1. Boycott yahudi
2. Mengharamkan apa yang halal
3. Banyak lagi benda haram yang diambil oleh umat Islam (termasuklah makan roti telur dari telur yg tidak dicuci).
Bukan rakan-rakan semua. Boikot adalah kerana
1. Syarikat-syarikat ini sokong Israel (dan ada bukti). McD sudah menyumbang selama 30 tahun kpd Israel dan dapat anugerah 'Friends of Israel'. Jadi boikot McD bukan sbb yahudi tapi sokong zionis/Israel. Makna kalau syarikat orang Islam pun yang sokong Israel akan jadi sasaran boikot juga. Sbb itu tiada seruan boikot ke atas Burger King, A&W, Pizza Hut dll sebab kalaupun syarikat ini milik orang yahudi tidak ada bukti mereka menyumbang kpd Israel. Tidak semua yahudi menyokong Israel bahkan ada organisasi yahudi yang sokong perjuangan Palestin (cth Naturikarta di UK). Dan ramai orang yahudi yang masuk Islam termasuk tokoh-tokoh spt Muhammad assad yg terkenal itu. (ini bukan seruan perkauman)
2. Ini bukan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ini bukan haram dario sudut syara'. Ini untuk menyatakan solidariti kita sebagai umat Islam di Palestin.
3. Soal status makanan halal atau tidak itu adalah berkaitan hukum syara'. Sedangkan seruan kita adalah tuntutan jihad. Jihad memerlukan pengorbanan harta dan jiwa raga. apa yang dituntut hanya mengorbankan selera pada suatu produk yg jelas sokong Israel dari sudut kewangan. Tidak lebih dari itu.
Berikut ialah seruan Syeikh Tantawi - Ulama Azhar atas seruan Boikot
dipetik dari facebook Hafidzi Mohd Nor-pengerusi Aqsa Syarif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan