Darus (bukan nama sebenar) baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 20.
sempena hari jadinya, abang Darus yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan yang terkemuka yang menjalankan urus niaga antarabangsa telah membelikan seutas jam tangan yang dibeli terus dari London, England semasa urus niaga di sana tempoh hari.
Rolex.
satu jenama yang cukup gah dalam bidang pertukangan jam.
si pemakainya pasti juga merasa cukup 'macho' kerana ramai yang akan memandang dan berbisik-bisik kagum dan terpukau dengan modelnya yang cukup seksi.
tambahan lagi harganya yang mahal setanding untuk belanja makan satu bulan warga kota biasa, membuatkan tidak ramai yang mampu memilikinya.
Darus cukup gembira dengan hadiah ini.
sudah lama jam ini menjadi igauan malam buat si Darus.
"yeah! akhirnya impian termakbul!"
teriak Darus tika mula-mula membuka bungkusan pembalut hadiah dari abangnya.
"terima kasih abang Said!" terus Darus memeluk abangnya, walaupun sebelum ini payah benar untuk bersentuhan kulit dengan abangnya itu.
malu katanya.
si abang hanya tersenyum. kuntum senyum tanda gembira bila yang dikasihi juga gembira.
kasih si abang di dalam hati, sekali sekala saja ditunjukkan di alam realiti, takut nanti yang melihat tersalah imaginasi.
Darus ada seorang kawan, Ipin.
Ipin ialah anak sulung dari 2 beradik.
si abang di alam universiti dan si adik di sekolah menengah.
Ipin bukanlah datang dari keluarga berada seperti Darus, tapi ayah Ipin tidaklah sampai perlu menggadaikan tanah untuk menyekolahkan dua anaknya itu. keluarga yang biasa-biasa saja seperti saya dan juga awak.
"waahh..Darus, biar betul!"
Darus tersenyum bangga. dia tahu Ipin pasti terkejut melihat jam Rolex yang kemas melekat di tangan kirinya.
"mahal ni..! ori ke ni?"
bersungguh Ipin menyoal .
"ishk..ori la..apa main ciplak-ciplak ni. abang aku yang bagi. kau kan tahu, dia tu selalu ke luar negara."
dalam satu nafas saja Darus menghabiskan ayatnya.
"waah..untunglah kau Darus. kalaulah aku.."
Darus tersenyum. dalam hatinya berbisik.."kalaulah kau dapat jugakkan?"
"kalaulah aku mampu beli, aku pun nak bagi hadiah kat adik aku jugak la..dah lama dia mengidam jam ni, cuma dia xcakap je. tapi aku tahu dia nak"
sambung Ipin.
gulp.
hilang senyum Darus, terkejut dengan jawapan yang tidak disangka.
tapi dalam masa yang sama dia juga bangga memiliki seorang kawan yang cukup baik seperti Ipin. insaf Darus bahawa tidak semua orang akan gembira dengan hanya menerima tapi ada juga yang cukup gembira bila memberi. nah! sekarang contoh ada di depan mata. bukan satu, tapi dua! abang said dan juga Ipin.
"err..Ipin. adik kau tu memang minat eh dengan jam yang cam gini?"
"hmm..yer kot. lagi pun dia xpenah cakap. mungkin dia tahu kalau dia cakap, bukan boleh dapat pun..haha"
Ipin ketawa halus sebelum menyambung,
"xpe nanti aku belikan..mesti terkejut habis budak tu..tapi kena tunggu aku kaya macam abang kau la"
Darus terkesan dengan kata-kata Ipin. nampak biasa saja kata-kata itu, tapi entah bagaimana benar-benar menyentuh dan mengusik hati Darus.
"nah ambik jam ni. aku hadiahkan kat kau sebagai sahabat aku yang banyak memberi pengajaran yang baik untuk aku. nanti kau boleh hadiahkan untukl adik kau!"
tika membuka jam di tangan kirinya, bukan rasa menyesal mahupun sedih tapi satu perasaan yang cukup pelik dalam hati Darus,
"mungklin inilah yang dikatakan kegembiraan bila memberi", bisik hati kecilnya.
nukilan penulis sambil menunggu solat asar.
7 feb 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan