assalamualaikum
di hari ahad 505 (5 mei) orang ramai
beratur berderet-deret keluar mengundi, "pakak tubik ngundi" kalau
ditranslate dalam bahasa ibundaku; bahasa kelantan..hehe
siapa yang keluar pagi-pagi lagi sedikit beruntung la sebab xperlu berpanas dek mentari.
yang keluar lewat tu nantikan saja bahangnya hingga berpeluh-peluh ketiak.
xmengapa
bukannya selalu 5 tahun sekali sahaja kan..lagipun ini bukan
calang-calang tugas..tugas sama ada mahu mengekalkan kerajaan yang sedia
ada ataupun mengubah yang baru..huhu
di dalam
kehangatan memilih calon-calon yang dirasakan yakin, muncul pula 2 isu
yang cukup laju dihebahkan di medium-medium sosial seperti FB dan juga
twitter iaitu 'dakwat kekal yang tidak kekal' dan juga 'pengundi asing'
(banggladesh yang diberi kerakyatan terutamanya).
ini bukan setakat tuduhan tapi ada pembuktiaan melalui gambar-gambar yang di post. ish2..
saya bukannya berminat menyatakan saya di pihak mana kerana undi saya adalah rahsia,
cumanya bila timbul isu ini saya tidak senang duduk. bertanding biar cara
adil. bukan anak jantan la kalau asyik 'mengelat' (main tipu) kan...
isu-isu itu biarlah mereka yang lebih pakar dalam hal ini membicangkannya. saya sekadar meluah apa yang dirasa sahaja.
sungguh jahat siapa yang 'mengelat' itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan