Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan!

alhamdulillah

dia datang lagi.
setelah setahun terpisah.

bayangkan kapal-kapal yang belayar di lautan luas..
dan hanya setahun sekali singgah berlabuh.

dan untuk sekian kalinya..
tahun ini sekali lagi ditakdirkan pada bulan Julai kapal-kapal ini akan singah berlabuh untuk tempoh sebulan sebelum meneruskan perjalanan di lautan luas untuk 11 bulan.

nakhoda dan juga anak-anak kapal sangat gembira setiap kali kapal ini berlabuh
kerana ketika inilah mereka akan melepaskan segala penat lelah belayar 11 bulan tanpa henti.
ketika ini jugalah mereka akan mengumpulkan segala bekal untuk perjalanan yang panjang.

namun nasib setiap kapal tidaklah sama.

ketika hampir tiba ke pulau
tiba-tiba muncul kesedihan dan ketakutan.
kerana walaupun pulau itu hanyalah beberapa ketika perjalanan sahaja,
tapi di benak penghuni kapal..sampaikah mereka ke pulau yang dituju?
kerana laut bukanlah tempat bermain. bahaya mungkin datang tanpa diduga.
dalam sekelip mata ombak mungkin datang bergelora, cuaca mungkin bersama kilat dan taufan yang datangnya mampu meneggelamkan mereka bila-bila masa.

sudah dikata nasib setiap kapal tidaklah sama.
ada kapal yang penghuninya sangat bergembira.
sudah bersedia dan tahu apa yang ingin dicari di pulau itu.
tapi sayang, takdir lebih dahulu menentukan.
kapalnya karam sebelum sempat menurunkan sauh.

beruntunglah kapal-kapal yang sempat sampai ke pulau yang dituju.
tapi, ada juga yang sempat berlabuh, tapi belayar semula dengan penuh kerugian.
tibanya di pulau mengharapkan keuntungan, tapi kerugian yang menimpa.
maka belayarlah ia kembali sebelas bulan siang dan malam mengharapkan bertemu kembali peluang yang ke sekian kali.
namun berlabuhkah ia, ataupun nasibnya dilanda ombak dan karam?

dan penghuni kapal yang bergembira ialah penghuni kapal yang tahu apa ingin dicari selama sebulan di pulau itu.
bekal-bekal dikumpul siang dan malam.
xjemu xletih.


salam Ramadhan semoga menjadi penghuni kapal yang beruntung kerana nasib kapal yang karam itu sudah terlepas maka sekaranglah masanya untuk tidak menjadi penghuni kapal yang rugi. sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan