Memaparkan catatan dengan label mari fikirkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mari fikirkan. Papar semua catatan

Ahad, 1 April 2012

arah yang satu

umat Islam menghadap ke arah yang satu apabila solat....

tapi kenapa masih banyak pergaduhan, dengki-mendengki, benci-membenci sesama Islam?

fikir-fikirkan bersama


picture taken at minatomirai april 1

Ahad, 4 Disember 2011

Ar-Rum 20->25

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialahDia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.(20)

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.(21)

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan  bahasanu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.(23)

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan,, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti.(24)

 Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan kehendak-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu kamu keluar (dari kubur)(25)







dusk at my university..

Sabtu, 1 Oktober 2011

mengapa umat Islam sembah kaabah?




Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 

Missionary : Awak tak ada jawapan ? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 

Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


By: Shuhairazi Janudin

Khamis, 11 Ogos 2011

di manakah silapnya??!

 
sebagai seorang muslim kita tahu bahawa murtad adalah dosa besar...namun dengan pengetahuan yang ada masih ramai lagi yang murtad..buktinya di Malaysia sendiri kes murtad tidak sedikit jumlahnya..




yang menyedihkan, ada juga yang mualaf yang baru sahaja cuba untuk memahami Islam tapi akhirnya murtad...
di manakah silapnya? di manahkah pincangnya..?



tapi ada satu lagi perkara yang sangat menyedihkan aku sebagai seorang muslim...
Islam ini ditentang secara terang-terangan di facebook...komen2 yang sangatlah menyakitkan hati aku yang membacanya...

jika melihat kepada pos2 di facebook, menunjukkkan mereka ini banyak tahu tentang Islam..tapi sayangnya cahaya Islam itu tidak mampu menembusi hati yang telah gelap dan keras itu...

kita sering membantah bila ada sahaja penghinaan terhadap Islam daripada luar negara...tapi bagaimana pulak yang berlaku dalam negara sendiri..sangat menyedihkan bila penghinaan yang begitu besar ini tidak dipandang dengan begitu serius..

Ya Allah ..enkau jagalah hati aku ini supaya sentiasa berada bersama-Mu supaya aku tidak dipesongkan dengan duniawi yang penuh tipu dan muslihatnya...

siapa yang nak tengok sendiri bagaimana penghinaan yang telah dilakukan boleh baca page facebook ini

dan ada juga yang menetang golongan murtad ini  melalui facebook...so siapa yang berminat boleh klik sini

Rabu, 3 Ogos 2011

read and think what is the message



Cerpen 01 : Baby Lelaki Razali



Status di Facebook Razali bertulis "Just got my first child...my son...3.15kg..baby and wife selamat!syukur!"

Ahmad duduk di depan ipadnya sambil tersenyum riang membaca status kawan baiknya itu."Yo,my fren,congrats 4 being a father!" balas Ahmad di status Razali.

Ahmad duduk sebentar merenung skrin. Tangannya mencapai iphone di depannya.Jarinya pantas menaip sms ringkas kepada seorang lagi rakan baiknya, Abu."Yo bro...teman aq g beli hadiah untuk anak Razali,plis?Aq tak pandai nak beli brg baby.." begitulah mesejnya.

Ahmad termenung kembali menunggu balasan.Selalunya Abu tak pernah biar smsnya tidak berjawab."Ding dong!" Iphone Ahmad berbunyi.Ada sms masuk.

"Kau ingat aq reti?Tibai aje.2:30,sharp,Mid Valley.Aku naik LRT..kau hantar aku balik."

Ahmad sengih.
Nasib baik Abu nak tolong.

...............

Salesgirl itu mungkin pelik melihat 2 orang lelaki masuk ke dalam kedai yang dijaganya."Ya,Encik boleh saya tolong?" tanya salesgirl itu.

Abu sengih pandang Razali."Kami sebenarnya nak carik baju untuk anak kami!" Abu sedaya upaya tahan ketawa bila meluahkan ayat tu.Salesgirl itu buntang matanya sebentar,memandang Abu dan Ahmad yang berdiri.Mungkin kerana sengaja nak bergurau dengan lebih ekstrim, tangan Abu dipegang Ahmad.

"Oh..oh oh....I see...I see.." merah padam muka gadis itu.Pantas dia melangkah ke bahagian baju bayi."Lelaki ke perempuan?" tanya dia tak berani memandang wajah mereka berdua.

"Boy!" kata mereka serentak."Aaa..semua kat sini.." gadis itu pantas menunjukkan barisan baju bayi yang dipamerkan dan cepat2 dia melangkah pergi.

"Hahaha...tiap2 kali kita berlakon jadi pasangan gay...mesti respon diorang sama aje..hihihihi.." bisik Abu kepada Ahmad.Mereka pun membelek-belek beberapa helai.Sedar-sedar gadis tadi ada di belakang mereka.Cepat2 Abu menukar nada suaranya jadi lemah gemalai."Yaaanngg..I suka la yang ni..cuuuttteee sangat!" kata dia...

Ahmad ketawa berdekah-dekah dalam hati. Memang dia cukup tak suka shopping sambil diawasi salesgirl.Rasa tak bebas.Selalunya,lakonan mereka memang berkesan nak pastikan takde salesgirl berani datang dekat.

..................

"Banyaknya kau beli hadiah untuk anak Razali?Banyak betul duit kau?Aku tengok tadi total dekat 4 ratus lebih!" tanya Abu kepada Ahmad.

"Sekali-sekala Bu...anak member,apa salahnya?" jawab Ahmad ringkas."Ye la..tapi kau spend banyak2 pun bukannya anak kau pun..." soal Abu.

Ahmad masuk ke kereta selepas selesai memasukkan barang ke bonet."Sekali ni aje..lepas ni kalau dia dapat anak lagi..tak dapat la aku bagi banyak camni.." jelas Ahmad. Abu pantas masuk ke kerusi depan dan kereta pun meluncur laju membelah jalanraya.Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan tinggi yang kelihatan seolah mencecah langit.

"Kau nak tau kenapa aku sanggup spend banyak2 ni?" tanya Ahmad,memecahkan suasana sunyi sambil kereta terus meluncur.

"Sebab kau dapat bonus?Sebab kau sudah stop layan clubbing?Sebab kau sudah tidak minum membuatkan kau banyak saving?" teka Abu. "Keh keh keh.." gelak Ahmad. "Ada ke camtu cara pemikiran kau?"

Pelik Abu..."Habis tu sebab apa?"Ahmad meneguk air liur."Kau member baik aku jadi aku bagitau kau...kau sorang aje ni. I trust you,man!"

"Ok..ok..ok!Macam biasa...biar pecah di perut,jangan pecah dekat mulut!" kata Abu makin teruja.

"......baby tu...anak aku..." kata Ahmad, perlahan.

Sepanjang perjalanan pulang selepas itu...
Abu yang gila-gila dan riang ria,langsung tak bersuara.

regard to cursing malay blog for this cerpen

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH



apa pandangan anda....? bagi aku setiap orag ada cara pemikiran sendiri ..n yes we should have our own thinking...

mungkin bila suara xdidengar begini la jadinya...perhimpunan. demo...etc...
but what the points...?
what's the benefit...

mungkin ideologinya ok...tapi cara ...memang xkena...
menghuru-harakan negara...what do you get...? useless...

n kalau boleh..tolong buktikan..pernahkah melalui sebuah perhimpunan @ demo..sebuah negara boleh menjadi lebih baik?

jangan jadi orang yang bodoh...jadi pak turut...kalau ada ideologi sendiri sekali pun...gunakan saluran yang betul....don't be a human with brain but not use it

     use your own brain man.....! don't let other fools you...!

and kalau rajin sila baca tulisan kat blog ini.

Jumaat, 8 Julai 2011

penting

adakah facebook penting...?
 n kalau xder facebook rasa cam ada something missing....?



begitu juga internet....



n begitu juga handphone...



kenapa semua benda ni penting...? sebabnya kita selalu menggunakannya...
siapa yang ada facebook...tapi xguna...?
kalau ada pon sikit sangat...tu pon sebab xder internet

internet?
xyah cakap...kepada sesiapa yang memang guna internet tiap2 hari in daily life..
internet is something important right?

handphone?

kalau xder susah...nanti xleh nak contact kawan2...mesej...n something else...
senang kata, it's important...

so, begitu juga dengan agama...jika kita selalu 'menggunakannya' or mungkin lebih tepat mempraktikkannya dalam hidup kita...kita juga akan rasa agama is something really important...

that's why many people nowadays don't feel that religion is something important, because they don't try to practice it for daily life( same goes for me )...so..do we a part of this group of people? if yes...what can we do from now...?

Isnin, 4 Julai 2011

aku tahu, kau pun tahu..tapi mungkin kita lupa

apa agaknya yer?
kita tahu, tapi mungkin tanpa sedar kita terlupa benda ni...

it is niat...
bila ditanya, "kenapa kau belajar?"
jawapan skemanya ialah, " kerana Allah"

hmmm...tapi betul ke?
betul ke setiap kali kita nak keluar pergi sekolah, univ mahupun pejabat, niat kita adlah kerana Allah Taala..?



ask yourself and answer it by yourself. just you and Allah know the true answer..!

Jumaat, 24 Jun 2011

jangan lebih...

jangan lebih..apa yang korang fikir agaknya?
di sebabkan cara penulisan blog aku yang tersangat strereotype dan tak berkreativiti aku rasa ramai yang da boleh agak apa aku nak tulis ..ok fine..aku xksah pon...

ok kembali kepada わだい( tajuk)...

kenapa jangan lebih? biasa la kalau makan lebih sangat nanti jadi GEMUK? nak ke jadi gemuk...?
kalau nak memuji pon xboleh melebih...nanti da xseronok..sebab da selalu sangat...
apa lagi yer? blaja? blaja pon xboleh lebih2 sangat...nanti stress...pastu....down...pastu bunuh diri...oh jangan..dosa tue...

konklusinya...bersederhanalah...benda2 yang elok pon boleh jadi xelok kalau kita melebih sangat...xksah dalam apa benda pon..bersederhanalah coz sederhana itu indah...n kalau xsilap aku ISLAM juga menggalakkan umatnya supaya besederhana dalam setiap sesuatu...so? apa tindakan kita....?

ok yang ni memang xder kaitan...nama kedai yang menarik...iklan untuk bersederhana agaknya..huhu..good!

Isnin, 20 Jun 2011

langkah

mari melangkah....
kenapa perlu melangkah? sebenarnya aku nak ambil perkataan melangkah ni sebagai ganti kepada perkataan omputihnya first step...

nak buat sesuatu pekerjaan ataupun apa jer perlukan permulaan bukan? tapi permulaan itulah yang susah...

ok aku bagi satu contoh...bagi yang memang susah nak bangun tido, langkah pertama untuk bangun dari tido ialah untuk buka mata n keluar dari selimut...tapi...alahai susahnya....

begitu juga dalam hidup ni...nak dapatkan sesuatu perlukan langkah pertama...ibaratnya mahu mendaki tangga yang tinggi perlulah memijak anak tangga yang pertama..btolkan?
kalau salah tolong betulkan ok...

jadi apa langkah pertama korang?

Sabtu, 18 Jun 2011

berperang?

sejak dulu lagi dalam Islam ni banyak berlakunya peperangan...peperangan jihad...

n even sekarang pon xabih2 lagi perang ni...tapi yang lainnya sekarang yang menjadi mangsa ialah negara Islam..mana hilangnya gerun musuh Islam terhadap Islam...? mana hilangnya satu padu sesama negara Islam...? ke mana hilangnya semua pemimpin yang berani n berwibawa?

tapi hari ni bukan persoalan tu yang aku nak jawab...n aku pon xtahu jawapannya...
kali ni ialah peperangan ....


peperangan melawan nafsu ni xpernah abis...ada kalanya menang ada kalanya kita tertewas...
iman aku entahlah setebal mana untuk melawan nafsu...mungkin senipis kulit bawang? ataupun hanyalah ibarat lapisan debu di atas kulit bawang itu jer?

sering kali imanku tertewas melawan nafsu yang semakin kuat angkatan tenteranya ditambah penasihat iblis yang sentiasa membisikkan ke arah kecelakaan....

mahukah seperti gambar ni...

tanpa sedar nafsu menguasai diri ..akhirnya iman kita yang runtuh ...nauzubillah....

Jumaat, 17 Jun 2011

just a question

yosh kali ni aku just nak tanya 2 soalan jer...

soalan pertama...

are you a muslim?
senangkan? boleh terus jawab yes! yakin jer...

soalan kedua...sikit jer beza dengan soalan pertama tadi...

are you a good muslim?

soalan ni aku rasa ramai yang termenung dulu sebelum jawab...

ok fikir yer...are we a good muslim...hmmm

Khamis, 16 Jun 2011

susahnya soalan ni..kalau..

siapa tahu hri ni berapa haribulan dalam bulan islam? xtahu kan...susah kan soalan ni kalau xambik tahu pasal bulan Islam ni...kalu xsilap aku..hari ni da 15 Rejab ...laju btol...da xlama da nak puasa kan...?

soalan ni pulak, siapa boleh jawab. siapa menteri besar kelantan sekarang? huhu.sapa orang kelantan kalau xdapat jawab soalan ni, xpayah dok kat kelantan la..



ok soalan seterusnya, siapa yang perkenalkan konsep 1 Malaysia...? jawab sendiri...kalau xthu jawapan sila search sendiri...senang sangat...



ok aku da xnak tanya...
kat sini aku nak cerita pasal exam sikit...siapa yang xstudy langsung bila exam menjelang? memang power giler la sapa yang xstudy tu...biasanya orang akan buat persediaan untuk exam kan. kenapa yer? biasa la..jawapan skema, nak dapat result cemerlang...

tapi tahukah anda apakah soalan yang akan bakal dijawab oleh semua orang, xkira yang bersekolah @ tidak?

soalannya ialah....SIAPA TUHAN KAMU? SIAPA NABI KAMU...etc

kalau study dapat jawab ke? huhu...dapat la kat atas dunia ni...alam kubo? hang tanya la diri hang sendiri.
kalu nk lulus cemerlang tanpa dipukul, jom ready sekarang selagi ada masa...

rasa2 dapat jawab ke x yer..? InsyaAllah..

Rabu, 15 Jun 2011

jurang marina


Jurang Mariana ialah jurang laut paling dalam didunia. Kedalaman maksimumnya ialah 10,971 meter. Panjangnya pula ialah 2,550 kilometer dan lebar puratanya pula ialah 69 kilometer. Pada kedalaman hampir 11 kilometer, jika Gunung Everest ditenggelamkan didalammnya masih akan ada 2 kilometer air di atasnya.





Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Minadanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kaw. lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.


Dalam sejarah manusia hanya dua orang pernah turun ke dasar jurang ini. Mereka ialah Lieutenant Don Walsh dan Jacques Piccard. Kedua-dua mereka melakukan selaman bersejarah ini pada 23 Januari 1960.


  

dalam giler kan?
ni bru jurang marina...jurang neraka...?

Selasa, 14 Jun 2011

makin dekat...makin dekat....

oh...makin dekat....makin dekat...setiap saat pon makin dekat....
sedar atau tidak kita bnda tue makin dkat....oh tersangat la dekat....
dekat ...tapi kebanyakan kita x sedar pon...sebab kita xprasan yang ianya makin dkat....
ak sendiri pon sentiasa lupa n xsedar yang bnda tu memang da dekat....mungkin sesaat selepas ni..
mungkin sethun lagi...siapa tahu kan....


sesungguhnya mati itu sungguh dekat dengan kita tanpa kita sedar pon...bersedialah....

                                    oh dekatnya.....dah sedia nk tinggal kat sini?

Isnin, 13 Jun 2011

bridge

hri ni ak nk konsi gmbar2 jambatan jer....cntik and nice...tu ap yg ak rsa la....nilai snri k...

     kalu xslap ak ni gmbr Golden Gate Bridge

this is rainbow bridge

    yang ni smat, Dubai Bridge (da wjud ke blom xthu la)   

cntik kn? this is Sydney bridge

sbnrnya, bkn nk tnjk sgat pon gmbr2 jmbtan ni....ak nk kaitkan yg dunia ni hanyalah stu jambatan ntuk ke akhirat kelak...bagaimana ntuk stu jambatn yg psti ad pghujungny, bgu jgalah dnia ni...akan ad jga pnghjgny....dan ingatlah di akhirat nnt kit akan merentas jg stu titian...thu jer kn titian ap y ak mksdkn...? renung-renungkan...