Isnin, 23 Januari 2012

24 jam yang berbeza

Assalamualaikum..

Dalam kesibukan graduan-graduan di Jepun membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tergerak pula hati n jari-jemari ini untuk menulis dan berkongsi sedikit nasihat yang datangnya bukan dari orang asing bagi ana iaitu naqib ana sendiri.

 bila menjelang musim exam ni, biasalah kalau ada yang menganggap mengulang kaji pelajaran adalah yang terpenting, lagi-lagi dalam saat segenting ini. Sebab terlalu mengejar untuk study ada yang sampai menangguhkan solatnya. ala bukan benda jahat pon, study, nak cari ilmu, nak lepas exam. kalu dapat result cantek boleh jadi contoh teladan la katakan. lepas tu nanti boleh naikkan nama Islam sekali.
Tapi ana sedikit kurang setuju dengan pemikiran sebegini. Mungkin ada benarnya, tapi tidaklah perlu sampai untuk melengahkan sesuatu yang wajib, sesuatu yang sememangnya amanah buat kita.



Namun bukan hal itu ingin dikongsikan dalam post kali ini. Hanyalah ingin menulis sedikit apa yang terfikir sepanjang hari ini, elok juga gamaknya dikongsi bersama.

Seharian ana terfikir bagaimana setiap orang mempunyai 24 jam berbeza. Ada yang mampu melakukan banyak benda dalam sehari n ada yang hanya mampu membuat satu pekerjaan sahaja dalam tempoh sepanjang 24 jam.



Jadi terus kepada point utama yang ingin disentuh, ana sebenarnya ingin mengaitkan masa dengan study.
masa dan study bukanlah ibarat persamaan matematik   n x n = n^2..maksudnya bukanlah semakin banyak masa yang digunakan untuk study semakin baik pula keputusannya. Tapi pada pandangan ana, bagaimana berkatnya masa belajar itulah sebenarnya yang menjadi ukuran. Jadi bagaimana untuk mendapat berkat masa ini? ana mungkin bukanlah yang selayaknya untuk menulis tentang hal ini, tapi ini juga sebagai nasihat untuk diri ana sendiri. seperti yang telah disentuh di awal-awal post tadi, janganlah sampai melengahkan apa yang wajib semata-mata alasan untuk study kerana disitu mungkin tersimpan berkat masa yang di cari.

Dalam belajar apa yang ana fikirkan antara aspek penting ialah fokus. Jadi sangatlah penting untuk memburu fokus untuk mencapai yang ana sebut sebagai 'belajar berkualiti'. Sekali lagi ana nyatakan yang ana bukanlah yang selayaknya untuk memberi nasihat ini tapi lebih sebagai memperingati diri ana sendiri. Ana pernah mendengar bahawa fokus dalam solat boleh membawa fokus dalam kehidupan termasuklah study, so untuk mencapai fokus belajar , memburu fokus dalam solat adalah penting. Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan