yang pertama jom kita tanya dari golongan yang macam pak-pak ustaz dulu..
seperti dijangka, sudah semestinya isteri-isteri yang solehah yang dicari, agar ketika terlupa bisa memperingatkan, bila terluka menjadi penawar, bila tidak nampak ibarat si buta si isteri mampu menjadi tongkatnya dan bila menuju ke syurga maka sama-sama menujunya..
jom kita dengar golongan yang lain pula..apa kata golongan rock, mat rempit dan yang seangkatan dengannya, apa kata mereka
aikk, mat rempit pon nak yang gaya ala-ala muslimah juga ke? hehe..
minah-minah rempit tu xnak ke? kalu ditanya mungkin ramai yang tidak mahu minah-minah rempit ni dijadikan isteri walaupun yang ditanya tu adalah mat-mat rempit kn...akhirnya yang solehah juga dicari...~
jom kita tanya pula golongan-golongan pekerja mahupun bos
kat pejabat memang dah ramai yang cun, muda dan mantap lagi...tapi...
ramai pula yang xmenutup aurat atau mungkin dah tutup tapi secara tidak sempurna..
sedangkan yang dicari adalah yang mampu menjaga auratnya...sayangnya~
konklusi mudah disini, rata-rata lelaki, termasuklah saya menginginkan seorang isteri yang solehah, baik akhlaknya, cantik dalam berpakaiannya dan kecantikan rupa paras itu akan menjadi satu value added
TETAPI
si pencari ni, meletakkan syarat memang senang. sebelum kita mencari yang solehah tanya diri kita dulu. "sudah cukup solehkah aku?"
"sudah elokkah amal ibadat aku?"
"sudah elokkah cara berpakaianku?"
tanya diri kita dulu yer..nak yang baik, kita pon kenalah berusaha untuk menjadi sebaik pasangan yang kita inginkan...
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan
yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik
untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang
jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan
pengurniaan yang mulia. (an-Nur: 26)
so, xmahu jadi lelaki yang soleh dan perempuan yang solehahkah kita?
wow.. very nice enrty.. serius suka cara ecik faiz menulis..Jangan letak syarat/ciri bakal pasangan terlalu tinggi.perkhawinan akan menampung segala kelemahan itu. btw, smga jumpa mncari si solehah.. insyallah.. :)
BalasPadam