Sabtu, 7 Jun 2014

Olaf

 Bercerita, menge'post' gambar, mahupun kasih kepada binatang tak bermakna kita ni forever alone or what so be called. Memelihara atau membela binatang bukan sahaja dapat meraikan kasih sayang kita sesama makhluk Allah, tapi sometimes it gives a kind of affection dan mentunaskan banyak sifat positif dalam diri pembela, contohnya tanggungjawab, peka, dan sabar.

*kenapa aku rasa macam menulis artikel rasmi tentang kebaikan membela binatang je ni. 

  Jom menaiki mesin masa dan mengundur zaman melihat sejarah. Bukankah ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang sangat suka dan sayang akan kucing? Dan kalau kita termasuk dalam golongan yang tahu serba sedikit tentang sirah Islam pasti pernah mendengar nama seorang perawi hadith yang cukup banyak meriwayatkan hadith-hadith daripada Rasulullah SAW.

  Nama sebenarnya ialah 'Abd al-Rahman (Abdurrahman) ibn Sakhr Al-Azdi (kalau tetiba terkeluar nama ni sah kita tak kenal walaupun buat muka serius cuba mengingat, bajet kenal). Beliau mempunyai seekor kucing yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberi tempatnya. Oleh kerana sayangnya beliau kepada kucing maka diberilah gelaran oleh baginda Rasulullah SAW sebagai Abu Hurairah - 'Bapa Kucing'.

  Lihatlah betapa sirah telah mencatatkan bahawa kasih kepada binatang ini tidak ditegah malah digalakkan di dalam agama itu sendiri.

*sah aku rasa macam menulis artikel rasmi bab kebaikan membela binatang..haila.

  Jom menaiki mesin masa pulang ke abad 21.
"A street cat named Bob" adalah sebuah catatan kehidupan tulisan James Bowen berkisar tentang seekor kucing bernama Bob. Kehidupan James banyak berubah selepas kehadiran Bob. Of course perubahan positif. Satu kisah yang aku anggap sangat menarik kerana ia banyak melatih James untuk memikirkan orang lain selain diri sendiri. Maksud aku 'ekor' bukan 'orang' sebab Bob ialah seekor kucing.

  Bob merubah hidup James dari hitam kepada putih. Bagaimana proses itu berlaku? Nak tahu silalah Google ataupun kalau berduit much better to read the book itself.

OK. Akhirnya sampailah kepada cerita si Olaf.

  Aku mula tertarik dengan kisah si kecil Olaf ni dari hari pertama dia diselamatkan oleh seorang senior sekolah menengah di Kelantan. Bermula saat itu aku mula follow kisah Olaf. Mujurlah Mummy si Olaf ni rajin nak meng'update' kisah anak dia.

*senior ni membahasakan dirinya Mummy bila bercerita pasal Olaf. I think it is quite interesting when she called herself as Mummy. I do like it..haha


 
  Hari pertama Olaf dijumpai, keadaannya memang agak yabai. Gayanya memang nyawa sudah di halkum dengan badannya yang basah lencun. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, anak kucing yang dalam keadaan sama potensinya 98:2. 98% terbiar dan akhirnya meninggalkan dunia yang fana ini dan 2% terselamat. Ini pengalaman aku, orang lain mungkin berbeza. Olaf termasuk dalam golongan 2% ini kerana bertemu dengan senior yang prihatin dan bukannya aku.

 
  Seriously aku tak pasti adakah aku akan melakukan perkara yang sama jika akulah orang yang berada di tempat itu dan pada waktu itu. Tapi selepas mendapat inspirasi dari senior ni, mungkin dari sekarang aku juga akan tergerak untuk buat benda yang sama.

Harapnya. InsyaAllah.

  Kalau ikutkan hati, memang nak tulis kisah Olaf dari saat dia diselamatkan, penyembuhan dan pembesarannya dan juga bagaimana Olaf telah berjaya mengubah hidup senior aku. Tapi apakan daya, penulisan ini tersadai hampir berminggu-minggu..seriously I don't know how to write about it. So,  izinkanlah aku bercerita melalui sedikit gambar.



Olaf pada hari dia diselamatkan


Olaf ketika dalam proses penyembuhan. Untung Olaf jumpa Mummy yang caring :)


Olaf dah makin sihat..nasib la kau nak tak beribu..kena la belajar minum susu botol yang Mummy bagi


hai! nama saya Olaf dan saya dah makin besar dan sihat :)


Olaf menjadi model untuk Mummy. bergaya sakan kau nak~


belajar menggunakan teknologi agar tidak ketinggalan mengejar arus pembangunan


gambar terbaru Olaf


  Mummy si Olaf ni rajin mengupdate cerita anak dia di FB. Sangat menarik. Macam-macam cerita ada dan dikepilkan sekali bersama gambar ataupun video. Kalau nak follow cerita Olaf boleh follow my senior's FB

That's all cerita si Olaf. 
Bye. 
Assalamualaikum.


GLOSARI 

yabai = Japanese word untuk menggambarkan dalam keadaan yang sangat teruk