Rabu, 17 Ogos 2011

coret-coret

adakah rumah yang besar itu lebih elok dari yang kecil?

adakah saiz yang menentukan samada ia lebih baik ataupun tidak..?



bagi aku rumah yang besar tidak dapat menjamin kepada kebahagiaan kepada penghuninya.

rumah yang kecil juga mampu untuk memberi lebih kedamaian dan kebahagiaan kepada penghuninya..

rumah kecil..tapi ahli keluarga mampu untuk berkumpul bersama-sama, menonton tv sama, makan sama-sama..

tapi rumah yang besar, masing2 di ruang masing2..ayah di ruang tamu, abang di dalam bilik, mak di dapur, masing2 hal masing

namun rumah yang kecil juga boleh membawa kesengsaraan bila tidak ada erti syukur dan selalu ada hasad dan dengki..

apabila tidak bersyukur dengan apa yang ada maka timbullah rasa tidak selesa dalam diri, timbullah rasa tidak senang dengan kelebihan orang lain..maka kehidupan pon menjadi tidak seindah yang sepatutnya..

indahnya erti syukur..walaupun rumah yang kecil, jika kita tahu bagaimana untuk bersyukur semuanya akan menjadi lagi indah

begitu jua dengan kecantikan



ada sahaja yang tidak puas hati dengan penampilan yang sedia ada

buktinya sekarang ramai yang berlumba-lumba untuk pembedahan plastik

semua mahu kelihatan cantik

namun alangkah eloknya jika kita mampu untuk bersyukur dengan segala ketentuanNya

kecantikan bukanlah luaran semata-mata tapi ianya lahir dari dalam

kecantikan luaran semata-mata tidak mampu untuk menjamin apa apa .

jadi marilah kita bersyukur dengan segala apa yang ada..

rumah kecil?  itu bukan satu masalah

tidak cantik? ingatlah bukan luaran yang menjadi ukuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan