Pernah mendengar tentang sebuah kampung masyur? Kampung Denai namanya.
Mari saya kisahkan.
Di dalam sebuah negeri ada sebuah kampung. Masyur dengan penduduknya yang baik, peramah dan berakhlak mulia. Mereka hidup sederhana serba mencukupi, aman dan damai. Itulah kampung Denai namanya. Maka dibawa oranglah perihal kampung ini mulut ke mulut. Para nelayan membawa sampai ke laut, para petani ke sawah bendang dan para musafir ke setiap persinggahannya.
Maka cerita kampung ini tersampailah kepada dua orang pemuda. Seorang asalnya dari sebuah kampung di sebelah barat dan seorang lagi dari sebelah utara. Kita namakan yang dari barat itu Derih dan yang dari utara itu Lekiu.
Maka berjalanlah yang dua orang ini dari kampung masing-masing mencari kampung Denai. Derih dari selatan dan Lekiu dari utara. Berjalan mereka dari satu kampung ke satu kampung bertanya orang di mana kampung masyur bualan orang itu.
Dek kerana Derih ini kerjanya dulu gasar-gasar maka badannya lebih sasa dan berjalannya lebih laju. Maka dipendekkan cerita sampailah Derih ke kampung Denai lebih dulu dari Lekiu.
Sudah kebiasaannya andai saja bertemu dengan orang pasti Derih bertanyakan soalan yang sama, "Di sinikah dinamakan orang kampung Denai?"Andai jawapannya tidak maka dia meneruskan perjalanan ke kampung yang lain sehinggalah dia bertemu seorang datuk tua bersama seorang cucu yang sedang memasang bubu di sebatang sungai di pinggiran kampung Denai.
"Pakcik, di sinikah di namakan kampung Denai yang masyur itu?"
"Anak ini siapa gerangan namanya dan dari mana datangnya? Dari lusuh pakaiannya mungkin menempuh perjalanan jauh gayanya anak ini."
"Saya Derih pakcik, Dari kampung hujung negeri di sebelah barat."
"Pakcik belum pernah sampai sejauh itu, kalau tidak keberatan sudikah ceritakan sedikit bagaimana orang dan tempat tinggal anak di hujung negeri sebelah barat itu?"
"Kampung saya kampung pedalaman pakcik. Itu ini tidak cukup. Orangnya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tidak senonoh langsung. Asyik mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah saya berkelana mencari kampung Denai."
"Di kampung ini anak mungkin jumpa perihal yang sama dengan kampung anak itu. Berkelanalah lagi, semoga anak jumpa apa yang anak cari."
Derih menyangkakan dari jawapan pakcik itu bahawa disitu bukanlah kampung Denai yang dicarinya selama ini kerana orang kampung Denai itu mestilah baik-baik sebagaimana cerita yang didengarnya. Maka diteruskanlah perjalanannya mencari kampung Denai.
Selang beberapa ketika maka sampailah Lekiu di sungai yang sama dengan Derih. Bertanya Lekiu soalan yang sama kepada datuk tua seperti mana yang ditanyakan Derih. Perbualan yang hampir sama juga berlaku, datuk itu juga bertanya perihal kampung Lekiu di hujung negeri sebelah utara itu.
"Orang kampung saya baik-baik. Semuanya saling bantu-membantu dan berkasih sayang." jawabnya Lekiu bila ditanyakan soalan oleh datuk tua.
"Kalau begitu mengapa kamu keluar merantau wahai anak muda?"
"Saya ingin melihat sendiri kampung yang masyur di bibir orang negeri ini di samping mencari pengalaman di tempat orang."
"Oh, kalau begitu benarlah di sini tempatnya kampung Denai yang disebut-sebut itu. Anak teruskan sahaja perjalanan ke depan maka di situlah dinamakan orang kampung Denai."
Sesudah Lekiu berlalu maka bertanyalah si cucu kepada datuknya, "Mengapa datuk berbohong bila ditanyakan soalan yang sama?"
Si datuk tersenyum segaris.
"Datuk tidak berbohong cucuku, datuk hanya menjawab mengikut keadaan orang yang bertanya."
"Maksud datuk?"
"Jika orang itu selalu melihat kepada kebaikan maka ke mana sahaja dia pergi tetap kebaikan juga yang lebih dilihatnya, begitulah sebaliknya. Sebab itu jawapan datuk berbeza walaupun ditanyakan soalan yang sama. Kita melihat dengan mata hati kita"
begitulah hidup. ianya mengenai perpekstif pandangan.
Memaparkan catatan dengan label cerita pendek saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita pendek saya. Papar semua catatan
Ahad, 14 Disember 2014
Ahad, 16 Disember 2012
gadis berjubah hitam dan kudis buta
"tengok tu."
"mana.?"
"tuu, yang pakai jubah hitam tu"
"uish, cantik! kalau jadi bini aku ni, konpem xcari lain ni"
galak benar pemuda di kedai kopi itu bergosip sesama sendiri. volume suara mengalahkan speaker konsert. sampai kampung sebelah pon boleh tahu apa yang dibualkan.
gadis berjubah itu mendengar bualan dua orang pemuda sekitar 20 an itu, tapi dibiarkan sahaja. bukannya tidak kisah, sudah selalu sangat hingga tak terdaya lagi melayan. makin dilayan makin menjadi. maka dibiarkan sahaja.
bukan setakat mamat-mamat muda yang suka melepak dikedai kopi di tepi jalan besar itu sahaja yang berkenan dengan si berjubah hitam ini, bahkan ramai pemuda-pemuda di kampung Sorong Papan Tarik Papan itu yang bercita-cita menjadikan dia isteri idaman. mana tidaknya, wajahnya manis sesedap mata memandang, kulitnya putih-putih kuning langsat bak puteri nusantara, tutur katanya lembut budi bicara penuh tata susila. bak kata orang inilah puteri dari kayangan.
selama ini, si gadis tidak pernah betul-betul jatuh hati pada lelaki.
ramai juga yang mencuba 'market' untuk mendampingi si gadis, namun ditolak.
kasihan kepada para lelaki yang mencuba nasib tapi tidak berjaya, menangis tidak berlagu la jawabnya.
untuk dijadikan cerita, entah bagaimana si gadis boleh jatuh hati pada seorang jejaka.
nak dikatakan, tampan rasanya penulis lagi tampan..wakaka.
tapi sudah takdir Yang Esa menentukan segalanya si gadis benar-benar telah terjatuh sayang walaupun berbualnya tidak pernah sekali, sekadar merenung di kejauhan.
tapi, si gadis ada satu rahsia yang cukup merunsingkannya.
setahun yang lepas dia menghadapi satu penyakit.
kudis buta di betisnya.
sah jika semua yang jatuh suka akan lari hingga terkentut-kentut jika rahsia ini dibuka.
#bersambung

Langgan:
Catatan (Atom)