Ahad, 25 November 2012

luahan pandangan di pagi hari

assalamualaikum..

luahan hati..si perantau di jepun
walaupun nama perantau di jepun, tapi xnak meluhakan atau bercakap mengenai jepun..
post kali ini, fanatik...

saya secara peribadinya tidak begitu berkenan dihati dengan mereka yang terlalu fanatik dengan sesuatu. seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak untuk duduk bersama dengan mereka-mereka ini kerana ia mengundang satu perasaan yang dipanggil orang, 'uncomfortable feeling'. jika duduk bersama pon saya cuba elakkan, apatah lagi untuk berdebat mahupun berkongsi pandangan  kerana sudah terang lagi bersuluh hanya pendapat mereka sahaja yang dianggap betul..huuhh..peluh besar!

the only way that you can be closed to them and to make them like you is support their idea and say yes to all what they say. you think I will do that? NO!

golongan ini tidak akan nampak lagi keburukan atau kecacatan terhadap idea yang didokong atau mereka mungkin SEDAR ada silapnya dalam idea yang diperjuang itu,  tetapi sifat fanatik yang tumbuh dalam diri menyebabkan mereka sukar untuk mengakui mereka kadang-kadang tersilap! sempurna katanya...ohhh..muka terkejut..
setahu saya tidak ada apa pun yang sempurna dan pasti akan ada kecacatan melainkan segala urusan yang ditadbirNya. tetapi golongan  yang tidak mampu lagi melihat kerana telah buta dengan kefanatikan melampau yang tidak membawa mereka untuk menjadi lebih baik sedikit pun..hmm..ok..mungkin ada sedikit..TAPI keburukan yang dibawa adalah lebih besar....noted that!

contoh yang saya ingin bawa dalam post kali ini adalah berkenaan isu palestin dan juga politik di malaysia. tapi saya tidak akan mengulas panjang..takut tersilap

saya ada terbaca satu komen difacebook..komen untuk sebuah video palestin diserang, dan komen ini jugalah yang menjadi titik tolak untuk saya merajinkan diri menulis post ini diawal pagi.
komennya berbunyi begini 'All Muslim countries leaders are traitors ! except IRAN , and Hassan nassralah !'
terkejut besar saya dibuatnya..
saya mengakui banyak ketua-ketua negara Islam yang mengambil sikap berlepas tangan ataupun tidak begitu bersungguh dalam memperjuangkan isu palestin ketika palestin sedang hangat diserang oleh tentera laknatullah zionis ISRAHELL melainkan beberapa orang ketua sahaja yang lantang menegur dan memberikan 'support' untuk palestin dengan beraninya. tetapi dalam 'beberapa' yang lantang itu, saya tidak nampak IRAN ataupun mungkin saya terlepas pandang fungsi IRAN dalam perjuangan memerdekan palestin. tup tup...komen seperti yang diatas pula yang keluar..hey guys, are you blind ? oh I'm forgot..there are fanatictism here...oh ho...so there is nothing weird...
maka terbuktilah mereka yang fanatik ini sebenarnya buta...
saya sangat berbesar hati untuk terus menaip, tapi rasanya cukup setakat ini,  kan lain pula jadinya..heee..senyum sumbang.

politik di Malaysia? mungkin ramai yang sudah jelas, tambahan, saya juga sudah luntur semngat untuk membicarakannya...anda yang berada di Malaysia boleh menilainya sendiri..buka fikiran, terima setiap teguran..ambik yang baik, buang yang buruk dan jangan lupa untuk merujuk kembali kepada sumber yang memang diperakui kebenarannya iaitu al-Quran dan hadith Rasulullah SAW...

salam dan senyum sokmo..^^.
oh..dan maaf jika ada yang tak berkenan dengan post ini...saya sudi untuk menerima pelbagai bentuk pandangan KECUALI mencarut..sekian harap maklum...

7 ulasan:

  1. Salam..tiba2 naik post di atas kat dashboard, tangan jadi rajin nak klik n baca..ohh, fanatik pasal tu..honestly, sy tak suka politik..but i know that i have to know n i need to know about politics..tadi dalam diskusi kem, sy ada mengutarakan tentang isu politik di Malaysia..saya bertanya kepada mereka, ape je yang Malaysia bertindak utk brothers n sisters kita di Gaza? usah kita persoalkan tentang isu derma, tabung dan sbgnya itu kerana sudah kita sedia tahu sumbangan itu memang kita salurkan sebelum isu kemuncak perang pada 1 muharram lagi..sekadar nk share, kakak usrah bertanya td..siapa yg harus berubah terlebih dahulu utk membina tamadun Islam yg gemilang seperti dulu pada zaman ini? pemimpin atau rakyat? sy menyuarakan idea sy tersendiri..sy ckp pemimpin..tp setelah berdiskusi, ternyata, rakyat dulu yg harus berubah (iaitu dgn membentuk individu yg baik terlebih dahulu yg faham tentang Islam sebetulnya, lalu insya Allah dapat membentuk generasi yg gemilang utk menjadi pemimpin yg terbilang)..kami ditanya lagi, apakah zaman ini kita punya khalifah? kakak tu menyebut nama PM kita..namun, hati sy tawar n dgn slownya sy bersuara, layakkah dirinya digelar sebagai khalifah? kata2 pedas itu terkeluar sendiri setelah sy mempersoalkan kenapa hukum hudud tidak dijalankan di Malaysia..wahh, panjang pulak..sorry..kalau boleh, sy nk tau feedback awk tentang ape yg sy bicarakan di sini n boleh sy mintak link yg awk baca tentang statement org tu di atas? syukran wa asifah jiddan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam
      saya berpendapat dua-dua pon patut ambil langkah untuk berubah menjadi lebih baik..(pemimpin mahupun rakyat)..

      bercerita bab tanggungjawab masing2 saya teringat sesuatu..spt yang ezzati tahu, Jepun ni negara yang jauh lagi maju dari Malaysia. bukan nak memperlekehkan Malaysia, tapi ini hakikat yang harus ditanggung. tapi adakah dia maju kerana orang atasannya yang sangat mantap? tidak! sebab setakat yang saya tahu yang diatas juga ada korupsinya seperti di Malaysia cuma MUNGKIN keadaanya adalah sedikit kurang. tapi yang menariknya, kemajuan Jepun adalah dari bawah. katakan saya adalah seorang pekerja bawahan sahaja. jika saya berusaha dengan baik maka faedahnya adalah untuk saya tapi dalam tidak sedar sebenarnya faedah yang sama turut mengalir menjadi faedah untuk negara, contohnya dengan peningkatan kuasa membeli. jadi jika saya hanya menunggu yang diatas sahaja untuk mengambil langkah pertama sedangkan saya tidak berbuat apa-apa, akhirnya apa yang saya dapat? kosong. jadi sebab itulah saya lebih setuju jika yang ptut dulu berubah adalah kita kerana akhirnya kita jua yang merasa kebaikan darinya.

      sama sahaja keadaannya dengan 7 maratib amal. kita mulakan dari individu muslim seterusnya keluarga muslim dan seterusnya...seterusnya...hinggalah ke ustaziatul alam...siapakah pemulanya? bukankah individu muslim? dan siapa pula individu muslim ini...? ezzati ,saya..kita...

      saya tak mahu mengulas panjang pasal politik Malaysia.
      setiap parti ada pro dan kontranya...
      sudah pasti antara perjuangan bangsa dan agama saya rasa perjuangan agama perlu lebih diutamakan dan saya lebih cenderung ke arah itu. hati ini tidak begitu senang untuk mendahulukan bangsa melebihi agama.

      saya puji sikap sultan kelantan (bukan bermaksud kenegerian) kerana berjaya membawa wajah baru untuk seorang pemimpin agama untuk sesebuah negeri. jika sebelum ini kita susah benar untuk melihat seorang sultan (di Malaysia) untuk turun solat berjemaah tanpa protokol istana , gemar turun bertemu yang di bawah, menyebelih sendiri lembu ketika hari raya korban dan juga menggali kubur..sultan muhammad v telah tonjolkan persepsi baru bahawa seorang sultan pada zaman kini jua masih mampu untuk melakukan semua itu dan secara peribadinya melihat ini sebagai satu perubahan positif yang sedang berlaku di Malaysia.

      Padam

    2. Betul kata2 faiz tu..pasal Jepun tu memang saya tahu la jugak sikit2 sebab saya suka Jepun sejak kecik lagi..lagipun dah banyak saya dengar daripada orang sekeliling tentang Jepun2 ni..plus, saya sokmo jugak comparekan Malaysia-Jepun..dalam diam saya buat comparison dan research secara peribadi..itu untuk kemajuan negara kita jugak..

      Ye, of course kita lebih pentingkan agama daripada bangsa kita..saya tak nafikan, hati saya pun begitu..bukankah hidup ini untuk beribadah pada Allah? Kita Melayu, kita Islam..kita tak nak Islam kita hanya pada nama..

      Pasal sultan Kelantan tu, siapalah yang tak tabik..faiz, saya membesar di Besut..di tengah2 Terengganu dan Kelantan..see, loghat rasmi saya pun Kelantan..saya tak bercakap dengan loghat Terengganu..saya sayang dua2..ade sorang pakcik teksi airport KB hari tu dia cakap, ‘Ore besut ni kea, meme mulut tu ngaku diri dio tu anok Ganu..tapi jiwo dio tu ado pado Kelate..’. Memang tersirap la darah masa tu..just share..memang saya hormat sultan Kelantan sekarang..dah banyak sangat post2 kat FB yang menunjukkan peribadi baginda..kalau kat kampung, saya selalu bertanya mama saya atau orang sekeliling, kenapa sultan mizan tak buat macam tu jugak? Malah, family saya pun sokmo puji sultan kelantan..bagi saya, Kelantan dan Terengganu tu adik beradik je..tu mindset saya sejak kecik lagi..insya Allah, semoga sultan Kelantan dapat memberi contoh terbaik untuk sultan2 lain..

      Kalau ade mase, faiz try la tengok video sultan Pahang yang sambut birthdaynya kat UK..dan baca komen2 mereka..ade yang cakap pasal sultan Kelantan jugak..sekadar berkongsi..

      Padam
    3. dah tengok video tu ezzati..sedih dibuatnya...

      kadang2 sebab nila setitik rosak susu sebelanga...

      dalam umur di senja hari, lebih baik masa dihabiskan untukNya...
      sedih...sob sob

      moga sempat sedar sebelum nafas dihujung halkum...

      Padam
    4. tu la faiz..terlopong dan mengucap panjang sy tgk video tu..huhu..

      makanya dalam kesibukan kita ni, at the same time kita kena sentiasa mendekatkan diri padaNya..sebab kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil, faiz..engineering atau medic, kita sama2 sibuk..saya tahu..

      insya Allah..kita jangan lupa untuk berdoa buat mereka yang masih seperti itu ye..sesungguhnya dunia ini hanyalah jambatan menuju ke akhirat.. :)

      Padam
  2. Setuju dengan saudara.. Dan saudari yang komen kat atas ni :)
    Mari doa agar Allah tetapkan hati kita, sentiasa bagi petunjuk...
    Agar kita tak mentaklid buta dan fanatik dengan sesuatu yang Allah xsuka.
    Allahualam.

    BalasPadam