si guru masuk ke kelas dengan senyuman yang cukup membuatkan orang lain jua tersenyum bila melihatnya..
"bangun",..."assalamualaikum cikgu!"
lantang ucapan permulaan dari ketua kelas yang kemudiannya diikuti oleh murid-murid yang lain..
"waa'laikummussalam", sahut si guru sambil senyuman masih lagi lekat di bibirnya.
si guru memulakan perbicaraannya, "anak-anak ingat lagi tak apa soalan cikgu semalam? jadi hari ni cikgu akan bagi peluang untuk sape-sape yang nak berkongsi pendapat.."
sambil si guru dengan bicaranya, si murid dengan pelbagai karenahnya..ada yang termenung melihat ke luar jendela, ada yang membelek-belek beg spt mencari nota gamaknya...namun si guru tersenyum saja..sudah sekian maklum dengan perangai si kecil yang baru mencecah umur 8 tahun itu...
"ok, untuk hari ni sape yang nak kongsi tentang bila masanya kita perlu bersyukur?"
kelas senyap sebentar...maklumlah..ada sahaja yang ingin berkongsi..tapi malu..ibarat sudah menjadi lumrah..
namun ada jua yang memberanikan diri..mengambil peluang yang ada ..
"bila kita dapat duit banyak!"
"dapat hadiah hari jadi"
"papa beli KFC"
"waktu rehat kawan belanja makan"
"bila xde keje sekolah"
tergelak kecil si guru mendengar jawapan yang paling akhir ..bermacam-macam jawapan..biasalah kanak-kanak..apa yang menyeronokkan..itulah nikmat yang patut disyukuri..mungkin apabila mereka meninkat dewasa mereka akan lebih memahami apa itu erti syukur..dan si guru meneruskan tugasnya dan kanak-kanak kecil itu pasti sangat bersyukur kerana si guru dengan baik hatinya tidak memberikan kerja rumah pada hari itu..
-tamat-(",)
persoalannya..
adakah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan?
ataupun kita lebih teruk dari kanak-kanak 8 tahun kerana kita lupa untuk bersyukur kepada tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita...
namun, bersyukur bukanlah hanya ketika mendapat nikmat sahaja..ketika susah, ketika sakit juga kesyukuran perlu ada...kerana
1-bukankah segala kesulitan itu mengingatkan kita kembali kepada-Nya
2-jika kita bersabar dengan kesulitan itu..maka ganjarannya adalah pahala
3-kesakitan juga adalah penebus dosa (betulkan jika tersilap)
etc....
#nukilan faiz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan