Jumaat, 1 Julai 2011

singa dan tikus

hari ni sambil aku memotong ayam untuk majlis bacaan yaasin untuk malam esok tergerak hati ini untuk mendengar radio IKIM.fm...

so jadi kali ni aku nak kongsi sedikit satu cerita yang aku dengar tadi...

cerita ini berlaku dalam sebuah hutan..
dalam sebuah hutan tinggallah seekor singa yang digeruni...

satu hari seekor tikus telah melalui jalan di mana singa ini sedang tidur...
si tikus  tidak melintas melalui depan mahupun belakang singa..tetapi di atasnya!
maka tersedarlah singa dari tidurnya dan menangkap si tikus..

"menagapa engkau memijak perut aku?"

   "maafkan aku, aku xsengaja. aku ingatkan perut enkau hanyalah sebatang kayu!"
   "jika engkau lepaskan aku, aku berjanji akan menolong engkau suatu hari nanti"

"engkau tikus, aku singa...bagaimana engkau boleh menolong aku..haha"

   "suatu hari engkau pasti memerlukan pertolongan aku"

setelah mendengar rayuan dan juga tawaran si tikus maka si singa pon melepaskannya.

maka satu hari ketika singa berjalan2 di dalam hutan terperangkaplah ia di dalam satu perangkap yang diperbuat daripada tali yang sangat kukuh. ketika itu jugal;ah si tikus datang dan menawarkan pertolongannya.

   "seperti yang telah aku janjikan, hari ini aku akan menolong engkau."

"bagaimana engkau boleh menolong aku, sedangkan aku yang kuat ini pon tidak mampu untuk melepaskan diri aku sendiri"

    "percayalah kepada aku, sesungguhnya aku pasti melepaskan enkau daripada perangkap itu"

maka si tikus pon menggunakan kepakarannya sehinggalah tali itu terputus dan bebaslah si singa daripada perangkap itu dengan pertolongan si tikus yang dianggap lemah olehnya.

the story end here. macam esei budak sekolah jer ...cerita ni pon xsama sangat dengan apa yang aku dengar...ada tambah tolok...xngat sangat ...huhu..tapi lebih kurang begitulah ceritanya..

ok, now tiba part yang paling penting, pengajaran cerita...!!

jangan memandang rendah terhadap manusia yang lain, mungkin suatu hari nanti orang yang kita anggap lemah itulah yang akan membantu kita...sesugguhnya apa yang bakal berlaku di depan xder siapa pon yang mengetahuinya selain Allah...so, walaupun seseorang itu nampak lebih lemah daripada kita janganlah kita memandang hina kepadanya...

di sini aku ada satu contoh yang mungkin sesuai untuk menggambarkan orang yang kita anggap lemah pada mulanya mampu menjadi seorang yang sangat hebat...contohnya...

Soichiro Honda (pengasas Honda)..hari ni siapa yang tidak kenal jenama Honda...
dulunya Honda-san hanyalah mempunyai 25 orang pekerja bawahan sahaja...
satu hari Honda-san berdiri di atas satu kotak limau dan berkata yang syarikatnya akan menjadi terkenal seluruh dunia..ketika itu semua mentertawakannya..tapi ,lihat sekarang..impiannya sudah menjadi kenyataan...sipa sangka ..dari sebuah syarikat kecil mampu menjadi salah satu syarikat gergasi dalam industri permotoran dunia...

      jenama inilah yang pernah do tertawakan satu ketika dahulu...

n di malaysia juga ada kisah seperti ini..

siapa yang tahu kisah di sebalik istana negara?
istana negara sebenarnya adalah sebuah double-storey mansion yang dibina pada tahun 1928 oleh seorang jutawan cina tapi telah dibeli oleh kerajaan selangor dan telah di renovated untuk menjadi istana negara...
siapa tahu apakah pekerjaan asal jutawan cina ni..? dia hanyalah seorang PELOMBONG..tapi mampu menjadi seorang jutawan yang mampu untuk membina sebuah mansion di atas tanah sebesar itu..jadinya, janganlah kita memandang rendah kepada orang yang lebih lemah kepada kita...fikir- fikirkan..

                                    istana negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan