Assalamualaikum dan salam satu akidah..
Sebenarnya kalau ikutkan idea asal, hari ni cadangnya nak taip kisah Olaf si kucing hitam berstoking putih. Tapi disebabkan hari ni ada event lain yang terjadi, maka kisah si Olaf tu aku tangguh dulu la. Harapnya tertulis, sebab aku takut tetiba aku hilang semangat nak menulis blog. Al maklum la, aku bukannya penulis yang berjiwa kental yang rajin nak menaip.
Baiklah berbalik kepada cerita hari ini; Disneyland!! Yeay...! Tapi itu cerita semalam, sebabnya memang dah plan awal lagi yang hari ni nak pergi Disneyland dengan beberapa lagi kawan aku sambil-sambil jadi guide untuk family kakak kawan aku ni. Tourist guide gitu..ngee.
Sungguh kuasa alam tak mampu kita manusia untuk melawannya. Disebabkan hujan maka terbatallah plan asal nak ke Disneyland. Takkan nak redah juga walaupun hujan, renjatan otak tu maknanya. So, plan B nya adalah..jeng jeng jeng..jalan-jalan sekitar Shinjuku, Nippori dan Shibuya.
Jujurnya aku tak suka sangat dengan Shinjuku eki ni, sibuk je manjang. Dah la peta eki tu sampai sekarang pun aku masih pening..haila..sia-sia je dah 3 tahun stay kat Jepun. Inilah eki yang dikatakan paling sibuk di dunia dengan anggaran 6 juta orang keluar masuk satiap hari. Aku ulang setiap hari! 6 juta ni kawan aku yang cakap, aku tak sure dia baca dari mana, tapi aku pun ada pernah dengar elsewhere. So, bayangkanlah betapa sesaknya manusia kat dalam eki ni. Huh, peluh besar.
Dekat Shinjuku ni ada satu love structure yang quite famous. Tapi masalah dunianya adalah aku sebenarnya tak tahu pun love structure ni ada kat Shinjuku. Hampeh. Kalau kawan aku tak tanya, takde la aku nak search pasal love structure ni semalam. Akhirnya setelah 3 tahun (again!) baru aku tahu, walhal kawan aku yang belajar kat Tohoku tu pun dah pernah sampai. Haila..buat malu orang Kantou betul la aku ni. Btw, kalau siapa-siapa yang satu geng dengan aku yang tak tau pasal love structure ni haruslah meng'google' sekarang.
Love structure inilah yang kami akan pergi hari ni sebab family kakak kawan aku ni nak pergi. Maka inilah peluangnya untuk aku tumpang sekaki, sebabnya takkan la aku nak pergi sengsorang kat sini. Forever alone la jawabnya. Tapi sebelum tu, sebab semua orang pun tengah lapar maka kami pergi makan dulu tendon dekat dalam Shinjuku eki. Kita makan dulu! Yeay !! Terlebih happy pulak aku ni.
Dah habis tangkap-tangkap gambar dekat structure 'LOVE' kami terus gerak ke Nippori. Nippori ni tempat famous untuk beli kain. Di kala kaum hawa menggaru kepala tak tahu nak pilih kain mana yang berkenan, kaum adam menggaru kepala sibuk memikirkan isi dompet. Itulah kata alam; nasib badan.
Time kami sampai dekat Nippori tu kebanyakkan kedai dah tutup. Nasib baik untuk kaum suami. Sebab tak banyak dah kedai yang still buka, so kami borong dekat satu kedai yang kami singgah. Borong punya borong sampailah kedai tu tutup. Tudia, semangat waja kaum hawa jelas kelihatan di situ bila melihat kain pelbagai corak. Pengajaran hari ini; kalau nak pergi shopping dompet haruslah dalam keadaan tebal.
Seterusnya ke destinasi terakhir. Shibuya. Antara benda yang famous di sini adalah Shibuya crossing, dan tujuan kami ke sini pun sememangnya untuk ambil gambar ketika semua orang melintas di saat lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Selesai bergambar, eloklah membeli sedikit makanan untuk dijadikan bekal pengalas perut. Semua muka dah lapar dah time ni.
Shibuya. Titik noktah untuk hari ini. Penat tapi aku seronok menghabiskan masa dengan mereka semua. Kita sedang mencipta memori dan mengapa kita tidak mencipta sebanyak-banyaknya..jom!
Glosari
eki - stesen
tendon - makanan laut dan sayur yang dicelup tepung, digoreng dan dimakan bersama nasi di dalam satu mangkuk
Glosari
eki - stesen
tendon - makanan laut dan sayur yang dicelup tepung, digoreng dan dimakan bersama nasi di dalam satu mangkuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan