Sabtu, 28 Januari 2012

Bergegar

Assalamualaikum.

sekadar contengan buruk untuk kali ini.
beberapa hari lepas heboh di Jepun bila ramalan mengatakan akan terjadi gempa bumi berskala agak besar walaupon tidak sebesar tragedi yang menimpa Jepun sebelum ini. Ramai yang menjadi bimbang terutamanya warga2 Malaysia di Jepun dengan berita gempa bumi kali ini kerana yang dijangka akan berlaku gegaran atas daratan yang mana akan memberikan impak kerosakan yang berkali ganda lebih besar berbanding gegaran di dalam laut.

Maka berita yang paling pantas di atas planet ini yang tidak lain tidak bukan Facebook mengupdate status2 mengenai gempa bumi ini. Alhamdulillah kerana hampir kesemua post2 yang sempat dibaca berkaitan dengan ketuhanan ,kepentingan berdoa dan tawakal kepada Allah. Nampaknya remaja kita pada hari ini ramai yang telah menerima pengtarbiyahan yang baik. InsyaAllah semoga ianya tak hilang dek kesenangan yang mendatang.

Alahamdulillah bersyukur kerana hingga ke saat ini gegaran yang diramal itu tidak lagi menjadi realiti dan insyaAllah ianya tidak menjadi satu kenyataan, biarlah ia hanya sekadar ramalan semata-mata. Tetapi gegaran kecil sekitar 6 pagi (waktu tempatan Jepun) amat membuatkan hati ini gentar dan mulut ini tidak henti2 menyebut kalimah yang terlintas di fikiran. Ya Allah jagalah kami dari segala bencana dan hindarilah kami dari segala keburukan...Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan