Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan.
Saya bermusafir di Eropah, tinggal di kota besar seperti London, namun saya masih mencari kampung. Mencari padang hijau dan burung undan berenang di kali. Saya bertemu tenang di situ kerana saya berasal dari kampung. Kembali ke suasana kampung bererti membawa diri ke asal. Ada tenang di situ.
Malah tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal daripada dia. Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal.
Itulah sifir kehidupan.
Tatkala resah membelenggu diri , kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada bonda, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat denganNya.
petikan -DI HAMPARAN SHAMROCK-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan