Memaparkan catatan dengan label picture. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label picture. Papar semua catatan

Ahad, 22 April 2012

where are we?


kesinambungan dari post yang sebelum ini 11 golongan neraka, maka blog ini ssekali lagi ingin menyentuh sedikit mengenai perkara yang sama tetapi dalam bentuk gambar dan ianya lebih kepada muhasabah diri untuk kita semua..

Khamis, 19 April 2012

si ibu dan si anak

pada satu malam Jumaat yang damai, tergerak hati si ibu untuk melihat apa yang sedang dibuat si anak. lalu dibuka pintu bilik anaknya secara rahsia..maka terkejut la si ibu bila pintu dibuka...

 
si anak rupanya tengah seronok membaca ayat-ayat suci al-Quran. khusyuk hingga tidak sedar pintu dibuka. sebaris demi sebaris dibacanya dengan penuh lancar. "cantik sungguh alunan ayat suciMu Ya Allah"- detik hati si ibu..


dengan penuh rasa syukur, si ibu menadah tangan berdoa untuk anaknya. anak soleh, aset berharga ibu dan bapa. terasa penat lelah mengandungkanmu hilang dan diganti rasa penuh keriangan di dada si ibu kerana melahirkan anak yang soleh..

Ya Allah, jadikanlah aku jua hamba yang taat dan anak yang soleh.

p/s-lukisan pertama untuk blog...hehe..

jom bangun pagi!


tidak hairan kalau pada waktu pagi selimut yang ringan boleh menjadi begitu berat.
berat hingga tidak mampu untuk kita bangun dan solat subuh.

bangunlah selagi mampu, sebelum tidur malammu adalah tidur yang selamanya..

Ahad, 8 April 2012

花見

kami di jepun sangat seronok bila tibanya musim bunga. satunya kerana suhu yang tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk-(mungkin sedikit sejuk bagi mereka yang kali pertama merasai negara 4 musim)-secara mudahnya, cuaca yang sangat sesuai untuk keluar bersiar-siar.

yang keduanya, musim bunga! sudah pasti dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang cukup senang dipandang.

dan yang terakhir, hanami!! apa itu hanami? hanami bagi yang tidak mengetahui ialah melihat bunga sambil berkelah di bawah rimbungan sakura yang sedang mantap berkembang. tapi sayang, kembangnya tidak lama, maka ramailah yang berebut-rebut mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga mahupun teman-teman untuk melapangkan masa di bawah kerimbunan dan keindahan bunga sakura. kami, rakyat malaysia sudah pasti tidak ingin terlepas peluang ini yang memang pasti tidak akan ditemuai di tanah tercinta Malaysia.

pendapat peribadi ana, hanami adalah satu yang amat menarik dan punya banyak point yang positif...di samping dapat mensyukuri alam keindahan Allah, dapat jua memberikan sedikit keringanan kepada minda yang telah bekerja keras menghadap pelbagai kerumitan samada di pejabat mahupun di tempat belajar. sudah pasti bukan itu sahaja, hanami juga mampu mengeratkan silaturrahim, menghubungkan ukhuwah dan juga menitik kemanisan dalam komunikasi..wallahualam..

sedikit gambar sebagai santapan mata..


tasik di dalam tempat kami berhanami-shijuku gyoen

sekilas shuttle kamera ditekan bila melihat pandangan yang cukup cantik

warga yokohama (degree) 

sakura dengan pelbagai kepekatan warna

p/s- sikit jer gambar yang sempat diambil, sibuk melayan karenah kanak2 comel..

Sabtu, 7 April 2012

wish

just a normal wish from a SERVANT, SON, HUSBAND and FATHER

Ahad, 1 April 2012

arah yang satu

umat Islam menghadap ke arah yang satu apabila solat....

tapi kenapa masih banyak pergaduhan, dengki-mendengki, benci-membenci sesama Islam?

fikir-fikirkan bersama


picture taken at minatomirai april 1

cepat!!






cepatt!! kita pon jangan terlepas peluang untuk solat di awal waktu yer..(>.<)/ 
n kalau nak lebih..boleh lah ajak berjemaah..hehe..insyaAllah ada kebaikan di sisiNya..

