Ibu
Bukan sebarang kerja
Bukan sebarang orang yang bisa..
Hey anak..
dulu engkau kecil
Siapa yang lahirkan?
Siapa yang berjaga penat lelah bila engkau merengek tak kenal masa..
Engkau merengek lapar..siapa yang susukan dari dadanya?
Siapa hey anak?
Siapa yang bila engkau berak kencing merata dia yang basuhkan?
Bila engkau buat hal di majlis kenduri, siapa yang menahan pandangan orang?
Bila engkau dah sekolah
Saban pagi bangun..
Bangun awal bukan sebarang awal
Sarapan, seterika baju sekolahmu, siapa yang buatkan?
Engkau menginjak sekolah menengah
Terikut pakaian dan gajet-gajet mahal kawan
Siapa yang engkau minta?
"Tak apa katanya.." walau baju di badan sendiri dah bertahun tak bertukar.
Lusuh.
Kini dia tua..
langsung engkau tak sanggup menatapnya?
Hey...
Betullah kata orang kasih anak kepada ibu
Tidak sama dengan kasih ibu kepada anak.
Rugi
Rugi
Rugi
wahai anak yang sempat melihat ibu bapanya menjadi tua, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana itu.
Betol.. Kasih ibu xdpt dibalas.. Betolla kata org seorng ibu dpt menjaga 10 org anak dgn begitu sempurna tetapi seorang anak belum tentu dpt menjaga ibu dgn sempurna... Semoga kita menjd seorg anak yg baik dn saham akhirat buat ibunda n ayahanda..
BalasPadam