Memaparkan catatan dengan label iniceritasaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iniceritasaya. Papar semua catatan

Ahad, 14 Disember 2014

Kisah kampung Denai

Pernah mendengar tentang sebuah kampung masyur? Kampung Denai namanya.

Mari saya kisahkan.

Di dalam sebuah negeri ada sebuah kampung. Masyur dengan penduduknya yang baik, peramah dan berakhlak mulia. Mereka hidup sederhana serba mencukupi, aman dan damai. Itulah kampung Denai namanya. Maka dibawa oranglah perihal kampung ini mulut ke mulut. Para nelayan membawa sampai ke laut, para petani ke sawah bendang dan para musafir ke setiap persinggahannya.

Maka cerita kampung ini tersampailah kepada dua orang pemuda. Seorang asalnya dari sebuah kampung di sebelah barat dan seorang lagi dari sebelah utara. Kita namakan yang dari barat itu Derih dan yang dari utara itu Lekiu.

Maka berjalanlah yang dua orang ini dari kampung masing-masing mencari kampung Denai. Derih dari selatan dan Lekiu dari utara. Berjalan mereka dari satu kampung ke satu kampung bertanya orang di mana kampung masyur bualan orang itu.

Dek kerana Derih ini kerjanya dulu gasar-gasar maka badannya lebih sasa dan berjalannya lebih laju. Maka dipendekkan cerita sampailah Derih ke kampung Denai lebih dulu dari Lekiu.

Sudah kebiasaannya andai saja bertemu dengan orang pasti Derih bertanyakan soalan yang sama, "Di sinikah dinamakan orang kampung Denai?"Andai jawapannya tidak maka dia meneruskan perjalanan ke kampung yang lain sehinggalah dia bertemu seorang datuk tua bersama seorang cucu yang sedang memasang bubu di sebatang sungai di pinggiran kampung Denai.

"Pakcik, di sinikah di namakan kampung Denai yang masyur itu?"

"Anak ini siapa gerangan namanya dan dari mana datangnya? Dari lusuh pakaiannya mungkin menempuh perjalanan jauh gayanya anak ini."

"Saya Derih pakcik, Dari kampung hujung negeri di sebelah barat."

"Pakcik belum pernah sampai sejauh itu, kalau tidak keberatan sudikah ceritakan sedikit bagaimana orang dan tempat tinggal anak di hujung negeri sebelah barat itu?"

"Kampung saya kampung pedalaman pakcik. Itu ini tidak cukup. Orangnya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tidak senonoh langsung. Asyik mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah saya berkelana mencari kampung Denai."

"Di kampung ini anak mungkin jumpa perihal yang sama dengan kampung anak itu. Berkelanalah lagi, semoga anak jumpa apa yang anak cari."

Derih menyangkakan dari jawapan pakcik itu bahawa disitu bukanlah kampung Denai yang dicarinya selama ini kerana orang kampung Denai itu mestilah baik-baik sebagaimana cerita yang didengarnya. Maka diteruskanlah perjalanannya mencari kampung Denai.

Selang beberapa ketika maka sampailah Lekiu di sungai yang sama dengan Derih. Bertanya Lekiu soalan yang sama kepada datuk tua seperti mana yang ditanyakan Derih. Perbualan yang hampir sama juga berlaku, datuk itu juga bertanya perihal kampung Lekiu di hujung negeri sebelah utara itu.

"Orang kampung saya baik-baik. Semuanya saling bantu-membantu dan berkasih sayang." jawabnya Lekiu bila ditanyakan soalan oleh datuk tua.

"Kalau begitu mengapa kamu keluar merantau wahai anak muda?"

"Saya ingin melihat sendiri kampung yang masyur di bibir orang negeri ini di samping mencari pengalaman di tempat orang."

"Oh, kalau begitu benarlah di sini tempatnya kampung Denai yang disebut-sebut itu. Anak teruskan sahaja perjalanan ke depan maka di situlah dinamakan orang kampung Denai."

Sesudah Lekiu berlalu  maka bertanyalah si cucu kepada datuknya, "Mengapa datuk berbohong bila ditanyakan soalan yang sama?"

Si datuk tersenyum segaris.

"Datuk tidak berbohong cucuku, datuk hanya menjawab mengikut keadaan orang yang bertanya."

"Maksud datuk?"

"Jika orang itu selalu melihat kepada kebaikan maka ke mana sahaja dia pergi tetap kebaikan juga yang lebih dilihatnya, begitulah sebaliknya. Sebab itu jawapan datuk berbeza walaupun ditanyakan soalan yang sama. Kita melihat dengan mata hati kita"

begitulah hidup. ianya mengenai perpekstif pandangan.


Isnin, 1 Disember 2014

Budi siapa yang engkau lupa?

Ibu
Bukan sebarang kerja
Bukan sebarang orang yang bisa..

Hey anak..
dulu engkau kecil
Siapa yang lahirkan?
Siapa yang berjaga penat lelah bila engkau merengek tak kenal masa..

Engkau merengek lapar..siapa yang susukan dari dadanya?
Siapa hey anak?

Siapa yang bila engkau berak kencing merata dia yang basuhkan?
Bila engkau buat hal di majlis kenduri, siapa yang menahan pandangan orang?

Bila engkau dah sekolah
Saban pagi bangun..
Bangun awal bukan sebarang awal
Sarapan, seterika baju sekolahmu, siapa yang buatkan?

Engkau menginjak sekolah menengah
Terikut pakaian dan gajet-gajet mahal kawan
Siapa yang engkau minta?
"Tak apa katanya.." walau baju di badan sendiri dah bertahun tak bertukar.
Lusuh.

Kini dia tua..
langsung engkau tak sanggup menatapnya?
Hey...

Betullah kata orang kasih anak kepada ibu
Tidak sama dengan kasih ibu kepada anak.

Rugi
Rugi
Rugi
wahai anak yang sempat melihat ibu bapanya menjadi tua, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana itu.


Jumaat, 16 Mei 2014

Bagaimana Kamu Melihat

  Matahari panas terik membahang, al maklum sudah berminggu tak hujan di bumi bertuah Kelantan ni. Panasnya tak yah cakap, mencabar iman yang memang sudah sedia nipis. Aku rasa dah macam tok Arab kat padang sahara ibaratnya.


  Panas-panas ni tak larat aku nak ulang alik naik motor. Dah la motor buruk. Tapi motor honda merah buruk ini jugak la yang banyak berjasa bawa aku ke sana ke sini. 

Bersyukur faiz bersyukur..jangan sampai kufur nikmat pulak..parah!


  Lepas surfing internet ni nak pergi solat kat masjid Ibrahimi, pastu pergi makan. Lepas solat nanti kalau tetiba perut terasa nak makan masakan panas aku pergi je kedai makan 'Dapur Ibu', kalau tak aku pergi je kedai jual nasi berlauk ayam berempah depan cyber cafe ni. 

Last-last ulang alik jugak keje aku.

Hampeh..baru je berfalsafah hidup mesti terancang tak nak ulang alik tengah-tengah panas ni.. *monolog

........

"Result dah keluar, ko dah tengok belum?"

"Belum."


  Elok je aku ralik dok layan surfing internet, tetiba Farhan mesej tanya pasal result. Adoi, bab-bab result meng-result ni yang aku lemah sikit ni. Flying colour? Of course not! Dalam mimpi boleh la..faham-faham je la aku bukannya pelajar cemerlang yang nak dapat anugerah dari JPA.

  Tapi aku macam dah boleh agak je apa warna result aku. Sah hitam..silap.. hitam PEKAT!! Maksudnya hampa. Mana tidaknya ada paper yang memang aku takleh nak score tambah lagi ada assignment yang memang sah-sah aku tau kena reject dengan sensei. 

  Bukannya aku tak usaha, tapi susahnya petala kelapan..bukannya senang nak lepas subjek 応用機械製図 Ⅱ. Dah la kena keisan bab enjin. Haila..botak kepala aku dok garu kepala yang tak gatal. Mamat Jepun pun ramai yang fail, sedangkan dah pakai bahasa ibunda dah tu..aku merangkap pemuda mechanical Melayu terakhir ni lagi la terkapai-kapai macam ikan tak cukup air. Alasan? 

  Entahlah aku nak anggap benda tu sebagai alasan atau tak. Yang penting aku rasa aku dah usaha so, aku tak la rasa stress sampai nak sepak terajang semua orang. Lagipun sebab aku dah usaha tapi tak dapat so maybe ada hikmah yang Allah je tahu mengapa dan kenapa.

  "Malas la aku nak check lagi result tu, yang penting sekarang aku nak pergi solat dan makan dulu."

............

  "Ma, result exam akhir semester hari tu dah keluar. Kena repeat."

Disebabkan penyataan aku tu, maka malam tu bermulah perbahasan berhemah antara ibu dan anaknya. Perlulah aku menjadi A.Samad Said mengulas bahasa seindah mungkin.

  Biasanya ramai yang lebih suka nak kondem kalau dapat result yang tak menghairahkan ni. Ghairah maksud aku result yang cantik mata memandang, bukannya ghairah yang satu lagi tu. Nak nak yang kena repeat macam aku ni..lagi la teruk kena bahan. negatif sangat la orang kita ni.

"Malu la kat orang lain kena repeat"

"Kalau kena repeat setahun ibaratnya membuang dan membazir umur hidup ko selama setahun" - huh keras benar bunyinya.

"Orang lain dah start keje kita masih dok U lagi."

Ini la ayat-ayat yang selalu aku dengar. Aku tak nafikan, ada betulnya tapi kalau asyik nak tengok negatif je..penat la. Asyik moody la jadinya. Benda dah berlaku..so go on. Tak guna nak kenang benda yang lepas. Yang tu baru betul disebut pembaziran masa. Kan? Silalah setuju dengan aku..kita buat pakatan jom!

Hujah aku. 
Sebab kena repeat so aku takde kelas sangat. Maknanya aku ada masa nak buat benda yang aku suka. Baca buku contohnya. Bolehlah aku meluaskan pembacaan aku sambil-sambil membina gaya berfikir yang lebih baik. 

Lagi, bolehlah aku cuba-cuba nak baito. Sambil-sambil dapat pengalaman bekerja dengan nihonjin, aku boleh try simpan duit dengan gaji baito ni. Tapi masalah dunia sekarang ni..aku tak dapat lagi baito..Haila. Plan punya la baik pelaksanaan tu je yang belum cukup baik.

Kalau cuti akhir sem aku boleh je balik Malaysia disebabkan aku tak sibuk pun. Tambah lagi peluang menghabiskan masa dengan family. Bukankah ini keuntungan yang nyata!

Maka dengan segala hujah ini, perbahasan antara si ibu dan anak selesai. Hujah aku diterima. Yeay!!

Lupa. Alhamdulillah. Yeay!!

Point aku kat sini adalah bagaimana kita memandang sesuatu perkara. Kita boleh melihat sesuatu yang positif menjadi negatif dan yang negatif menjadi positif. Aku lebih suka melihat dari sudut baiknya. Its makes my life easier and happier. I choose to choose the good side, how about you?


9gag.com


GLOSARI
応用機械製図 Ⅱ - Lukisan Mekanikal 
Baito - part time job
Nihonjin - orang Jepun

Khamis, 7 Februari 2013

Rolex

Darus (bukan nama sebenar) baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 20.
sempena hari jadinya, abang Darus yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan yang terkemuka yang menjalankan urus niaga antarabangsa telah membelikan seutas jam tangan yang dibeli terus dari London, England semasa urus niaga di sana tempoh hari.

Rolex.
satu jenama yang cukup gah dalam bidang pertukangan jam.
si pemakainya pasti juga merasa cukup 'macho' kerana ramai yang akan memandang dan berbisik-bisik kagum dan terpukau dengan modelnya yang cukup seksi.
tambahan lagi harganya yang mahal setanding untuk belanja makan satu bulan warga kota biasa, membuatkan tidak ramai yang mampu memilikinya.

Darus cukup gembira dengan hadiah ini.
sudah lama jam ini menjadi igauan malam buat si Darus.

"yeah! akhirnya impian termakbul!"
teriak Darus tika mula-mula membuka bungkusan pembalut hadiah dari abangnya.
"terima kasih abang Said!" terus Darus memeluk abangnya, walaupun sebelum ini payah benar untuk bersentuhan kulit dengan abangnya itu.
malu katanya.

si abang hanya tersenyum. kuntum senyum tanda gembira bila yang dikasihi juga gembira.
kasih si abang di dalam hati, sekali sekala saja ditunjukkan di alam realiti, takut nanti yang melihat tersalah imaginasi.

Darus ada seorang kawan, Ipin.
Ipin ialah anak sulung dari 2 beradik.
si abang di alam universiti dan si adik di sekolah menengah.

Ipin bukanlah datang dari keluarga berada seperti Darus, tapi ayah Ipin tidaklah sampai perlu menggadaikan tanah untuk menyekolahkan dua anaknya itu. keluarga yang biasa-biasa saja seperti saya dan juga awak.

"waahh..Darus, biar betul!"

Darus tersenyum bangga. dia tahu Ipin pasti terkejut melihat jam Rolex yang kemas melekat di tangan kirinya.

"mahal ni..! ori ke ni?"
bersungguh Ipin menyoal .

"ishk..ori la..apa main ciplak-ciplak ni. abang aku yang bagi. kau kan tahu, dia tu selalu ke luar negara."

dalam satu nafas saja Darus menghabiskan ayatnya.

"waah..untunglah kau Darus. kalaulah aku.."

Darus tersenyum. dalam hatinya berbisik.."kalaulah kau dapat jugakkan?"

"kalaulah aku mampu beli, aku pun nak bagi hadiah kat adik aku jugak la..dah lama dia mengidam jam ni, cuma dia xcakap je. tapi aku tahu dia nak"
sambung Ipin.

gulp.
hilang senyum Darus, terkejut dengan jawapan yang tidak disangka.
tapi dalam masa yang sama dia juga bangga memiliki seorang kawan yang cukup baik seperti Ipin. insaf Darus bahawa tidak semua orang akan gembira dengan hanya menerima tapi ada juga yang cukup gembira bila memberi. nah! sekarang contoh ada di depan mata. bukan satu, tapi dua! abang said dan juga Ipin.

"err..Ipin. adik kau tu memang minat eh dengan jam yang cam gini?"

"hmm..yer kot. lagi pun dia xpenah cakap. mungkin dia tahu kalau dia cakap, bukan boleh dapat pun..haha"

Ipin ketawa halus sebelum menyambung,

"xpe nanti aku belikan..mesti terkejut habis budak tu..tapi kena tunggu aku kaya macam abang kau la"

Darus terkesan dengan kata-kata Ipin. nampak biasa saja kata-kata itu, tapi entah bagaimana benar-benar menyentuh dan mengusik hati Darus.

"nah ambik jam ni. aku hadiahkan kat kau sebagai sahabat aku yang banyak memberi pengajaran yang baik untuk aku. nanti kau boleh hadiahkan untukl adik kau!"

tika membuka jam di tangan kirinya, bukan rasa menyesal mahupun sedih tapi satu perasaan yang cukup pelik dalam hati Darus,
"mungklin inilah yang dikatakan kegembiraan bila memberi", bisik hati kecilnya.


nukilan penulis sambil menunggu solat asar.
7 feb 2013






Jumaat, 11 Januari 2013

masalah itu jahat?

bismillah.

disebabkan sejak dua menjak ni temanya adalah mengenai kesedihan dan juga masalah, izinkan saya terus menulis berkenaan tema.

kadang-kadang saya juga ada terfikir; patutkah aku mengucapkan rasa syukur diatas ujian ini?

hmm..

rasanya patut.

mengapa?
tak stress ke?
tak bermurung ke?
suka ke bersedih?

jawapannya..
ye..saya stress, bermurung dan ye..saya juga bersedih dan saya tidak suka bila saya sedih.
tapi disebabkan semua perasaan inilah saya ingin mengucapkan syukur.

warkah cinta

pelik?
tidak pelik!

kerana saat seperti inilah saya merasa lebih dekat dengan Sang Pencipta.
bukannya ketika gembira itu saya tidak ingat langsung kepadaNya.
cuma saat seperti ini membuatkan diri saya lebih terasa.

saat seperti inilah sangat sesuai untuk membelek kembali warkah cinta yang sekian lama berdebu itu.
bukankah banyak ayat di dalam al-Quran itu bisa mendamaikan hati yang sedang resah?
saat inilah ayat-ayat itu akan lebih berbekas dihati jika dibaca.

maka mengapa saya tidak patut bersyukur setelah diberi peluang untuk lebih merasa hingga ke hati ayat-ayatNya?

disaat kesedihan inilah kita juga lebih berasa ingin berubah menjadi lebih baik.
ketika senang pernah terfikir ke?

maka lihatlah sekali lagi indahnya cara Allah mendidik kita.

mendidik kita untuk lebih bersabar.
mendidik kita untuk menjadi lebih baik.
dan juga mendidk kita untuk belajar dari pengalaman.

lupa itu kerja kita

tapi tidak pelik jika kita terlupa.
sudah namanya pun manusia; manusia itu pelupa.
disaat kita lupa itulah Allah menarik kita kembali dengan segala bentuk ujian.
ujian itu sepatutnya membuatkan kita lebih dekat padaNya. bukan semakin jauh.
kita mungkin sedar ujian itu adalah dariNya, maka kita pergi kepadaNya untuk mengadu supaya keluh kesah ini reda.
tapi ramai diluar sana yang tidak sedar akan hakikat ini.
mereka terus hanyut bersangka buruk dengan ujian Allah. maka makin jauhlah mereka dengan Yang Maha Pendengar.
masalah tidak selesai. hati juga makin jauh. nauzubillah!

semoga kita digolongkan antara mereka sedar dan semakin dekat denganNya tika saat ujian mendatang.
moga kita juga terus kuat, sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Rabu, 9 Januari 2013

kehidupan

bismillah.

hari ini topiknya..jeng..jeng..
baca dulu dan fahamkan sendiri apa yang saya cuba sampaikan. hee.

bayangkan sebuah dunia yang permai,
padangnya luas nun menhijau,
kicauan burung nan merdu, menusuk telinga hingga ke kalbu.
aman dan damai,
ibarat tiada masalah, tiada kekalutan, tiada kerunsingan.

stop!

realitinya tidak seindah itu.
dalam tenang tiba-tiba datangnya gelora.
dalam gembira, tanpa disangka datangnya air mata.

tapi, burukkah semua itu?
sempurna terukkah segala ujian dan masalah itu?

jezzz...

kita serupa

ok. tinggalkan sementara imiginasi, kesedihan dan persoalan diatas.
ada sebab mengapa saya tetap menulis walaupun diri sibuk dihimpit assignment yang menggila meminta disiapkan, ditambah pula peperiksaan akhir semesta yang tinggal entah berapa hari sahaja lagi.

dimana patut saya mulakan.
hmm..

baiklah saya mulakan dari episod percutian musim sejuk saya.
kali ini destinasinya shiga, kobe, osaka dan kyoto.
bukan berjalan semata ye, disamping menjenguk tempat orang inilah peluang untuk bertanya khabar rakan-rakan.
namanya sahaja belajar satu negara, jumpanya..fuhh susah sekali.
bukan tidak mahu cuma jarak serta masa memisahkan kami.