p/s: semua gambar di ambil di minatomirai-yokohama

Jumaat, 30 Mac 2012

wilayah berangin yokohama

alhamdulillah..akhirnya sempat mencuri sedikit masa menaip dan mengupdate blog yang super bosan ni..hehe

selepas pulang bercuti dari korea dan berpusing-pusing sekitar nagoya dan gifu yang jaraknya 6 jam menaiki densha (atau dengan nama saintifiknya keretapi api) dari yokohama seronok pula melayan tetamu2 yang bertandang ke sini. maklumlah yokohama berdekatan dengan tokyo, menjadikan ianya sebuah pusat R&R yg sgt sesuai dilawati oleh rakan-rakan seperjuangan di Jepun..hehe

hari Jumaat-3/30  hari yang sgt indah di yokohama walaupun paginya sedikit mendung, tetapi menjelang tengah  tengah harinya, cuaca sangat nice! ana ulang sekali lagi sangat nice! Alhamdulillah tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ditambah sinaran matahari yang suam2 kuku menjadikan hari yang sangat sesuai untuk berjalan-jalan melihat alam ciptaan Allah dan juga sangat sesuai untuk berjogging!-mood semangat nak berjogging ni..hehe

mungkin ada yang tidak tahu yang yokohama ini adalah sebuah bandar pelabuhan dan berdekatan dengan laut yang menghadap North Pacific Ocean menjadikannya sebuah bandar yang berangin. tetapi AWAS kerana angin di sini kadang2 cukup kuat hingga mampu menerbangkan sesiapa yang berat badannya kurang dari 45 kg..
ok..xterbang pon...hehe..sekadar memberi gambaran angin di sini kuat...hehe..
 these some picture of yokohama..enjoice..

night scene at minato mirai-yokohama

berdekatan dengan yokohama station

teringin nak naik  bot ni- picture taken near yokohama station

slap betul daun tu..hehe..minato mirai-cosmo world-day pic

walaupun di bandar sungainya tetap terjaga bersih

 picture taken from osanbashi

yamashita park- yokohama

p/s-sorry la yer kalau gambar xlawa-xpandai lagi nak ambik gambar lawa2..hehe..jzzk

Khamis, 22 Mac 2012

forever alone?

forever alone..hehe..kesian pak cik ni ckap kat dia camtu kan..entah-entah anak dah berapa orang..hehe

yang tengah mencari jodoh..tapi xjumpa2 tu..sabar la yer, kalu dah jodoh memang xkemana..sbb ad jer yang frust sbb xde lgi pasangan yang sesuai kan n terfikir "aku ni ada orang nak ke? ataupun memang aku ni bujang sampai ke tua?"
so jangan pening2 kepala, sebelum fikir pasal pasngan tu apa kata kita persiapkan dulu diri kita terutamanya kepada sahabat2 lelaki yang bakal menjadi nakhoda kepada bahtera yang bakal dibina supaya bahtera yang terbina belayar menuju ke jalan yang lurus dan diredhoiNya, insyaAllah

n kepada pembaca blog sorry sangat2 sbb slalu post pasal couple n perkahwinan..biasalah ramai kawan2 yang dah start fikir pasal nak kahwin, so ana sendiri pon lebih tergerak nak post benda yang berkaitan..klau ada yang xsuka, jangan segan2 nak komen or nasihat yer...jzzk

p/s-sorry yer pak cik ambik gambar xcakap

seat for couple


seat ni memang nice la untuk couple2 sekalian..
gambar ni cam nice jer so ana ambik la untuk kongsi kat blog ni

ops..sebelum terlupa..couple yang anak maksudkan ialah couple yang dah halal ok, yang dah sah nikahnya, yang still belum tu, cepat2 la yer. n yang belum tu jangan nak pandai2 bercouple lak yer, nnti lepas kahwin boleh la rasa nikmat couple yang sebenar..jzzk..

burung

lama benar rasanya cuti menulis, hehe
so hari nak post satu gambar jer la..
nanti rajin sikit insyaAllah akan diupdate lagi,
selamat meneroka blog yang kerdil ini, jzzk

place: atami- about one hour and 15 minutes from yokohama station

 attention pliz-kalu naktgk gambar bagi jelas skit nnti klik je kat gambar tu yer..insyaAllah nnti gambar tu jadi besar..

Rabu, 29 Februari 2012

dahulukan yang wajib



any comment about this statement? insyaAllah semoga kita semua mampu mencapainya

Rabu, 1 Februari 2012

indahnya ciptaan-Mu



p/s: sekadar gambar hiasan; place:yokohama national university

Selasa, 31 Januari 2012

Realiti Sultan

sultan kelantan mengimamkan solat

 Alhamdulillah, ini baru dikatakan Sultan adalah ketua agama dalam sesebuah negeri

Ahad, 29 Januari 2012

berjalanlah

Dialah yang menjadikan bumi untuk yang mudah dijelajahi,maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali dibangkitkan.

Al-Mulk:15

gambar taman dekat rumah sebagai penyeri.berjalanlah melihat alam ciptaanNya semoga bertambah dekat kita dengan-Nya