pandangan- Dr Hafidzi Mohd Nor : Pengerusi Aqsa Sharif
Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?
Saya cuba rumuskan jawapan yang bolih membantu.
Ini senario yang paling mungkin.
McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin aggresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).
Jadi pekerja McD bolih terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masaalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kemnpen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK). Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.
1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.
- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Memohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidakj disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).
Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezxeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.
Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.
Di sini kita meriusaukan shabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.
Semuga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.
"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"
Salam, akhi..nak tanya ni..jadi kesimpulannya, memang tak perlu la kita beli mknan kat McD? macam tu kah? kalau tgk kat Malaysia memang laris sangat2..
BalasPadamini pandangan dr hafidzi ttg soalan ezzati..
PadamWalaupun berjuta-juta orang mengunjungi McD ia tdk mengubah hakikat bahawa McD menyokong Israel dan menyalurkan keuntungan kpd Israel. Jadi setelah kita yakin, apakah kita bertindak atas dasar prinsip atau kita hendak ikut orang ramai. Sepatutnya setelah kita yakin hendaklah kita menerangkan kpd orang lain yg masih mengunjungi McD, kerana mungkin mereka tdk ada maklumat. (Salah satu sebab kenapa seorang itu tdk mahu berubah sbb dia tengok semua orang tdk berubah-sedangkan kita nanti berdiri di depan Allah dan apakah alasan kita utk tdk mahu berubah? Apakah kita nak kata sebab orang ramai tak berubah pun! Sedang kebenaran telah sampai pd kita. Orang lain mungkin bolih jawab kami tak tahu, dan kita pula instead of menyampaikan kpd orang yg tak tahu, kita ikut pula perbuatan orang yg tak tahu itu.
baiklah seseorang itu kena faham kenapa boikot. Kalau dia sudah yakin dgn fakta-fakta yg dibentangkan, dia hendaklah mengambil satu pendirian. Pendirian ini dibentuk oleh keyakinan dan bukan tergantung kpd sikap orang lain. Samada McD laris atau tidak, itu bergantung bagaimana berkesannya kempen ini atau bagaimana sikap/pendirian umat Islam.
Ohh..macam tu..honestly, kalau sy turun kat LCCT sebelum flight ke KB, mmg first spot sy klu lapar adalah McD..mungkin sy kena fikir balik tentang hal ni..biar lebih faham tentang isu boikot..sy still ingat, mase kat PASUM dulu, akhawat ada tampal tentang boikot mcm2 kat dinding di surau..n salah satunya yg terpampang di lembar putih tersebut adalah McD (seingat sy ade,klu x salah la..klu salah, asif ye..)
BalasPadamsyukran paih.. :)