Khamis, 30 Jun 2011

time

hari ni da 30 hb 6...dah dekat 3 bulan aku kat Jepun rupanya...
laju betul masa berlalu...
kalau dulu sehari tu rasa cam panjang jer...macam2 boleh buat..tapi sekarang masa dirasakan sugguh singkat..
sangat singkat..lip lap..lip lap...dah habis satu hari...


disebabkan masa yang terasa semakin singkat ni, pengurusan masa sangatlah penting...
kalau xdiuruskan, bimbang nanti terbuang begitu saja...oh amatlah rugi...
sebabnya masa yang dah terlepas xmungkin dapat diputar kembali...
                                    cubalah kalau berani

teringat aku akan satu kata-kata: benda yang paling jauh ialah masa lepas, benda yang paling dekat ialah sekarang, dan benda yang paling jauh ialah masa depan...
so, jangan biarkan masa yang ada ni berlalu begitu saja, come let we manage our time...!
don't let your time fly away...nanti kamu juga yang rugi...

sesungguhnya Allah juga telah berfirman;
demi masa(1) sungguh, manusia dalam kerugian(2) KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran(3)

(surah A-Asr; surah ke-103, Makkiyah)

Rabu, 29 Jun 2011

jiran

apa maksud jiran yer..
orang yang selalu buat bising di sebelah rumah?


rakan mengumpat...?

 ops! bukan nak tujukan kat kaum wanita ok.,ni jer gambar yang aku ada...lelaki pon mengumpat..sama jer..

mungkin betul apa yang di atas..well...xder yang sempurna dalam hidup ni...
tapi jom fikir jiran dari sudut yang positif...

Islam menganjurkan kita memuliakan jiran kita..(kalau xsilap aku la..)
n dalam Islam itu sendiri ada hak berjiran kan..?


tapi nampaknya akhir2 ni, kita semakin lupa adab2 berjiran...kenapa yer..?..hmm

kadang2 jiran sebelah rumah pon kita xkenal..masing2 dengan haluan sendiri..xnak jaga tepi kain orang lain lah katakan...
tapi aku rasa dalam kes ni, konsep jaga tepi kain orang tu dah disalah ertikan agaknya..aku rasa xsalah mengambil tahu sedikit perihal jiran kita...cuma jangan lah melebih-lebih...

ok, sekarang aku nak cerita sikit pasal jiran aku. a Japanese...
yang menariknya, walaupon bukanlah satu bangsa n bukan juga satu agama, tapi aku rasa kehidupan berjiran di sini alhamdulillah.... diamalkan...
pernah banyak kali juga lah jiran aku ni cuba untuk mengelakkan pakaian yang dijemur daripada basah ditimpa hujan.. maklumlah aku dan roomate aku biasanya tiada di rumah kerana kelas biasanya habis waktu petang n tambahan lagi di Jepun sekarang cuaca agak tidak menentu..perubahan musim agaknya...well, thanks Umeko-san sebab dah banyak kali tolong angkat baju...




p/s-aku bukan nak blame sape2 n bukannya nak angkat sape2 ok...n aku xckap yang sume orang Jepun ni baek ...ada jer yang teruk kot...tapi apa kata kita ambik apa yang positif and terapkan kembali dalam budaya kita...jangan biarkan ianya hilang ditelan masa...insyaAllah apa yang baik kita amalkan, yang buruk kita tinggalkan...

Selasa, 28 Jun 2011

siapa kata Malaysia xder vlogger yang best?

disebabkan xthu nak buat apa malam sabtu yang lepas..layan you tube jer la kerja aku...
tapi.. aku xrasa aku buang masa ok sebabnya aku terjumpa satu koleksi video yang agak best...

 so, kali ni aku nak shokai (perkenalkan) seorang vlogger from Malaysia..
penyampaiannya ringkas n his English is so good..!
dan yang paling penting mesej yang nak disampaikan adalah satu mesej yang baik...ok, jom tengok...

video
p/s: kapada tuan empunya video,aiman azlan..sori aku pow video...huhu..juz untuk perkongsian..

27 Rejab

assalamualaikum..
27 Rejab? siapa yang tahu ada apa dengan tarikh ni..?
siapa yang xtahu @ terlupa tu nak buat macam mane kan...al-insan..

27 Rejab adalah tarikh di mana berlakunya peristiwa israk dan mikraj..
so, kawan2 jom luangkan sedikit masa baca post aku ni..
tinggalkan novel or drama tu kejap...kejap jer...insyaAllah you will get something from this...

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
 
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

                           sekadar gambar hiasan..

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. 

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com

Isnin, 27 Jun 2011

jangan biarkan negatif menguasai diri...

hari ni aku bercerita sedikit masalah kepada seorang temanku (kurt) sambil berjalan menaiki tangga untuk kelas English...
jawapan temanku terhadap masalahku cukup ringkas..THINK POSITIVE...!

aku rasa nasihat temanku betul...insyaAllah di setiap musibah yang melanda pasti ada hikmahnya...
dan ianya juga adalah satu ujian untuk kita...
oleh itu  jangan pula cepat melatah wahai insan...

apa kata kita cuba nasihat kawan aku ni..think positive!...it's nice..!

aku tertarik dengan satu kata2 hikmah: jangan jadikan masalah itu satu halangan tapi anggaplah ianya satu peluang...tapi macam mana yer..? hmm..

alhamdulillah...selamat datang saudara baru!

mari tengok video ni...dah lama aku xnangis tengok drama...
tapi bila tengok video ni tiba2 air mata keluar...bukan sedih ok..
video ni lagi best dari drama korea...huhu..
video ni agak panjang....so,kalu ada kesempatan waktu insyaAllah boleh luangkan sedikit waktu..kalau xder masa sangat aku cadangkan tengok yang part 2...ok..selamat menonton..

part 1

part 2


part 3



regard to my beloved roomate for this suggestion...

Ahad, 26 Jun 2011

bangunlahh..!

bangunlah dari tidurmu,
buka mata jom sembahyang subuh,
bukalah selimut yang menyeliputi badanmu itu,
sahutlah seruan azan bukannya menutup telinga mu dengan bantal

bila dah tua baru nak sedar..
oh kawan, janganlah begitu..
gunakan usia mudamu dengan sebaiknya..
jangan nanti menyesal x sudah..

video

again, regard to wan sofiah for this video..simple but nice

no means no !

dalam Islam NO means NO..xder yang NO means YES ok...
contohnya Islam melarang minum arak..xksah la sikit atau banyak..apabila Allah kata ianya haram..maka hukumnya haram...

tapi, manusia ni ego..dia akan cuba beri alasan apa yang dia buat tu betul kerana itu adalah lebih sesuai dengan kehendaknya...hmm..mana lebih besar sebenarnya...kita @ tuhan kita...?

apabila Allah melarang kita maka turutilah segala arahanNya...tapi kalau terbuat tu lain pulak ceritanya...sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun...maka mohonlah kepadaNya keampunan atas segala kesilapan kita..

ini sebenarnya lebih kepada nasihat kepada diri aku sendiri..n also to all my readers

Sabtu, 25 Jun 2011

adakah kau lupa?

aku rasa dah ramai yang dah tengok video ni atau dah dengar lagu yang ada dalam video ni...
tapi x salah rasanya aku post sebagai peringatan kembali...biasala manusia ini senang lupa..hingga kadang2 kapada Pencipta kita sendiri pon kita lupa...

lagu ni berkaitan dengan sirah , jadi elok jugak rasanya didengar bersama keluarga mahupun dengan teman-teman...ok please enjoy it..hope you like it...thanks

video


 regard to wan sofiah for this video because i had lost my own copy...

why stop??!!!

tajuk kali ini adalah WHY STOP??!!!

pernah nak buat sesuatu, tapi mungkin disebabkan some reasons you stop from doing that. some examples are good i think.

1-nk kutip sampah tepi jalan, tapi....hmm nanti orang fikir poyo sangat ...so..( you know the result right?)

2-dalam tren or dalam bas, ada mak cik yang berdiri sedangkan kita ada tempat duduk...rasa nak   bagi...tapi...orang lain pon xbagi...kalu bagi nanti nampak baik sangat....jadi....(ok, jawapannya kamu tahu..)

