Isnin, 29 Oktober 2012

Kucupan Terakhir Buat Jenazah

sambil membelek-melek laman sesawang, terjumpalah satu soalan yang menarik perhatian penulis kerana penulis juga tertanya-tanya akan hal ini. jawapannya agak ringkas, jadi untuk jawapan yang lebih detail silallah bertanya kepada yang lebih pakar. penulis hanya ingin berkongsi.. PDF Print E-mail

Soalan :
Ciuman terakhir buat jenazah
' Dari Allah S.w.t. kita datang dan padaNya kita akan kembali'

Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yang terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yang meninggal itu..persoalannya.. siapa yang boleh menyentuh/menciumnya... kerana ada suara-suara dibelakang yang mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu'..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya)dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu' jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu'.

Jawapan :
Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu' jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.Walaubagaimanapun, sekiranya yang mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu' pencium itu terbatal.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan