Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam, sedang beliau tengah sahur seraya berucap: 'Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, karenannya janganlah kalian meninggalkannya.' " [4]

Rasulullah menyebut sahur sebagai al ghadaa' al mubaarak (makanan penuh berkah), sebagaimana disebutkan dalam dua hadist al 'irbadh bin Sariyah dan Abu Darda' Radhiallahu'anhumaa: "Mari makan al gadhaa' al mubaarak (makanan penuh berkah) yakni sahur." [5]

- Allah dan para malaikatNya bershalawat kpd org2 yg mkn sahur
Berkah sahur yang paling agung adalah bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melimpahkan ampunan kepada org2 yang makan sahur serta menuangkan rahmatNya kpd mereka. Malaikat juga memohonkan ampunan bagi mereka seraya berdo'a agar Dia memberikan maaf kepada mereka, agar mereka termasuk org2 yang dibebaskan dari api neraka.

Dari Abu Sa'id Al Kudri Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sahur adalah makanan penuh berkah. Oleh karena itu janganlah kalian meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air karena sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bershalawat kepada org2 yang makan sahur." [6]

Sebaik2 mkn sahur oarng mukmin adalah kurma, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik2 makan sahur oarng mukmin adalah kurma." [7]

3. Mengakhirkan waktu sahur
Dari Anas Radhiallahu'anhu, dari Zaid bin Tsabit Radhiallahu'anhu, bahwasannya ia pernah berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam. Setelah itu beliau langsung berangkat shalat." Kutanyakan: "Berapa lama jarak antara adzan dan sahur?", dia menjawab: "Kira2 sama seperti bacaan 50 ayat." [8]

4. Hukum sahur
Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa hendak berpuasa, maka hendaklah ia makan sahur dengan sasuatu." [9]

Beliau juga bersabda: "Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." [10]


[2] HR At Tabrani, sanad hadist ini hasan
[3] HR Asy Syirazi, hadist ini hasan
[4] HR An Nasa'i, sanadnya sahih
[5] HR Ahmad, Abu Dawud, dan An Nasa'i, sanadnya shahih
[7] HR Abu Dawud, Ibnu Majah, An Nasa'i, sanadnya sahih
[8] HR Bukhori dan Muslim
[9] HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya'la, dan Al Bazzar
[10] HR Bukhori dan Muslim



for this post regard to YDP Pas Taiping...