jadi apa ceritanya?
al-maklum sajalah, bila berkurun tak bertemu, pelbagai cerita dikongsikan. ada gembira ada sedih.
yang gembira itu kita biarkan dulu kerana kali ini banyak juga kisah sedih yang dikongsikan bersama.

tup tap tup tap...masa berlalu..leka saya dengan kehidupan saya di universiti dan rakan-rakan sekeliling, tapi dalam tidak sedar ada antara beberapa rakan saya yang telah pulang ke Malaysia kerana sudah tidak mampu meneruskan pelajaran di bumi samurai ini. tanpa angin tanpa hujan, tahu-tahu saja sudah pulang. sedih juga kerana tidak sempat berkongsi kisah susah mereka.

dari cerita yang disampaikan, ada yang pulang kerana masalah subjek yang terlalu susah, dan ada juga kerana masalah komunikasi.
macam-macam sebabnya.

itu yang sudah pulang.
yang masih disini tapi dihimpit stress dan kemurungan tidak kurang ramainya.
pelbagai masalah.
ada kerana wang. ada juga kerana keluarga.
jika masalah belajar..rata-rata menghadapinya.
tambah lagi musim exam..musim untuk bermurung.

begitulah kisah kami disini.
telahan saya, pasti di Malaysia juga sama.
mungkin masalahnya berbeza..tapi rata-rata ada masalahnya yang tersendiri.

di dunia semuanya tidak kekal

tapi ada sesuatu yang menarik tentang hidup ini yang kita mungkin terlupa ketika kita bersedih.
'di dunia semuanya tidak kekal'.
satu ayat yang boleh membuatkan kita runsing tapi pada masa yang sama boleh melegakan.
ibarat sekuntum mawar yang esoknya akan layu.
ia bermaksud umur ini akan meninggalkan kita, tapi ia juga bermaksud kesedihan yang dirasakan hari ini akan bertukar esoknya. kesedihan akan layu membawa kuntum-kuntum baru. ^^. kesedihan ini akan mati.

ketawa kita tidak akan bertahan selamanya-tapi begitu juga kesedihan ini.

suka saya memetik tulisan yasmin mogahed di dalam bukunya 'reclaim your heart'
-We say this life isn't perfect. And it isn't. It isn't perfectly good. But, it also isn't perfectly bad, either.

reclaim your heart

saya agak tertarik dengan isi penyampaian di dalam buku tulisan yasmin mogahed ini.
jadi ingin saya kongsikan serba sedikit petikan di dalam buku ini. semoga menjadi manfaat. ^^

Allah (glorified is He) tells us in a very profound ayah (verse): "verily with hardship comes ease." 94:5

Growing up I think I understood this ayah wrongly. I used to think it meant: after hardship comes ease. In other words, I thought life was made up of good times and bad times. I thought this as if life was either all good or all bad. But that is not what the ayah saying. The ayah is saying WITH hardship comes ease. The ease is at the same time as the hardship. Ths means that nothing in this life is ever all bad (or all good). In every bad situation we're in, there is always something to be grateful for. With hardship, Allah also gives us the strength and patience to bear it.

If we study the difficult times in our lives, we will see that they were also filled with much good. The question is-which do we chose to focus on? I think the trap we fall into is rooted in this  false belief that this life can be perfect-perfectly good or perfectly bad. However that;s not the nature of dunya (this life). That's the nature of the hereafter. The hereafter is saved for the perfection of things. Jannah is perfectly and completely good. And Jahannam is perfectly and completely bad.

cukuplah setakat ini dulu. semoga menjadi manfaat buat yang membaca. ^^

Jumaat, 16 November 2012

palestin hangat kembali



hari ini, isu palestin bangkit lagi, maka berderu-derulah facebook user yang hangat berkongsi idea masing-masing di dada facebook mahupun hanya meng'share' tulisan2 yang berkenaan dengan topik 'palestin diserang lagi!', 'mari memboikot' dan sebagainya.

persoalannya, adakah hanya terhenti disitu tanpa usaha2 yang lain?
dari pengalaman lepas, ketika isu palestin hangat diperkatakan ramailah muncul 'pejuang2' di facebook, tapi bila isu ini kian lama ditelan arus masa 'pejuang2' ini turut hilang entah kemana..

saya tidak memandang sinis tentang usaha2 murni kalian, tapi saya tidak begitu berkenan dengan semangat 'hangat2 tahi ayam'..
ibaratnya bergegar-gegar melaungkan isu boikot, tapi diri sendiri galak menyokong..

maafkan saya jika ada yang terasa. bukan menyindir mahupun menentang dan jauh sekali berprasangka negatif cuma menyatakan pendapat dihati.

#sekadar perkongsian
....................................................................................................................................................
today best facebook status by muizabidin

Kita selalu dicadangkan utk memboikot produk israel.tp masalahnya, kalau sy buat survey (sy lebih suka utk menggeledah masuk) 40 rumah di Kg. Malaysia Tambahan ni,possible je kesemua 40 rumah ade at least Milo, Maggi, Nescafe. Kalau x, xkanlah gigih 2 kedai runcit di kawasan renduduk ini membekalkan maggi, milo dan nescafe. Cadangan boikot ni bukan baru semalam selepas tanah Gaza di serang (lagi), tp dah lama.

kenapa x jadi? Sebab, setiap kali kempen boikot,sy rse xpernah ade cadangan produk2 alternatif yg boleh dibeli pengguna macam sy yg malas nk gugel mane produk israel mana produk xIsrael.

Lagi malang kalau ketika kempen, produk alternatif lagi mahal dari produk Israel, tambah lagi tidak sedap, tidak berkualiti siapa hendak beli? Dan sy rasa ni lah faktor2 utama boikot selalu gagal dan x menjadi sbb alih2, org xnk bertukar produk.

Disebalik semua perkara ini, kenapa produk kita x boleh nk dijadikan pilihan, padahal kita rakyat Malaysia, kita tahu citarasa kita macamana, mereka yg dari Israel pun tahu mcmn utk menjadikan McD rase sedap pada lidah kita rakyat Malaysia, xkan kite sendiri tidak tahu utk mencipta produk yg jauh lebih sesuai dengan citarasa kita sendiri. Disinilah fungsi2 inovasi dan kreativiti yg perlu ada dlm kalangan rkyt Malaysia, baru kita boleh mencipta produk, dan menawarkan alternatif kpd pengguna, dan boikot pun boleh berhasil.

Jadi sekarang, nk berinovasi ke nk boikot?

P/s: Macamlah x boleh buat 2-2 kan.

..................................................................................................................................................

today chosen blog post

please click here for the post.

Sabtu, 20 Oktober 2012

si mama besbol

gelagat mama n anak-anaknya memang selalu buat saya tersenyum...

sambil berjalan-jalan menghirup angin petang selepas penat mengisi masa ( tengak drama je pun sebenarnya)
terberhenti langkah seketika melihat seorang ibu dalam lingkungan 40-an bersama 2 anak lelakinya bermain besbol...

"mama, mama pulak yang pukul!"
semangat si mama menghayun kayu besbol plastik sambil anaknya yang sulung mengambil giliran sebagai pitcher(pelempar)..

buum! tepat pukulan si mama...
"fuh! mantap jgak mak cik ni..."

si mama terus berlari dengan semangatnya untuk membuat homerun..si anak y mnjadi pitcher pulak mengejar...

sambil mengejar sambil melempar bola kearah si mama, untuk mematikan si mama, namun si mama bukanlah calang-calang pencabar..sempat jua si mama membuat homerun..huh...

begitu berbeza ye ceritanya di Malaysia dan di sini...
bukannya menuduh tidak ada, tapi payah benar nak berjumpa..
apa yang baik kita ambil, apa yang buruk jangan gatal nak disentuh takut nanti melekat..
salam petang dari saya...