Khamis, 28 Mac 2013

mudahkan

bismillah

dalam sedar atau tidak
kadang-kadang kita banyak memilih untuk mengambil jalan sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah sedangkan jalan yang lebih mudah masih ada.

kisah yang sama pernah berlaku lama dahulu..
masih ingatkah kisahnya..?
kisah yang sangat famous hingga tercatat dalam kalam suci al-Quran

kisahnya begini dan boleh dibaca dalam Tafsir Ibn Katsir

Pada zaman nabi Musa, hiduplah seorang lelaki kaya yang tidak mempunyai anak. dia mempunyai seorang anak saudara yang kelak akan menjadi pewaris kekayaannya. Anak saudaranya ini rupa-rupanya tidak sabar menunggu kematian si bapa saudara, sehingga suatu malam dia membunuh bapa saudaranya itu dan secara diam-diam membawa dan meletakkan jenazah bapa saudaranya itu di depan pintu rumah seseorang.

pada waktu pagi, pemuda yang membunuh bapa saudaranya itu meratap dan menuntut pembalasan. Maka peristiwa itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat bani israel. mereka saling tuduh -menuduh dan terpecah menjadi dua golongan. Sebahagian membela si penuduh dan sebahagian lagi membela si tertuduh. Mereka mengangkat senjata dan sudah bersedia nak bergaduh.

Orang yang ditua-tuakan dalam kalangan bani israel kemudian berkata, "mengapa kamu saling membunuh (kerana perkara ini), sedangkan Rasul Allah (nabi Musa) masih ada dalam kalangan kamu." Maka orang ramai pun datang kepada nabi Musa dan menyampaikan masalah mereka padanya.

Nabi Musa kemudian memerintahkan mereka untuk menyembelih seekor lembu betina. Tetapi mereka berasa aneh dengan perintah nabi Musa ini. Mereka pun saling berdebat sesama mereka sendiri. Kemudian mereka bertanya lagi kepada nabi Musa, meminta diberikan ciri-ciri yang lebih detil tentang lembu betina itu. setelah diberitahu, mereka masih bertanya lagi. hal ini mereka lakukan beberapa kali, sehingga pada akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri.

Dan ingatlah, ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina." Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripa menjadi slah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)."

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: " Bahawasanya Allah berfirman: 'Sesungguhnya (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya."

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan Nya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab, "bahawasanya Allah berfirman: ' Bahawa (lembu betina)  itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya , lagi menyukakan orang-orang melihatnya."

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (kami susah untuk memilihnya), dan kami insya-Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)."

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: 'Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak tidak ada belang pada warnanya. 'Mereka berkata: "sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar." Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut , dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

( Al-Baqarah 67~71)

sebenarnya mereka tidak diminta untuk mencari lembu betina dengan ciri-ciri yang begitu terperinci. mereka hanya diminta untuk menyembelih seekor lembu betina tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak perlu dan menyusahkan, maka akhirnya mereka menyusahkan diri mereka sendiri.

Hasilnya lembu betina yang sepatutnya boleh diperoleh dengan mudah, kini menjadi lembu betina yang khusus dan susah untuk diperoleh.

berhubung dengan kisah dan ayat di atas Ibn Katsir menjelaskan, "Mereka membuat perkara itu menjadi susah dan ini sebabnya mengapa Allah menjadikannya lebih susah lagi bagi mereka"


itu kisah lama dahulu yang diceritakan kembali kepada kita melalui al-Quran.

kita mungkin tidak sedar ada kalanya kita suka mengambil jalan yang payah utuk menyelesaikan sesutu urusan atapun masalah.

dan realitinya kita sememangnya tidak sedar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan