Rabu, 30 Mei 2012

tidak salah mendengar teguran

Semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah dan bersama pengiring-pengiringnya di Madinah, beliau ditegur oleh seorang wanita. "Wahai Amrul mukminin.. Semasa engkau kecil orang memanggil mu Umair (si Umar kecil) , kemudian orang memanggilmu Umar dan kini orang memanggilmu Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin. Ittaqillah! (Takutlah kepada Allah). Pada saat itu pengiring Umar hendak mengingatkan wanita tersebut bahawa dia sedang berhadapan dengan khalifah. Lalu Umar menahan mereka dan berkata 'Tidak ada kebaikan kepada wanita itu jika beliau tidak menegur Umar, dan tidak ada kebaikan pada Umar jika dia tidak mendengar teguran wanita itu" (Nota: wanita itu adalah wanita yang mengajukan soalan yang dijawab oleh Allah dalam surah al-Mujadilah; wanita itu ialah Khaulah Bintu Tsa'labah. Dan ada riwayat mengatakan Umar berkata 'inilah wanita yang aduannya didengari oleh Allah SWT - maka pantaskah Umar tidak mendengar darinya?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan