Pernah mendengar tentang sebuah kampung masyur? Kampung Denai namanya.
Mari saya kisahkan.
Di dalam sebuah negeri ada sebuah kampung. Masyur dengan penduduknya yang baik, peramah dan berakhlak mulia. Mereka hidup sederhana serba mencukupi, aman dan damai. Itulah kampung Denai namanya. Maka dibawa oranglah perihal kampung ini mulut ke mulut. Para nelayan membawa sampai ke laut, para petani ke sawah bendang dan para musafir ke setiap persinggahannya.
Maka cerita kampung ini tersampailah kepada dua orang pemuda. Seorang asalnya dari sebuah kampung di sebelah barat dan seorang lagi dari sebelah utara. Kita namakan yang dari barat itu Derih dan yang dari utara itu Lekiu.
Maka berjalanlah yang dua orang ini dari kampung masing-masing mencari kampung Denai. Derih dari selatan dan Lekiu dari utara. Berjalan mereka dari satu kampung ke satu kampung bertanya orang di mana kampung masyur bualan orang itu.
Dek kerana Derih ini kerjanya dulu gasar-gasar maka badannya lebih sasa dan berjalannya lebih laju. Maka dipendekkan cerita sampailah Derih ke kampung Denai lebih dulu dari Lekiu.
Sudah kebiasaannya andai saja bertemu dengan orang pasti Derih bertanyakan soalan yang sama, "Di sinikah dinamakan orang kampung Denai?"Andai jawapannya tidak maka dia meneruskan perjalanan ke kampung yang lain sehinggalah dia bertemu seorang datuk tua bersama seorang cucu yang sedang memasang bubu di sebatang sungai di pinggiran kampung Denai.
"Pakcik, di sinikah di namakan kampung Denai yang masyur itu?"
"Anak ini siapa gerangan namanya dan dari mana datangnya? Dari lusuh pakaiannya mungkin menempuh perjalanan jauh gayanya anak ini."
"Saya Derih pakcik, Dari kampung hujung negeri di sebelah barat."
"Pakcik belum pernah sampai sejauh itu, kalau tidak keberatan sudikah ceritakan sedikit bagaimana orang dan tempat tinggal anak di hujung negeri sebelah barat itu?"
"Kampung saya kampung pedalaman pakcik. Itu ini tidak cukup. Orangnya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tidak senonoh langsung. Asyik mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah saya berkelana mencari kampung Denai."
"Di kampung ini anak mungkin jumpa perihal yang sama dengan kampung anak itu. Berkelanalah lagi, semoga anak jumpa apa yang anak cari."
Derih menyangkakan dari jawapan pakcik itu bahawa disitu bukanlah kampung Denai yang dicarinya selama ini kerana orang kampung Denai itu mestilah baik-baik sebagaimana cerita yang didengarnya. Maka diteruskanlah perjalanannya mencari kampung Denai.
Selang beberapa ketika maka sampailah Lekiu di sungai yang sama dengan Derih. Bertanya Lekiu soalan yang sama kepada datuk tua seperti mana yang ditanyakan Derih. Perbualan yang hampir sama juga berlaku, datuk itu juga bertanya perihal kampung Lekiu di hujung negeri sebelah utara itu.
"Orang kampung saya baik-baik. Semuanya saling bantu-membantu dan berkasih sayang." jawabnya Lekiu bila ditanyakan soalan oleh datuk tua.
"Kalau begitu mengapa kamu keluar merantau wahai anak muda?"
"Saya ingin melihat sendiri kampung yang masyur di bibir orang negeri ini di samping mencari pengalaman di tempat orang."
"Oh, kalau begitu benarlah di sini tempatnya kampung Denai yang disebut-sebut itu. Anak teruskan sahaja perjalanan ke depan maka di situlah dinamakan orang kampung Denai."
Sesudah Lekiu berlalu maka bertanyalah si cucu kepada datuknya, "Mengapa datuk berbohong bila ditanyakan soalan yang sama?"
Si datuk tersenyum segaris.
"Datuk tidak berbohong cucuku, datuk hanya menjawab mengikut keadaan orang yang bertanya."
"Maksud datuk?"
"Jika orang itu selalu melihat kepada kebaikan maka ke mana sahaja dia pergi tetap kebaikan juga yang lebih dilihatnya, begitulah sebaliknya. Sebab itu jawapan datuk berbeza walaupun ditanyakan soalan yang sama. Kita melihat dengan mata hati kita"
begitulah hidup. ianya mengenai perpekstif pandangan.
Ahad, 14 Disember 2014
Isnin, 8 Disember 2014
Si anak muda
itulah si anak muda..
beraksi menggegar dunia..
beraksi menggegar dunia..
Isnin, 1 Disember 2014
Budi siapa yang engkau lupa?
Ibu
Bukan sebarang kerja
Bukan sebarang orang yang bisa..
Hey anak..
dulu engkau kecil
Siapa yang lahirkan?
Siapa yang berjaga penat lelah bila engkau merengek tak kenal masa..
Engkau merengek lapar..siapa yang susukan dari dadanya?
Siapa hey anak?
Siapa yang bila engkau berak kencing merata dia yang basuhkan?
Bila engkau buat hal di majlis kenduri, siapa yang menahan pandangan orang?
Bila engkau dah sekolah
Saban pagi bangun..
Bangun awal bukan sebarang awal
Sarapan, seterika baju sekolahmu, siapa yang buatkan?
Engkau menginjak sekolah menengah
Terikut pakaian dan gajet-gajet mahal kawan
Siapa yang engkau minta?
"Tak apa katanya.." walau baju di badan sendiri dah bertahun tak bertukar.
Lusuh.
Kini dia tua..
langsung engkau tak sanggup menatapnya?
Hey...
Betullah kata orang kasih anak kepada ibu
Tidak sama dengan kasih ibu kepada anak.
Rugi
Rugi
Rugi
wahai anak yang sempat melihat ibu bapanya menjadi tua, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana itu.
Bukan sebarang kerja
Bukan sebarang orang yang bisa..
Hey anak..
dulu engkau kecil
Siapa yang lahirkan?
Siapa yang berjaga penat lelah bila engkau merengek tak kenal masa..
Engkau merengek lapar..siapa yang susukan dari dadanya?
Siapa hey anak?
Siapa yang bila engkau berak kencing merata dia yang basuhkan?
Bila engkau buat hal di majlis kenduri, siapa yang menahan pandangan orang?
Bila engkau dah sekolah
Saban pagi bangun..
Bangun awal bukan sebarang awal
Sarapan, seterika baju sekolahmu, siapa yang buatkan?
Engkau menginjak sekolah menengah
Terikut pakaian dan gajet-gajet mahal kawan
Siapa yang engkau minta?
"Tak apa katanya.." walau baju di badan sendiri dah bertahun tak bertukar.
Lusuh.
Kini dia tua..
langsung engkau tak sanggup menatapnya?
Hey...
Betullah kata orang kasih anak kepada ibu
Tidak sama dengan kasih ibu kepada anak.
Rugi
Rugi
Rugi
wahai anak yang sempat melihat ibu bapanya menjadi tua, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana itu.
Langgan:
Catatan (Atom)