3-nak tulis blog, tapi takut orang komen pulak...hmmm...

kenapa berhenti? benda baik xyah malu sebenarnya. jangan difikirkan sangat apa orang akan fikir...until when you wanna to think like that...come on friends, if you wanna do it...just do it ! get your confident and comes let we do something good!!


p/s: kalau benda yang xelok tu, memang patot la kalau xbuat. tapi sebaliknya pula yang berlaku sekarang. bercouple, buang sampah rata-rata n buang bayi pon ada..why don't stop doing these?!!

edited video from drama

video

bagi aku video ni agak menarik walaupon ianya hanyalah di edit sahaja daripada drama2 jepun n juga drama melayu...tapi mesej yang nak disampaikan tu yang bagus...

aku xbleh nak tulis panjang2 walaupun aku memang nak tulis panjang2...takut nanti ada yang tersilap lak..well..nilai sendiri ok..n paham sendiri la yer...thank you.

regard to wan sofiah for this nice video

Jumaat, 24 Jun 2011

pilih....jangan xpilih...

ok murid2 sekarang cikgu ada test kecil. jangan risau 3 soalan jer...

1.soalan ini mengandungi 4 pilihan jawapan. anda boleh memilih lebih daripada 1 pilihan jawapan.
  dalam berkawan, kawan bagaimana yang anda ingin berkawan.(2 markah)

   a.kaya dan jujur
   b.prihatin dan pandai berlawak
   c.hensem dan pandai masak 
   d.malas dan suka mengumpat

2.soalan ini tidak ada pilihan jawapan. sila tulis jawapan anda di ruang bawah.
   jika hari ini duit biasiswa baru masuk, apa yang akan buat dengan duit itu.( 6 markah)



3.ini adalah soalan paling mudah.
   ke mana anda mahu pergi setelah mati?
 
  a.syurga
  b.neraka


ok, murid2 masa dah tamat. cg rasa untuk soalan ke 3 tu mesti semua orang pilih nak syurga kan? ok sekarang cg nak tanya diri cg n juga anak2 murid yang cg sayang ni...adakah perlakuan kita sekarang ni sesuai dengan perbuatan ahli syurga? hmmm...kalu x ..nampaknya kita kena berubah kalau kelak nak jadi ahli syurga @ kita hanya akan tercampak ke jurang neraka . ok kelas abis.

yea..balik umah...and apa yang da aja dalam kelas tadi dah lupa...biasa la manusia...perlu diingatkan selalu.. so esok kena ulang lagi...ulang lagi...

jangan lebih...

jangan lebih..apa yang korang fikir agaknya?
di sebabkan cara penulisan blog aku yang tersangat strereotype dan tak berkreativiti aku rasa ramai yang da boleh agak apa aku nak tulis ..ok fine..aku xksah pon...

ok kembali kepada わだい( tajuk)...

kenapa jangan lebih? biasa la kalau makan lebih sangat nanti jadi GEMUK? nak ke jadi gemuk...?
kalau nak memuji pon xboleh melebih...nanti da xseronok..sebab da selalu sangat...
apa lagi yer? blaja? blaja pon xboleh lebih2 sangat...nanti stress...pastu....down...pastu bunuh diri...oh jangan..dosa tue...

konklusinya...bersederhanalah...benda2 yang elok pon boleh jadi xelok kalau kita melebih sangat...xksah dalam apa benda pon..bersederhanalah coz sederhana itu indah...n kalau xsilap aku ISLAM juga menggalakkan umatnya supaya besederhana dalam setiap sesuatu...so? apa tindakan kita....?

ok yang ni memang xder kaitan...nama kedai yang menarik...iklan untuk bersederhana agaknya..huhu..good!

Khamis, 23 Jun 2011

A World of Smile: today story

About ten years ago when I was an undergraduate in college, i was working as an intern at my University's Museum of Natural History. One day while working at the cash register in the gift shop, i saw an elderly couple come in with a little girl in a wheel chair.

As I looked closer at this girl, I saw that she was kind of perched on her chair. I then realized she had no arms or legs, just a head, neck and torso. she was wearing a little white dress with polka dots.

as the couple wheeled her up to me I was looking down at the register. I turned my head toward the girl and gave her a wink. As I took the money from her grandparents, i looked back at the girl, who was giving me the cutest, largest smile I have ever seen. All of sudden her handicap was gone and all I saw was this beautiful girl, whose smile just melted me and almost instantly gave me a completely new sense of what life is all about. She took me from a poor, unhappy college student and brought me into her world; a world of smiles; love and warmth.

that was ten years ago. I'm a successful business person now and whenever I get down and think about the troubles of the world, i think about that little girl and the remarkable lesson about life that she taught me.

source: submitted by a Writer of AL-Islaah Publications.

Rabu, 22 Jun 2011

give up is not the way!!

belajar memang dah belajar...tiap2 malam buat ulangkaji..tapi satu pon xmsuk dalam kepala...aaahhh...rasa nak give up? please friend, don't give up...

kalau give up tengah jalan buat rugi jer..n kalau give up pon selesai ker masalah tu...? i don't think so...masalahnya tetap di situ...xlari ke mana pon..so cadangan aku untuk diri aku n juga saper2 jer yang nak terima cadangan ni...persiapkan diri, jom kita serang masalah tu sampai masalah tu yang tewas...fight! we can...!


kalau dah berusaha n kita gagal..tu xbermakna kita tewas..yang penting kita hadapinya. hope for the best prepare for the worse..aku rasa kita pernah dengar satu pepatah, failure is the mother of success...! well..memang senang kalau cakap jer...but in reality there is a lot of problem...problem never end...selesai satu masalah...datang masalah lain pulak...huhu...so friends..ada masa ke kita nak give up...? there is no time to give up unless you wanna be a failure man in the world...

satu lagi aku nak cakap, dalam dunia ni xder satu masalah pon yang kita xdapat hadapi..insyaallah...kenapa?
sebabnya dalam al-Quran sendiri Allah menyebut yang Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engakau bebankan kepada orang2 yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami terhadap kaum kafir.
(Al-Bakarah; 286)

Selasa, 21 Jun 2011

senyummm semua...

time nak ambik gambar semua senyum jer kan...nape yer?
biasa la...baru nampak elok sikit kan?...saper la nak ambik gambar ngan muka masam...xcantik...
kalau aku yang jadi cameraman memang aku xambik gambar sape yang xnak senyum...buat habis filem jer...

ok..sebenarnya aku da lari tajuk..sebenarnya aku nak cakap pasal senyum ...
indahnya satu senyuman n juga satu sedekah yang paling mudah..masyaAllah senangnya nak dapat pahala...juz smile...



ni sedikit kajian sains about senyum...sikit jer...panjang2 bukan korang nak baca pon...ok read this..

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. 

xrugi pon senyum...so, jom senyum!!!

10 minit

dalam 10 minit...apa yang kita bloeh buat?
tido?
merenung masa depan?
makan?
buat kadai?
mengumpat?...haha..yang ni baik xyah...nanti jadi 10 minit yang penuh dengan dosa...

senang kata dalam masa 10 minit ni macam2 pon bleh buat..so don't waste your 10 minutes...use it!

Isnin, 20 Jun 2011

langkah

mari melangkah....
kenapa perlu melangkah? sebenarnya aku nak ambil perkataan melangkah ni sebagai ganti kepada perkataan omputihnya first step...

nak buat sesuatu pekerjaan ataupun apa jer perlukan permulaan bukan? tapi permulaan itulah yang susah...

ok aku bagi satu contoh...bagi yang memang susah nak bangun tido, langkah pertama untuk bangun dari tido ialah untuk buka mata n keluar dari selimut...tapi...alahai susahnya....

begitu juga dalam hidup ni...nak dapatkan sesuatu perlukan langkah pertama...ibaratnya mahu mendaki tangga yang tinggi perlulah memijak anak tangga yang pertama..btolkan?
kalau salah tolong betulkan ok...

jadi apa langkah pertama korang?

hujan

Jepun memang terkenal dengan ramalan cuacanya yang memang hampir tetap...aku xcakap tepat ok. hampir tepat.

tapi sedar atau tidak kita yang Jepun pon xdapat nak meramal hujan dengan tepat. perkara ni aku sedari ketika aku berbual-bual dengan seorang sahabat dari bangladesh kalau xsilap aku... aku pon xberapa nak ingat jugak warganegaranya.

ok balik kepada tajuk. mengapa ya jepon dapat meramal musim lain dengan agak tepat tetapi tidak pada musim hujan. mungkin ini jawapannya:

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seorang pon yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik ataupun jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.


(surah lukman: 34)

Ahad, 19 Jun 2011

hari bapa

this some songs for father`s day

titip rindu buat ayah


this is from peterpan

ebina-sedikit luahan hati

kelmarin 18 Jun 2011...aku keluar untuk mencari sesuatu yang mungkin bleh menenangkan hati yang sangat la bercelaru dan juga tidak tenteram. entah mengapa akhir2 ni aku sedikit gelisah, belajar pon xmasuk..hmmmm mgkin dosa yang makin melimpah....

demi mencari sedikit ketengan aku cuba bersiar2 sekitar ebina. tempat ni xder la jauh sangat dengan rumah aku, lebih kurang 34 minit menaiki densya.

kenapa ke ebina? it is because in ebina there is a mosque, not a big one but it always almost full. aku solat maghrib dan membaca beberapa muka al quran. alhamdulillah sedikit tenang. memandangkan jam menunjukkan 7.43 minit malam, aku bersiap2 untuk pulang dan membuat keputusan untuk tidak menunggu sampai ke isyak.

ketika sahaja aku ingin melangkah kaki untuk pulang datang la seorang brother indonesia menyapa, `tidak tuggu sampai isyak ya?` aku terdiam...
`tunggu`, balas aku ringkas....malu untuk kata `tidak`...

sambil menggu masuknya isyak, aku diajak naik ke atas untuk berbual2 with the other muslim brothers...
well it is quite a simple talk but nice....
dalam rancak berbual, datang la seorang budak warga bangladesh, abdulrahman namanya..manis sahaja rupanya...

abulrahman is an eight year old boy n sekarang sedang belajar menghafaz al quran di sebuah masjid di sekitar tokyo kalau x silap aku...n aku juga berpeluang mendengar sedikit bacaannya...terasa diri aku begitu kecil...hmm...entah bila mampu menghafal al quran....

n then aku diajak turun ke dewan solat...seperti ada sedikit perbincangan...it is a discussion about dakwah...
sekali lagi aku terasa begitu terasing dari dunia aku...begitu kecil rupanya diri ini....

masuknya waktu solat isyak, n aku sangat terharu kerana satu masjid hampir penuh seperti solat jumaat...subhanallah...dibenakku penuh rasa kagum kerana Jepun negara bukan Islam tetapi islam tetap kuat...alhamdulillah...harapnya islam di malaysia juga mampu menjadi lebih kuat...insyaallah....






Sabtu, 18 Jun 2011

kisah 7 pemuda

kali ni kisah melalui lagu....

berperang?

sejak dulu lagi dalam Islam ni banyak berlakunya peperangan...peperangan jihad...

n even sekarang pon xabih2 lagi perang ni...tapi yang lainnya sekarang yang menjadi mangsa ialah negara Islam..mana hilangnya gerun musuh Islam terhadap Islam...? mana hilangnya satu padu sesama negara Islam...? ke mana hilangnya semua pemimpin yang berani n berwibawa?

tapi hari ni bukan persoalan tu yang aku nak jawab...n aku pon xtahu jawapannya...
kali ni ialah peperangan ....


peperangan melawan nafsu ni xpernah abis...ada kalanya menang ada kalanya kita tertewas...
iman aku entahlah setebal mana untuk melawan nafsu...mungkin senipis kulit bawang? ataupun hanyalah ibarat lapisan debu di atas kulit bawang itu jer?

sering kali imanku tertewas melawan nafsu yang semakin kuat angkatan tenteranya ditambah penasihat iblis yang sentiasa membisikkan ke arah kecelakaan....

mahukah seperti gambar ni...

tanpa sedar nafsu menguasai diri ..akhirnya iman kita yang runtuh ...nauzubillah....

Jumaat, 17 Jun 2011

30 days as a muslim






walaupun akhirnya dia xmenjadi seorang muslim...at least pandangannya terhadap Islam berubah...

oppps....nanti dulu...

nak buat homework...hmm...nanti la dulu nak abiskan drama ni dulu...biasa la ni kan...?

bangun subuh...? nanti la dulu...5 minit...last2 xbangun...well...ni pon biase la tragedi time subuh...

apa lagi? banyak lagi...tapi aku malas nak tulis....

so kawan, apa guna bertangguh? tapi aku xleh nafikan, aku pon banyak bertangguh...semuanya alasan jer kan...semuanya sebab malas ...huhu...so..

just a question

yosh kali ni aku just nak tanya 2 soalan jer...

soalan pertama...

are you a muslim?
senangkan? boleh terus jawab yes! yakin jer...

soalan kedua...sikit jer beza dengan soalan pertama tadi...

are you a good muslim?

soalan ni aku rasa ramai yang termenung dulu sebelum jawab...

ok fikir yer...are we a good muslim...hmmm

Khamis, 16 Jun 2011

cabut nyawa sendiri!

bunuh diri? pernah terfikir? nauzubillah...

ak rasa time sek men ada belajar yang membunuh diri adalah salah satu dosa besar...
nak taubat? macam mana? hidup lagi ke time tue...? hmmmm...

kenapa bunuh diri...? stress? putus cinta? down blaja? mak marah? ooohh...alasan ....

xpayah cari alasan...yang penting memang dosa besar...jd kawan2...don`t try this anywhere...!

adakah kamu tahu kadar bunuh diri di Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia...? why ? ask themselves...


                          sekarang patung pon da pandai bunuh diri...oh man...

susahnya soalan ni..kalau..

siapa tahu hri ni berapa haribulan dalam bulan islam? xtahu kan...susah kan soalan ni kalau xambik tahu pasal bulan Islam ni...kalu xsilap aku..hari ni da 15 Rejab ...laju btol...da xlama da nak puasa kan...?

soalan ni pulak, siapa boleh jawab. siapa menteri besar kelantan sekarang? huhu.sapa orang kelantan kalau xdapat jawab soalan ni, xpayah dok kat kelantan la..



ok soalan seterusnya, siapa yang perkenalkan konsep 1 Malaysia...? jawab sendiri...kalau xthu jawapan sila search sendiri...senang sangat...



ok aku da xnak tanya...
kat sini aku nak cerita pasal exam sikit...siapa yang xstudy langsung bila exam menjelang? memang power giler la sapa yang xstudy tu...biasanya orang akan buat persediaan untuk exam kan. kenapa yer? biasa la..jawapan skema, nak dapat result cemerlang...

tapi tahukah anda apakah soalan yang akan bakal dijawab oleh semua orang, xkira yang bersekolah @ tidak?

soalannya ialah....SIAPA TUHAN KAMU? SIAPA NABI KAMU...etc

kalau study dapat jawab ke? huhu...dapat la kat atas dunia ni...alam kubo? hang tanya la diri hang sendiri.
kalu nk lulus cemerlang tanpa dipukul, jom ready sekarang selagi ada masa...

rasa2 dapat jawab ke x yer..? InsyaAllah..

Challenger

this is something that i learned in class today and this a copy from wikipedia

The Space Shuttle Challenger disaster occurred on Tuesday, January 28, 1986, when Space Shuttle Challenger broke apart 73 seconds into its flight, leading to the deaths of its seven crew members. The spacecraft disintegrated over the Atlantic Ocean, off the coast of central Florida, United States, at 11:38 am EST (16:38 UTC). Disintegration of the entire vehicle began after an O-ring seal in its right solid rocket booster (SRB) failed at liftoff. The O-ring failure caused a breach in the SRB joint it sealed, allowing pressurized hot gas from within the solid rocket motor to reach the outside and impinge upon the adjacent SRB attachment hardware and external fuel tank. This led to the separation of the right-hand SRB's aft attachment and the structural failure of the external tank. Aerodynamic forces promptly broke up the orbiter.
The crew compartment and many other vehicle fragments were eventually recovered from the ocean floor after a lengthy search and recovery operation. Although the exact timing of the death of the crew is unknown, several crew members are known to have survived the initial breakup of the spacecraft. However, the shuttle had no escape system and the astronauts did not survive the impact of the crew compartment with the ocean surface.
The disaster resulted in a 32-month hiatus in the shuttle program and the formation of the Rogers Commission, a special commission appointed by United States President Ronald Reagan to investigate the accident. The Rogers Commission found that NASA's organizational culture and decision-making processes had been a key contributing factor to the accident.[1] NASA managers had known that contractor Morton Thiokol's design of the SRBs contained a potentially catastrophic flaw in the O-rings since 1977, but they failed to address it properly. They also disregarded warnings from engineers about the dangers of launching posed by the low temperatures of that morning and had failed to adequately report these technical concerns to their superiors. The Rogers Commission offered NASA nine recommendations that were to be implemented before shuttle flights resumed.
Many viewed the launch live because of the presence on the crew of Christa McAuliffe, the first member of the Teacher in Space Project. Media coverage of the accident was extensive: one study reported that 85 percent of Americans surveyed had heard the news within an hour of the accident. The Challenger disaster has been used as a case study in many discussions of engineering safety and workplace ethics.

                                                       this is the seven crews
biasa la tu...manusia sentiasa buat silap...manusia merancang, Allah yang tentukan

Rabu, 15 Jun 2011

memberi...

rsanya ak penah sebut perkataan memberi ni dlam post ak yang sebelum ni...

tp kali ni aku nak sentuh sekali lagi tentang vocab memberi ni...

kenapa? sebabnya rmai yang x amalkan sgt perkataan ni...maksud aku adalah...ramai yang xsuka memberi...btol kan?
ak rasa ramai jer yang xsuka memberi...tapi selalu jer harapkan orang lain yang bagi...ohhhhh......adilnya...
adil ker? lgsg xadil.....!

kalau xslap aku ...aku pernah dengar , kalau kita nak orang buat baik kat kita ..kita dulu yang kena buat baek kat orang lain...begitu juga dengan memberi....sebelum kita menerima...kena la memberi dulu...tp jangan lupa...biarla memberi ngn ikhlas k...kalu x sia2 jer...>.<

                                                        the power of giving


kalu xnk jgak..it is up to you...ni pandangan aku jer...

p/s: aku rsa elok jga kalu ak tkar perkataan memberi tu ngn berkongsi kan? n stu lgi...ak rs aku pon blum ckup lg memberi ni..need to change man...

larang...? baik xpayah..

kalau sebut pasal larang ni...memang banyak...tapi biasanya apa yang dilarang tu la yang dibuatnya....ish2...manusia2...memang dasar manusia....

                   JANGAN kencing berdiri...tp rmai jer yang kencing berdiri...hmmmm...


               JANGAN bawak handphone pegi sek....oh no man...! xpayah larang...sia2 jer...

                              yang ni?...xpayah cakap...n aku pon malas nak cakap...


larangan Allah macam mane...? adakah kita menjauhi apa yang dilarangnya? ask yourself...sori kat blog ni xder jawapannya...huhu..hanyalah some advice to myself n 4 you all..

cahaya

sedap lagu ni...tp xder la smpai menjilat telinga...bleh dengar kalau nak dengar...xnak udah...xkisah pon........

jurang marina


Jurang Mariana ialah jurang laut paling dalam didunia. Kedalaman maksimumnya ialah 10,971 meter. Panjangnya pula ialah 2,550 kilometer dan lebar puratanya pula ialah 69 kilometer. Pada kedalaman hampir 11 kilometer, jika Gunung Everest ditenggelamkan didalammnya masih akan ada 2 kilometer air di atasnya.





Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Minadanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kaw. lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.


Dalam sejarah manusia hanya dua orang pernah turun ke dasar jurang ini. Mereka ialah Lieutenant Don Walsh dan Jacques Piccard. Kedua-dua mereka melakukan selaman bersejarah ini pada 23 Januari 1960.


  

dalam giler kan?
ni bru jurang marina...jurang neraka...?

Selasa, 14 Jun 2011

makin dekat...makin dekat....

oh...makin dekat....makin dekat...setiap saat pon makin dekat....
sedar atau tidak kita bnda tue makin dkat....oh tersangat la dekat....
dekat ...tapi kebanyakan kita x sedar pon...sebab kita xprasan yang ianya makin dkat....
ak sendiri pon sentiasa lupa n xsedar yang bnda tu memang da dekat....mungkin sesaat selepas ni..
mungkin sethun lagi...siapa tahu kan....


sesungguhnya mati itu sungguh dekat dengan kita tanpa kita sedar pon...bersedialah....

                                    oh dekatnya.....dah sedia nk tinggal kat sini?

untuk kwn2...ni ad stu lg....yg ni pon dr you tube jer


ap y korang dgr...tafsir sndri ok...

nenek, abang dan adik

pada stu mgrib yang indah....terjdlah stu perbualan antara nenek, abang dan adik.....




                                             ni neneknya...
                                        
                                  rahman si abang yg cool
 
   si adik, rahmat.. sori ak xder gmbr si adik....private skit...huhu

abang:: nenek ! tgk adik nie...dia ambik lauk bnyak....abang pon nk bnyak jgak....mane aci...

adik   : abang pon ari tu ambik bnyak jgak...adik xkra adik nk bnyak jgak....

abang:: ala...tu da lama...xkira la...xaci..xaci....nk bnyak jgak.....

nenek : rahman, rahmat...jgn gadoh dpan rzki...xelok tau...dah..jgn gadoh..bg sama adil...rahmat baik kan? bg abg skit lauk tu...

adik   :baik nek...

nenek: ha..kan bgus kalu gitu...ni bru cucu nenek...rahman ngn rahmat ska kalu bleh dpat bnyak kn?

adk n abg:: suka2!

nenek: rahman ngn rahmat nk thu x bnda ap kalu buat rmai2 nnt dpat bnyak?

adk n abg:: nk2! ap nek....?

nenek: semayang berjemaah....

abang:: yer ke nek?

adik   : kalu semayang sorang camne nek...?

nenek: btol...nenek xtpu...kalu smyg sorang dpat skit la rahman syg oi....kalu smyg sorang2 nnt dpt 1  phla jer...tp kalu smyg berjemaah bleh dpat 27 ph;a...bnyak kn....jd stat hri ni rahmat rahmat knalah smyg smyg berjemaah yer...bru dpt bnyak.... 

adk n abg: baek nek...

jd sape2 yg da bc ni...xnk smyag berjemaah lg ker? tanya dr sndr ok....










Isnin, 13 Jun 2011

bermasalah? perlukan teman?

anda bermasalah? mhukan tman berckap @ berborak? nk mngadu masalah, to xder yg nk mndgar?

jangan rsau ak sdia mmbntu...dial no ni...014 517***3....
xpon juz taip "masalah" n anta ke 414141....
kpda yg mhukan lbh mklumat bleh lyari laman web ni....www.mendengarmasalah@telinga.com

TAPI...
ak xjnji bleh dgr mslah korang...huhu..
n ak xjnji pon nk dgr...

anda mungkin lupa....
sbnrnya xpayah nk col, xpayah nk taip2 mslah korang kat no 414141 tu pon...
ALLAH kan ad...Dialah yg Maha Pendengar...anda lupa....?

.

bridge

hri ni ak nk konsi gmbar2 jambatan jer....cntik and nice...tu ap yg ak rsa la....nilai snri k...

     kalu xslap ak ni gmbr Golden Gate Bridge

this is rainbow bridge

    yang ni smat, Dubai Bridge (da wjud ke blom xthu la)   

cntik kn? this is Sydney bridge

sbnrnya, bkn nk tnjk sgat pon gmbr2 jmbtan ni....ak nk kaitkan yg dunia ni hanyalah stu jambatan ntuk ke akhirat kelak...bagaimana ntuk stu jambatn yg psti ad pghujungny, bgu jgalah dnia ni...akan ad jga pnghjgny....dan ingatlah di akhirat nnt kit akan merentas jg stu titian...thu jer kn titian ap y ak mksdkn...? renung-renungkan...

Ahad, 12 Jun 2011

Song for today...

sdkit nshat melalui lgu...>.<

Cerita Hari Ini: The Carpenter

A highly skilled carpenter who had grown old was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house building bussiness and live a more leisurely life with his family. he would miss the paycheck, but he needed to retire.

The employer was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personel favor. the carpenter agreed to this proposal but made sure that this will be his last project. Being in a mood to retire, the carpenter was not paying much attention to building this house. His heart was not in his work. He resorted to poor workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career.

When the job was done, the carpenter called his employer and showed him the house. the employer handed some paper and the front door key to the carpenter and said "This is your house, my gift to you."

The carpenter was in a shock! What a shame! If he had only known that he was building his own house, he would have made it better than any house that he ever built!

Our situation can be compared to yhis carpenter. Allah Ta`ala has sent us to this world to build our homes in paradise by obeying His commands. Now, we have to decide how well we wish to build the homes where we will live forever.

kuasa bsar senjata dunia

As a muslim ak rsa rmai yg xpuas ati ngn Amerika kn? mntg2 ad senjata sdap ker serang ngra org....geram ak....anak hilang ibu, isteri hlang suami, and mcm2 lg la....

rmai yg jd pelarian di negara sndr...oooh....

tgk gmbr bwh ni...adil ker?
xadil kan...ni keje israel kat palestine...mentang2 ad kreta kebal....cis....

tp ingatlah....di akhir zaman nnt ni sume


                                                
da xder da....

nnt kita sume kmbli ke zaman peperangan dahulu...berperang pakai pedang, tombak....etc....
so, nk bangga katner oi....kjap jer senjata cggh ni....xpkai pon time akhir zaman nnt....Allahuakbar!                                      

Sibukkkkk! Buzyyyyyy!

aaaarrrrghhhh stress dgn keje, bzy jer manjang

kalu bg student: homework bnyak, exam lg....NO!!!!! sbuk gler....
isteri-isteri kat umah, busy ngn housework?
                                                                                   
cukuplah tu...jom rilex sbntar....

minum kopi pon ok gak kn...nice
x ok lg? jom bca ni
insyaallah tenang skit...lpas bru smbg keje ok..>.<